Awat La

ABSOLUTE WITH A TWIST

More About Me...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Another Tit-Bit...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc.

UMNO Perlis: Kaluit Tak Sangga

Kekalutan dalam UMNO Perlis tidak sepadan dengan saiznya. UMNO Perlis mempunyai tiga bahagian sahaja, Kangar, Arau dan Padang Besar. Negerinya pun kecil, bahasa orang utara," besaq kelemboi". Namun keriuhan politknya tidak terkira.

Kemelut politk UMNO Perlis memuncak selepas Pilihanraya Umum 2008 apabila Shahidan Kassim yang dinamakan untuk jawatan Menteri Besar gagal mendapat perkenan Raja Perlis. Jawatan Menteri Besar diberikan kepada Mad Isa Sabu atas sokongan majoriti Adun-adun Perlis yang membuat sembah pengakuan sokongan kepada Raja Perlis.

Walaubagaimana pun Shahidan terus memegang jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri sehingga selepas Perhimpunan Agong UMNO Mac lalu apabila Mad Isa Sabu dilantik menggantikan beliau.

Read More...

Kemelut politik dalam UMNO Perlis bermula apabila beberapa pemimpin UMNO Perlis memulakan gerak untuk menjatuhkan Shahidan sebagai MB Perlis. Radzi Sheikh Ahmad dan Azmi Khalid adalah beberapa pemain utama dalam gerakan tersebut. Azmi tewas dalam pertandingan untuk Ketua Bahagian Padang Besar ditangan Zahidi Zainul Abidin yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Perlis. Mad Isa Sabu mengambil alih kepimpinan Bahagian Kangar di mana Radzi Sheikh Ahmad adalah Ahli Parlimen.

Pada pilihanraya Umum lalu, Perlis adalah negeri terakhir memuktamadkan senarai calon untuk bertanding.Cadangan Shahidan mendapat tentangan Radzi Sheikh Ahmad yang pada waktu itu Setiausaha Agong UMNO yang turut terlibat dalam memutuskan senarai calon. Pergeseran antara Shahidan dan Radzi bermula lebih awal dari itu. Calon Shahidan ditolak oleh Radzi yang berjaya mempengaruhi Presiden dan Timbalan Presiden.
Ramai penyokong Shahidan digugurkan dari senarainya untuk melemahkan pengaruh Shahidan di Perlis,dan ini jelas dilihat oleh Shahidan.

Najib melantik Mad Isa Sabu sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis selepas Perhimpunan Agong manakala Shahidan yang gagal mempertahankan jawatan Ahli MTnya dilantik semula ke dalam MT.

Kemelut mula memuncak apabila Mad Isa Sabu membuat lantikan mengisi jawatan Perhubungan UMNO Perlis. Pemimpin-pemimpin yang dikenalpasti menyokong Shahidan di ketepikan termasuk Hashim Suboh, bekas Ketua Penerangan Negeri. Jawatannya diisi oleh Radzi Sheikh Ahmad. Radzi tidak disukai ramai kalangan UMNO kerana beliau dipersalahkan sebagai bertanggungjawab kemerosotan pencapaian UMNO dalam pilihanraya umum lalu. Beliau telah meletakkan jawatan SU Agong UMNO selepas PRU12 atas sebab ini. Perlantikan beliau mendapat tentangan UMNO Perlis. Kepimpinan Mad Isa Sabu dipersoal kerana dilihat dipengaruhi oleh Radzi. Mad Isa Sabu adalah seorang pemimpin yang lemah dan tidak agresif berbanding dengan Shahidan.

Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad mendakwa bekas ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh "seorang yang kecewa dan tidak perlu dilayan".

"Saya tidak ada masalah dengan dia (Hashim). Saya juga tidak kisah dengan dia. Ini benda kecil," katanya, membalas kecaman Hashim terhadapnya semalam.

"Dia buat kerja apa sebagai ketua penerangan Umno Perlis?"

Menurut Radzi, beliau antara lapan ahli parlimen BN yang berjaya meningkatkan majoriti dalam pilihanraya umum lalu.

Ahli parlimen Kangar diminta mengulas kenyataan Hashim bahawa beliau "tidak pandai menjalin hubungan dengan orang lain."
"Umno Perlis menjadi kacau-bilau kerana tindakan-tindakan bekas setiausaha agung Umno itu," kata Hashim.

Dalam reaksi terhadap kenyataan Radzi hari ini, Hashim terus memburukkan ahli parlimen itu dengan mendakwa beliau tidak pernah hadir di majlis-majlis bersama rakyat yang dianjurkan setiap minggu di
Perlis.

Dalam emelnya kepada Malaysiakini petang ini, Hashim berkata Radzi juga tidak pernah hadir dalam konvensyen-konvensyen Umno yang diadakan setiap tahun.

"Radzi dan rakan-rakannya juga tidak pernah turut serta dalam pilihanraya-pilihanraya kecil yang diadakan di seluruh negara," kata Hashim lagi.

Menyifatkan kenyataan Radzi bahawa rungutan terhadapnya tidak perlu melayan sebagai "cukup angkuh", Hashim terus mengungkit peranan bekas menteri itu dalam pilihanraya umum tahun lepas.

"Yang perlu diperjelaskan adalah betapa Radzi sebenarnya punca kemelut politik Umno Perlis.

"Beliaulah orang yang bertanggungjawab mengetepikan amalan dan sistem dalam parti sehinggakan pemimpin kanan Umno bahagian dan badan perhubungan Perlis disingkirkan daripada menjadi calon dalam pilihanraya umum lalu," katanya


 
that certain quarters have tended to ridicule judgments of the courts solely for these judgments having ruled one way rather than the other. For them, the expected outcome defines everything.

If it is not disappointing then it is presumed that the process of the law was not compromised. However, if the outcome is disappointing then it is a given that the process was subverted. This cannot be the right way to look at things as, whatever the case, the process of the law is crucial.-Malik Imtiaz Sarwar