Awat La

ABSOLUTE WITH A TWIST

More About Me...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Another Tit-Bit...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc.

Husam Nasihat Sultan Perak Bubar DUN

Husam Musa menasihati Sultan Perak untuk membubarkan DUN kerana ianya pilihan terbaik untuk Sultan Perak mengembalikan semula penghormatan rakyat terhadap institusi raja di negeri itu. Kenyataan Husam seolah-olah memberi bayangan bahawa institusi raja di Perak hilang penghormatan kerana tidak tunduk kepada permohonan Nizar dari PAS.

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi kelmarin yang menyebelahi Nizar menyatakan bahawa Sultan Perak tiada kuasa untuk memecat Nizar. Mungkinkah Sultan Azlan, yang juga bekas Ketua Hakim Negara khilaf dalam mentafsir peruntukan Undang-undang Tubuh negeri Perak?



Read More...

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, sekarang masanya untuk baginda menunjukkan kesaksamaan sekali gus berpeluang untuk keluar daripada kemelut dengan tahap imej lebih tinggi.

Beliau berkata, institusi diraja Perak yang amat dihormati sebelum ini juga mempunyai peluang tersendiri menunjukkan kesaksamaan.

"Institusi ini tidak harus dilihat bertindak memihak kepada satu golongan tetapi bertindak berteraskan peraturan dan undang-undang. Prinsip-prinsip demokrasi harus dihormati.

"Peluang institusi diraja Perak keluar dari kemelut ini dengan tahap imej yang lebih tinggi adalah terbuka luas. Bubarkan saja DUN Perak dan biarkan rakyat memutuskan penghakiman mereka,"

Sultan Perak perlu dilihat memihak kepada majoriti di DUN Perak sebagimana yang baginda tunjukkan semasa memperkenankan gabungan 3 parti pembangkang menubuhkan kerajaan selepas 8 Mac 2008. Baginda tidak memihak kepada mana-mana parti tertentu atas kedudukannya sebagai Raja yang berada di atas politik. Jika tidak tentunya Baginda dari awal lagi memperkenankan BN menubuhkan kerajaan minoriti di Perak selepas Mac 2008.

Desakan Husam agar Sultan Perak membubarkan DUN boleh dilihat sebagai amaran kepada Institusi Raja di Perak sebagaimana amaran yang dilafazkan Nizar kepada Sultan Perak pada 5 Februari 2009 semasa menyembah derhaka.



 
that certain quarters have tended to ridicule judgments of the courts solely for these judgments having ruled one way rather than the other. For them, the expected outcome defines everything.

If it is not disappointing then it is presumed that the process of the law was not compromised. However, if the outcome is disappointing then it is a given that the process was subverted. This cannot be the right way to look at things as, whatever the case, the process of the law is crucial.-Malik Imtiaz Sarwar