Awat La

ABSOLUTE WITH A TWIST

More About Me...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Another Tit-Bit...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc.

Samy Vellu, MIC dan Hindraf

MIC akan bertahan lebih lama jika Samy Vellu tidak lagi Presidennya. Kaum India menolak MIC dan secara lansung BN kerana sudah MELUAT dengan Samy Vellu. Ini adalah hakikat yang tidak mahu diterima oleh Samy. Kebanyakan pengundi kaun India menolak BN kerana MIC yang telah gagal memainan peranannya membela nasib kaum India.

Read More...

Pengundi berturunan India di Malaysia hanya sekitar 2 juta orang tetapi parti-parti yang mewakili kaum India adalah sebanyak 4 buah, iaitu MIC, PPP, IPF dan MUIP. PPP, IPF dan MUIP adalah parti-parti serpihan MIC yang ditubuhkan kerana krisis kepimpinan MIC. IPF dan MUIP secara lansung tertubuh kerana penentangan terhadap Samy Vellu.

Samy Vellu telah menjadi Presiden MIC terlalu lama. Dia mampu bertahan jawatan tersebut untuk tempoh yang panjang kerana setiap individu yang mampu memberi saingan terhadap jawatannya akan dicari jalan disingkirkan dari parti. Samy Vellu memimpin MIC secara diktator. Katanya adalah peraturan yang perlu dituruti dan yang membantah akan dikenankan tindakan atau disingkirkan. Samy Vellu juga diberitakan menggunakan samseng untuk mempertahankan kedudukannya dengan mengancam dan mengugut lawannya.

MIC mengalami kekalahan teruk dalam PRU12. MIC jelas ditolak oleh kaum India yang beralih sokongan kepada gerakan Hindraf dan parti-parti pembangkang lain. Kebanyakan calon-calon MIC bertanding di kawasan-kawasan majotiri pengundi Melayu. Atas semangat setiakawan yang tidak sangat dihormati Samy Vellu dan MIC, BN memperuntukan kawasan-kawasan ini kepada MIC. Samy Vellu sendiri yang bertanding di Sungai Siput adalah kawasan majoriti Melayu, begitu juga Teluk Kemang dan banyak lagi kawasan DUN dan Parlimen. Pengorbanan jelas dibuat oleh UMNO dalam pengagihan kerusi-kerusi antara komponen BN. Jika mengambil kira majoriti kaum sesuatu kawasan untuk pengagihan kerusi, MIC berkemungkinan tidak akan mendapat satu kerusi pun untuk ditandingi dalam pilihanraya.

Dalam PRU12, MIC mengalami kekalahan teruk. Pemimpin-pemimpin utama MIC tewas di kawasan tradisi mereka, termasuk Samy Vellu yang gagal mempertahankan kerusi Sungai Siput yang diwakili beliau untuk sekian lama. Orang-orang Melayu telah menolak calon-calon MIC kerana kekecewaan kawasan mereka di wakili oleh MIC. Pengundi India juga menolak MIC kerana Samy Vellu. Kegagalan calon-calon MIC dalam pilihanraya bukan kerana penolakan terhadap BN semata-mata tetapi sebenarnya adalah penolakan terhadap individu yang memimpin MIC yakni Samy Vellu. Samy Vellu bukan sahaja ditolak oleh kaum India malah ditolak oleh semua kaum dalam negara. Hakikat ini sukar difahami oleh Samy Vellu atau beliau sengaja tidak mahu menerima hakikat tersebut. Samy Vellu menjadi Menteri Kabinet dibawah 4 Perdana Menteri namun masih gagal menguasai bahasa Malaysia. Samy Vellu berkemungkinan besar tidak faham bahasa memungkinkan beliau tidak dapat memahami penolakan rakyat terhadap dirinya.

Hindraf adalah pertubuhan haram yang dikatakan adalah hasil usaha Samy Vellu sendiri untuk memberi tekanan kepada kepimpinan negara dari luar lingkungan BN. Malangnya, idea ini membidas MIC sendiri; jerat memakan tuan. Hindraf dan kepemimpinannya berjaya meraih sokongan kaum India di luar bandar dan golongan kelas bawahan kaum India yang mudah dimanipulasi dan mengalihkan sokongan mereka kepada parti-parti pembangkang. PKR, DAP dan PAS mendapat keuntungan dari gerakan Hindarf yang secara senyap disokong oleh Samy Vellu.

Demonstrasi jalanan dan tunjuk perasan yang menjadi modus operandi Hindraf mendapat sokongan kuat kaum India kelas bawahan, lebih tepat berkasta rendah. Gerakan Hindraf merebak hinggakan menjadi unsur mengancam keselamatan dan perpaduan kaum negara. Hindraf mengemukakan 18 tuntutan kepada kerajaan. Tuduhan-tuduhan tidak berasaskan dilemparkan terhadap kerajaan khususnya UMNO yang menjadi parti teras kerajaan di dalam dan luar negara. UMNO dituduh meruntuh kuil-kuil Hindu dan menggerakkan penghapusan etnik terhadap kaum keturunan India. Hindraf melemparkan tuduhan terhadap parti politik Melayu, UMNO tetapi tidak secara terang membuat dakwaan dan tuduhan terhadap Bangsa Melayu. Gerakan mereka disokong kuat oleh Anwar Ibrahim yang memanipulasikan Hindraf untuk meuntungan politiknya.

Samy Vellu tidak terkecuali menyokong gerakan Hindraf secara terang. Apabila beberapa pemimpin Hindraf ditahan di bawah ISA, Samy Vellu juga turut serta dengan pemimpin-pemimpin pembangkang lain membuat gesaan agar kerajaan membebaskan mereka. Terkini, beliau dilihat sudah berbaik-baik dengan Kayveas, Presiden PPP. Suatu ketika, Samy Vellu dan Kayveas sering bertentangan kerana berebut-rebut untuk menjadi hero kaum India. Namun apabila kedua-duanya tewas dalam pilihanraya dan tidak dilantik untuk sebarang jawatan kerajaan mereka kelihatan sudah rapat dan melupakan pertentangan di antara mereka.

Kayveas mempunyai banyak persamaan dengan Samy Vellu. Keceluparan Kayveas sering mengundang masalah kepada dirinya malah juga membawa banyak masalah kepada BN. PPP, walaupun mengaku sebagai parti pelbagai kaum, namun ia lebih kepada menjadi parti kaum India. Kepimpinan dan keahlian PPP didominasi oleh kaum India dan matlamatnya juga lebih kepada kaum India. Tindakan dan kelakuan Kayveas seringkali menjadi duri dalam daging kepada BN. Permintaan peruntukan kerusi pilihanraya PPP tidak sepadan dengan keahlian dan kebolehan PPP membawa sokongan pengundi kepada BN. PPP telah tewas kesemua kerusi yang ditandingi mereka.

PPP juga akan mengadakan pemilihan partinya sebagaimana MIC pada Jun ini. Kemelut kepimpinan jelas berlaku dalam PPP, sebuah parti kecil yang menjadi komponen BN. T Murugiah, seorang pemimpin muda yang sedang meningkat naik namanya di kalangan kaum India dilihat memberi saingan kepada kepimpinan Kayveas dalam PPP. Kayveas menuduh Murugiah mengamalkan politik wang dalam usaha mendapat tempat dalam PPP. Kayveas gusar populariti Murugiah akan menyingkirkan beliau dari jawatan Presiden PPP walaupun Murugiah telah pun menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding jawatan Presiden. Jawatankuasa Pusat PPP baru-baru ini mengusulkan pemecatan Murugiah (43 dari 45 orang ) dari parti walaupun Kayveas menafikan beliau menyokong usaha tersebut. Tindakan Kayveas dan Samy Vellu tidak banyak berbeza. Sesiapa sahaja yang dilihat mungkin memberikan saingan kepada kedudukan mereka akan disingkirkan. Drama perebutan jawatan PPP menjadi lebih hebat apabila Murugiah menerima dua butir kelongsong peluru beserta nota amaran agar beliau tidak bertanding sebarang jawatan dalam PPP.

Murugiah dilantik sebagai Senator dan menggangotai Kabinet Najib sebagai Timbalan Menteri di JPM. Manakala Kayveas dan Samy Vellu pula tidak diberikan sebarang jawatan akibat kekalahan mereka dalam pilihanraya lalu. Baru-baru ini Murugiah dinamakan sebagai pemimpin kaum India paling popular mengatasi Samy Vellu dan Kayveas. Kenyataan Samy Vellu untuk tidak akan menerima Murugiah ke dalam MIC sekiranya beliau dipecat dari PPP cukup menarik dan perlu perhatian. Ramai sudah menjangkakan Samy Vellu akan bertindak demikian kerana kemungkinan Murugiah memberi saingan kepada kedudukannya dan kroni-kroninya di dalam MIC.

MIC, PPP, IPF dan MUIP perlu bergabung menjadi satu parti yang lebih besar untuk meraih sokongan kaum India dan mengembalikan sokongan pengundi-pengundi India kepada BN. Samy Vellu dan Kayveas juga perlu mengorbankan jawatan Presiden mereka dalam parti berkenaan. Orang Melayu hanya diwakili oleh satu parti dalam BN manakala kaum Cina diwakili oleh MCA dan Gerakan.
Masalah ini berlaku kerana keinginan sesetengah individu untuk menjadi ketua sesebuah organisasi. Keduanya kerana berlaku pengkelasan di kalangan masyarakat Cina dan India. MCA dikatakan dimonopoli oleh kaum peniaga dan elitis Cina manakala Gerakan didominasi oleh kumpulan selebihnya di kalangan masyarakat Cina. Seperti juga MIC dan PPP kini didominasi oleh elitis India, ataupun kelompok yang bertukar kelas/kasta mereka manakala kelas bawahan dipinngirkan.

Kesimpulannya, masyarakat India diwakili oleh terlalu banyak parti politik yang bertentangan ideologi sehinggakan usaha untuk memajukan masyarakat India ketinggalan kerana keasyikan berpolitik di kalangan pemimpin-pemimpin masyarakat India. Samy Vellu perlu disingkirkan dari MIC, begitu juga Kayveas dari PPP untuk kebaikan BN.




 
that certain quarters have tended to ridicule judgments of the courts solely for these judgments having ruled one way rather than the other. For them, the expected outcome defines everything.

If it is not disappointing then it is presumed that the process of the law was not compromised. However, if the outcome is disappointing then it is a given that the process was subverted. This cannot be the right way to look at things as, whatever the case, the process of the law is crucial.-Malik Imtiaz Sarwar