Awat La

ABSOLUTE WITH A TWIST

More About Me...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Another Tit-Bit...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc.

Showing posts with label muktamar pas. Show all posts
Showing posts with label muktamar pas. Show all posts

Rasuah PAS: Husam bagi duit RM 10 ribu untuk rasmi mesyuarat Pas Kawasan

Petikan dari Web Rasmi Kumpulan Erdogan-PAS

Tak terkejut pun bila ada orang yang kata Dato’ Husam bagi RM 10 ribu masa rasmi mesyuarat Agung kawasan. Biasalah tu bagi duit sumbangan pada kawasan. Salahkah kalau Husam bagi duit.

Soal pilih dia jadi Presiden atau Timbalan tidak ada kena mengena dengan duit itu. Pilihan ditangan perwakilan dan ahli mesyuarat. Selama ini beliau cari duit dan bagi sumbangan untuk bantu jentera pilihanraya Pas kawasan-kawasan tiada orang persoal pun.

Sumber kewangan Husam banyak. Dari dalam dan luar negeri. Cuma saya pun tak tahu siapa yang bagi, tapi Dr. Hatta kata memang ada sumber-sumber yang sah. Nak tahu lebih lanjut, pi la tanya Dr. Hatta atau Husam terus. Tanya saya tak guna sebab saya pun tak tahu. setakat dengar-dengar sahaja.

Kalau nak kata itu sebagai duit untuk melobi, tak patutlah. Dah ambik, kata orang macam-macam pula. Kami tahu orang Pas nie susah. Bab duit jer. Kalau saya, diam-diam sudahlah

PAS vs PAS: Orang PAS Jawab Khalid Samad

Kalau kepimpinan Ulama' itu bermaksud Majlis Syura Ulama' , maka ia juga tidak menafsirkan keistemewaan Konsep Kepimpinan Ulama' yang diterima pakai selama ini . kerana .....Majlis Syura Ulama' ditubuhkan berfungsi bukan sebagai satu badan yang mengarah dan memimpin tindakan politik parti . Sebaliknya berfungsi untuk mengawal matlamat dan objektif perjuangan parti agar tidak terseleweng dari landasan syarak dan sekaligus berfungsi sebagai pemutus polisi parti dalam menetapkan misi dan visi parti .

Kalau dirujuk kepada perlembagaan parti Fasal 7 perkara 3 (a) (b) (c) kita dapat memahami bagaimana Kepimpinan Ulama' tidak terhenti dengan penubuhan Majlis Syura Ulama' tetapi mestilah Ulama' memimpin tindakan politik sebagai Presiden dan Timbalan Presiden .

Kuasa Majlis Syura Ulamak menurut
Perlembagaan PAS pindaan 2001 Fasal 7 3 (a) (b) (c)

(a) Menghurai , menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana - mana peruntukan di dalam perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya .

(b) Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana -mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak - kehendak dalam perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan , gerakan dan pentadbiran PAS .

(c) Memelihara , menjaga dan mengawal tatatertib PAS dan melantik ahli - ahli jawatankuasa tatatertib PAS seperti yang diperuntukan dalam fasal 75 Perlembagaan ini .

PAS vs PAS 4: Apa Kata Khalid Samad

"Peranan ulama’ dan kepimpinannya telahpun diinstitusikan di dalam PAS melalui pembentukan Majlis Syura Ulama’ pada tahun akhir 80an. Satu pindaan perlembagaan telah dilakukan dan melaluinya tertubuh Majlis Syura Ulama’ yang berperanan memantau perjalanan parti pada setiap masa. Melalui pindaan ini, maka peranan ‘Eksekutif’ atau perlaksana dan kuasa ‘Legislatif’ atau pengubal dasar dipisahkan. Ini akan menyebabkan pihak Eksekutif, iaitu Presiden dan saf kepimpinan Pusat, tidak bebas sepenuhnya menentukan apa-apa dasar atau pendirian tanpa mengambil kira pandangan ulama’"

Dengan terbentuknya Majlis Syura Ulama’ maka kedua-dua jawatan tersebut terbuka kepada mana-mana pimpinan PAS, samada Ulama’ atau Profesional, untuk menyandangnya tanpa kekhuatiran tersebut. Pilihan perlu dibuat berdasarkan kemampuan seseorang itu memainkan peranan dan menunaikan tanggung-jawab melaksana dasar dan strategi PAS dalam mengharungi suasana politik semasa sehingga PAS boleh mempertingkatkan pengaruhnya di dalam masyarakat.

"kadang-kala saya melihat yang lulus 4 thanawi pun dianggap sebagai ‘Ulama’. Panggil ‘ustadz’ takpelah juga, tetapi istilah ‘ulama’ itu pada pendapat saya perlulah digunakan dengan lebih cermat."

PAS vs PAS 3: Apa Kata Orang PAS

Dewan ulama’ tidak perlu bersuara lagi dalam perkara ini, kerana Dewan Ulama’ dalam hiraki Pas setaraf sahaja dengan Dewan Pemuda dan Muslimat.

Majlis Syura Ulama’ juga sampai sekarang tidak bersuara apa-apa dan tidak diminta bersuara apa-apa, walau pun dikatakan majlis itu berhak menentukan dasar-dasar parti dan menafsirkan perlembagaan.

Muktamar PAS akan datang akan memansuhkan konsep kepimpinan ulama’ dalam Pas, kerana:
•Konsep itu menjadikan para ulama’ dan bukan ulama’ sentiasa bertembung di dalam muktamar atau di luar.
•Konsep itu boleh memecahbelahkan Pas kerana mengundang polemik berpanjangan.
•Konsep itu tidak membawa apa-apa makna kerana kalau tiada konsep itu pun Majlis Syura Ulama’ dan Dewan Ulama’ tetap wujud berdasarkan perlembagaan.
•Konsep itu menghalang mereka yang bukan ulama’ untuk berada dikerusi nombor satu.
•Konsep ini tidak menepati konsep kepimpinan bertaqwa kerana taqwa itu milik semua dan bukan milik ulama’ sahaja.
•Konsep ini bercanggah dengan makna kepimpinan Islam kerana kepimpinan Islam lebih luas daripada makna kepimpinan ulama’.
•Konsep ini menjadikan Pas parti yang tidak relevan dengan realiti kerana pemimpin dunia hari ini bukan lagi ditunjangi ulama’.
•Konsep ini tidak selari dengan realiti Malaysia, Malaysia bukan Iran yang berpegang dengan Wilayatul Faqih

PAS vs PAS 2: Fitnah Budaya Baru PAS?

Jika dahulu fitnah membudaya di dalam UMNO, kini gejala itu kian menular dan amat mengasak pula di dalam jamaah PAS sendiri. Mengapa ? Adakah kerana sedikit kemenangan dan ujian Allah, maka kita mula melupakan dosa dan pahala dalam perjuangan- albanjari online.
Terbaru, Adun Titi Serong dikatakan telah difitnah oleh orang PAS sendiri. Beliau sedang mempertimbangkan untuk menyaman pihak yang membuat fitnah terhadapnya.
Fitnah sudah menjadi budaya dalam PAS untuk sekian lama. Cuma PAS sahaja tidak pernah mengakuinya. Betapa banyaknya fitnah telah dibuat oleh PAS terhadap UMNO dan BN sebelum ini. Apabila PAS memfitnah UMNO ianya bukan fitnah pada pandangan PAS. Ianya perlakuan politik. Tetapi apabila PAS menfitnah PAS, ianya benar-benar fitnah. Fitnah tetap fitnah.
Adalah sikap PAS untuk mengamalkan double standard dalam segenap perkara.

PAS bukanlah parti ulamak dan jauh sekali dari parti Melayu

Dr. Abdul Wahab Arbain-Fakulti Siyasah Syariah

Kepimpinan ulamak dalam PAS memadai dengan:

1. Mempastikan Lembaga Mursyid Am, atau Lajnatul-Irsyad (umpamanya), terdiri dari ulamak muktabar dalam PAS;

2. Mempastikan Dewan Ulamak terdiri dari golongan ulamak muktabar dalam PAS; dan

3. Perlembagaan PAS menyatakan dengan jelas sebarang perkara besar atau hal-hal dasar, termasuk yang diputuskan oleh muktamar agung, hendaklah diluluskan atau dipersetujui oleh Dewan Ulamak dan Lembaga Mursyid Am.

Presiden dan barisan JK Pusat yang lain, kecuali wakil-wakil Dewan Ulamak kedalamnya, tidak mesti dari golongan ulamak. Kerana mereka hanya jentera, pentadbir dan wakil parti sahaja. Mereka tiada kuasa membuat sesuatu mengenai dasar atau hal-hal besar tanpa merujuk kepada Muktamar Agung yang kemudiannya dipersetujui oleh Para Ulamak dalam Dewan Ulamak dan Lembaga Mursyid Am.
 
that certain quarters have tended to ridicule judgments of the courts solely for these judgments having ruled one way rather than the other. For them, the expected outcome defines everything.

If it is not disappointing then it is presumed that the process of the law was not compromised. However, if the outcome is disappointing then it is a given that the process was subverted. This cannot be the right way to look at things as, whatever the case, the process of the law is crucial.-Malik Imtiaz Sarwar