Nik Aziz Makin Celaru dan Sasau
Menurut Nik Aziz Pas adalah penganjur pertama "Islam for All". Sekian lama kefahaman umum umat Islam adalah Allah menurunkan ajaran Islam kepada Nabi Muhammad saw sebagai agama Allah yang terakhir untuk keseluruhan umat manusia di bumi ini; For all mankind. Adalah salah untuk Nik Aziz mengatakan bahawa PAS adalah penganjur pertama gagasan Islam for All sedangkan sejak ayat pertama Allah kepada Muhammad saw Islam adalah untuk semua manusia sejak dari saat itu.
Read More...
Dalam keghairahan berpolitik dan berkuasa Nik Aziz telah jauh terpesong pemikirannya. Kebelakangan ini Nik Aziz memperlihatkan sifat dirinya yang keterlaluan menjaga kepentingan politik diri dan kelompok serta sekutu sehinggakan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mencelarukan umat Islam. PAS menggunakan Islam sebagai wadah politiknya, pada masa yang sama PAS juga memanipulasikan keimanan dan akidah umat Islam untuk kepentingan politik partisan mereka. Perwatakan ulama diperguna untuk politk dan meraih sokongan pengikut-pengikut yang kabur hakikat sebenar bahawa PAS hanyalah satu parti politik yang ditubuhkan untuk berpolitik.
Sebagai manusia, Nik Aziz juga tidak dapat lari dari desakan nafsu serakah untuk berkuasa. Kuasa boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk dan rupa. Kuasa untuk memerintah atau menjadi ketua, kuasa untuk mempengaruhi pemikiran dan tindakan kelompok, kuasa untuk memanipulasi massa mematuhi kehendak peribadi sendiri dan sebagainya.
Nik Aziz juga tidak dapat lari dari terpengaruh dan terleka dengan puji-pujian dan sokongan pengikut-pengikutnya. Perasaan besar diri, megah dan egoistik juga wujud dalam dirinya. Dalam cubaan menonjolkan kerendahan diri, Nik Aziz tidak dapat menyembunyikan sepenuhnya sifat-sifat buruk pada dirinya. Ketaksuban pengikut-pengikut PAS terhadap pemimpin-pemimpinnya yang tidak mampu melihat kekurangan mereka membuatkan pemimpin-pemimpin berasa terlalu hebat. Sukar untuk memahami bilamana Nik Aziz menolak dengan sekeras-kerasnya cadangan Hadi Awang untuk bermuqabalah dengan UMNO. Dalam hal ini Hadi Awang menampakkan sifat lebih terbuka untuk mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi umat Melayu Islam dalam senario politik baru negara.