PAS vs PAS 3: Apa Kata Orang PAS
Majlis Syura Ulama’ juga sampai sekarang tidak bersuara apa-apa dan tidak diminta bersuara apa-apa, walau pun dikatakan majlis itu berhak menentukan dasar-dasar parti dan menafsirkan perlembagaan.
Muktamar PAS akan datang akan memansuhkan konsep kepimpinan ulama’ dalam Pas, kerana:
•Konsep itu menjadikan para ulama’ dan bukan ulama’ sentiasa bertembung di dalam muktamar atau di luar.
•Konsep itu boleh memecahbelahkan Pas kerana mengundang polemik berpanjangan.
•Konsep itu tidak membawa apa-apa makna kerana kalau tiada konsep itu pun Majlis Syura Ulama’ dan Dewan Ulama’ tetap wujud berdasarkan perlembagaan.
•Konsep itu menghalang mereka yang bukan ulama’ untuk berada dikerusi nombor satu.
•Konsep ini tidak menepati konsep kepimpinan bertaqwa kerana taqwa itu milik semua dan bukan milik ulama’ sahaja.
•Konsep ini bercanggah dengan makna kepimpinan Islam kerana kepimpinan Islam lebih luas daripada makna kepimpinan ulama’.
•Konsep ini menjadikan Pas parti yang tidak relevan dengan realiti kerana pemimpin dunia hari ini bukan lagi ditunjangi ulama’.
•Konsep ini tidak selari dengan realiti Malaysia, Malaysia bukan Iran yang berpegang dengan Wilayatul Faqih