Awat La

ABSOLUTE WITH A TWIST

More About Me...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Another Tit-Bit...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc.

Nik Aziz Tidak Senang Selagi DAP Tak Perintah Perak

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempelak UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti yang tidak bermoral dan bertamadun kerana menguasai Perak melalui cara tidak terhormat. Beliau turut menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai 'Menteri Besar mahkamah' dan bukannya mewakili seluruh penduduk Perak. "Kenapa pakatan pembangkang yang telah dipilih oleh rakyat secara sah melalui undi, tetapi dirampas oleh UMNO dan BN secara melarikan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menyokong mereka," katanya.

Read More...

Nik Aziz lebih bertamadun dan Islamik apabila menyokong Elizabeth Wong yang tidur telanjang, mengadakan hubungan intim dengan lelaki Melayu Islam beristeri, dan mengadakan hubungan seks dengan multiple partners.

Apabila Anwar menjaja akan mengambil alih kerajaan pusat dengan mengajak/ mempelawa/ merasuah wakil rakyat BN melompat, Nik Aziz kata ianya satu tindakan demokratik dan dipuji. Kononnya melompat ke pihak yang lebih baik. Namun apabila wakil rakyat Pakatan di Perak KELUAR PARTI dan menyokong BN, dikatakan pula tidak bermaruah dan tidak demokratik malah tidak Islamik.

Tindakan akan menjadi adil, demokratik, bermaruah dan Islamik jika ia memberi keuntungan kepada sekutu Nik Aziz tetapi tidak apabila sebaliknya berlaku.

Perlantikan Zambry sebagai Menteri Besar diperkenan oleh Sultan Perak sebagaimana Nizar menjadi MB juga atas perkenan Sultan Perak setelah Baginda berpuas hati dengan sokongan majoriti yang diterima mereka.

Hakikatnya kemelut di Perak tidak akan berlaku sekiranya, Nizar kerang busuk berjanggut kambing, redha dengan ketentuan Allah bilamana beliau hilang 3 Adun yang sebelumnya menyokong beliau dan pakatan berubah sokongan. Nizar sepatutnya akur titah perintah Paduka Sultan Perak apabila diminta meletakkan jawatan.

Ini bukannya pertama kali berlaku dalam sejarah politik tanahair apabila MB/KM hilang sokongan majoriti Ahli Dewan kerana Adun-adun melompat parti atau keluar parti. Perkara yang sama berlaku kepada MB PAS di Terengganu pada 1958, dan Pairin Kitingan di Sabah. Dalam kedua-dua kes kedua-duanya dengan cara terhormat melepaskan jawatan Ketua Menteri dan MB setelah kehilangan sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Isu juga tidak dipanjangkan ke mahkamah dan di jalanan.

Dalam kes Perak, PAS dan DAP cuba meletakkan kesilapan di pihak Sultan Perak kononnya Paduka Sultan Perak tunduk kepada desakan Najib dan BN. Kredibiliti Sultan Perak dicemar dan diperlekehkan dengan tuduhan sedemikian. Rakyat yang waras pemikiran dan akal sedia maklum bahawa Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara dan pengawal undang-undang tersohor negara. Pengalaman dan pengetahuan Baginda Sultan sukar untuk dipertikaikan. Untuk menuduh Baginda Sultan terkhilaf dalam mentafsir undang-undang dan peraturan-peraturan semasa memutuskan perkara yang berlaku di Perak adalah tindakan yang tidak wajar apatah lagi membuat tuduhan Baginda Sultan condong kepada sesuatu pihak dalam perkara tersebut semata-mata untuk meraih sokongan pengikut.

Jika Zambry dituduh sebagai tidak mewakili seluruh rakyat Perak mungkin benar sebagaimana benarnya Nizar juga tidak mewakili keseluruhan rakyat Perak semasa dipilih menjadi MB pada MAC 2008. Pakatan juga tidak mendapat sokongan 100% pengundi Perak, sebagaimana Nik Aziz juga tidak dipilih oleh keseluruhan rakyat Kelantan.

PAS hanya memenangi 6 kerusi semasa PRU 12. Nizar menjadi MB kerana Sultan Perak berkeras seorang MB Perak mestilah Melayu dan Islam sebagaimana kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Perak, serta berpelajaran. Wakil PKR hanya menepati dua kriteria kehendak Sultan walaupun PKR menguasai 7 kerusi di DUN dengan 2 wakil Melayu. DAP walaupun memenangi 18 kerusi namun kesemuanya wakilnya adalah bukan Melayu dan bukan Islam. Nizar menjadi MB hanya atas persetujuan kompromi antara ketiga-tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP yang sebelum itu hingga ke hari ini masih gagal membentuk pakatan yang sah. Inipun berlaku atas titah perintah Paduka Sultan Perak.

Kerajaan Pakatan di Perak adalah kerajaan yang dipimpin dan dikuasai oleh DAP. PAS dan PKR hanyalah penumpang dalam kerajaan tersebut. Kerajaan itu juga adalah kerajaan yang dikuasai oleh kaum Cina DAP, malah EXCO kerajaan Negeri dikuasai oleh Cina termasuk Nizar yang 1/2 Melayu 1/2 Cina. Nizar sendiri mengakui dirinya ada dua nama termasuk nama Cinanya, Tan Ah Chong.

Nik Aziz perlu menerima realiti poltik Perak sebagaimana BN menerima realiti pada Mac 2008. Perubahan kerajaan kerana perubahan sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan adalah proses yang dibenarkan dalam demokrasi. Tiada undang-undang dalam negara yang menghalang wakil-wakil rakyat melompat parti atau keluar parti setelah menang dalam pilihanraya. Jika Nik Aziz menyokong dan mempersetujui tindakan Anwar dalm agenda 16 Septembernya, malah menganggapnya demokratik, maka Nik Aziz juga perlu menerima hakikat yang berlaku di Perak sebagai demokratik.

Penyelesaian dengan perintah mahkamah hanyalah salah satu langkah perlu untuk memperkukuhkan kebenaran dan kesahihan tindakan dan perlakuan kedua-dua pihak. Kedua-dua pihak menggunakan medium ini untuk mencari penyelesaian. Maka kedua-dua pihak perlu menerima keputusan yang dibuat oleh cabang ketiga demokrasi ini. Interpretasi undang-undang yang dibuat oleh pihak-pihak berkepentingan dalam sesuatu kes tidak semestinya tepat sebagaimana juga doktor memberi diagnosis dan preskripsi yang berbeza untuk pesakit yang sama. Walau apa pun jua keputusan mahkamah, samada menyebelahi atau tidak kepentingan sendiri perlu dihormati untuk menjaga integriti dan kehormatan institusi kehakiman.




 
that certain quarters have tended to ridicule judgments of the courts solely for these judgments having ruled one way rather than the other. For them, the expected outcome defines everything.

If it is not disappointing then it is presumed that the process of the law was not compromised. However, if the outcome is disappointing then it is a given that the process was subverted. This cannot be the right way to look at things as, whatever the case, the process of the law is crucial.-Malik Imtiaz Sarwar