Awat La

ABSOLUTE WITH A TWIST

More About Me...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Another Tit-Bit...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc.

PAS Tak Lengah Dewan Bukan Islam

Nik Aziz kata tangguh, Mujahid kata tidak. Yang mana nak pakai? Kelab Penyokong PAS pula menggesa PAS mempercepatkan kemasukan mereka ke dalam PAS. Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP) Hu Pang Chow yang menggesa ia disegerakan. Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata PAS terpaksa menangguhkan penyertaan bukan Islam ke dalam PAS kerana takutkan UMNO akan menghentam PAS habis-habisan berhubung perlaksanaan cadangan itu. Mungkin juga Nik Aziz kurang bersetuju cadangan menaikkan taraf Kelab Penyokong PAS ke taraf yang sama dengan Dewan Pemuda, Wanita dan Ulamak.

Read More...


Cadangan PAS meletakkan kelab Penyokong PAS yang dianggotai golongan bukan Islam setaraf dengan Dewan Ulama seolah merendahkan martabat golongan Ulama dalam PAS. PAS bakal menyingkirkan peranan Ulamak dalam PAS semata-mata untuk meraih sokongan bukan Islam. Pemilihan pimpinan PAS yang akan berlaku dalam muktamar di Shah Alam awal Jun juga akan menyaksikan pertembungan golongan Ulama dan golongan bukan ulamak. Muktamar kali ini juga bakal menyaksikan perubahan kepada hala tuju dan matlamat PAS.

PAS kini lebih menumpukan kepada usaha mendapatkan kuasa memerintah atau membentuk kerajaan. Ramai individu telah menawarkan diri bertanding jawatan dalam PAS di semua peringkat. Ini mungkin kerana mereka memikirkan kedudukan dalam parti akan memungkinkan mereka mendapat jawatan sekiranya PAS berjaya membentuk kerajaan bersama parti-parti sekutunya. PAS kini kemaruk kuasa. Atas kemarukan ini PAS akan meninggalkan matlamat asal parti. Tidak mustahil perjuangan penubuhan negara Islam kini bukan lagi matlamat PAS sebagaimana secara terangan disebut oleh Nizar Jamaludin, seorang calon Naib Presiden di DUN Perak.

PAS akhirnya membuktikan bahawa PAS bukan satu gerakan Islam tetapi hanyalah sebuah parti politik yang bercita-cita politk kuasa. Tindakan-tindakan PAS dan pemimpin-pemimpinnya mutakhir ini jelas mununjukkan mereka sudah meninggalkan idea pembentukan negara Islam yang menjadi tarikan pengundi Melayu/Islam kepada PAS. Kesanggupan untuk berkompromi dengan DAP dan PKR yang menentang idea tersebut perlu dinilai semula oleh pengikut-pengikut PAS. DAP adalah parti sekular yang secara terang-terangan menolak dan membantah idea ini. Namun kesanggupan PAS Perak bersekongkol dengan DAP dalam banyak hal yang merugikan orang Melayu dan Islam; sebelum ini dipertahankan oleh UMNO; perlu ditentang oleh semua. Islam hanya slogan kepada PAS untuk tujuan politik kepartiannya. PAS sebenarnya mengamalkan Islam Politikal, yakni Islam bagi PAS boleh diolah,ditafsir dan disuaikan apabila perlu untuk menepati matlamat politknya. PAS bukan satu gerakan dakwah sebagaimana seringkali didakwa oleh kepimpinan PAS.

Sekiranya, PAS meluluskan penubuhan Dewan Bukan Islam setaraf dengan dewan-dewan sediada dalam PAS sudah tentu ahli-ahli yang bukan Islam juga layak menentukan hala tuju dan perjuangan PAS. PAS akan dilihat tidak berlaku adil kepada penyokong-penyokong Bukan Islam sekiranya mereka tiada suara atau hak dalam menentukan hala tuju dan matlamat PAS.

Keghairahan bukan Islam untuk menyokong dan menganggotai PAS perlu diteliti oleh kepimpinan PAS sendiri. Kekhuatiran bahawa gerakan ini berkemungkinan satu strategi lawan untuk meresapi ke dalam organisasi PAS bertujuan untuk melemahkan dan memusnahkan PAS dalam jangka panjang.

Kemungkinan bahawa adanya anasir-anasir yang ingin menguburkan PAS kerana takut PAS akan berkuasa tidak boleh dinafikan begitu sahaja. Sudah tentu anasir-anasir ini bukannya dari kalangan orang Melayu/Islam sendiri. Gerakan ini sudah tentu akan mendapat sokongan golongan liberal yang sudah berjaya menguasai PAS pada masa kini.

Usaha untuk menolak atau melemahkan pengaruh golongan ulamak dalam PAS adalah langkah awal untuk meng'transformasi'kan PAS dari satu parti politik keIslaman kepada satu parti politik untuk politik semata-mata.


 
that certain quarters have tended to ridicule judgments of the courts solely for these judgments having ruled one way rather than the other. For them, the expected outcome defines everything.

If it is not disappointing then it is presumed that the process of the law was not compromised. However, if the outcome is disappointing then it is a given that the process was subverted. This cannot be the right way to look at things as, whatever the case, the process of the law is crucial.-Malik Imtiaz Sarwar