“Saya berterima kasih kepada penyokong-penyokong dan isteri saya tapi minta maaf, saya tidak akan berterima kasih kepada kerajaan,” katanya.
Beliau yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak Disember 2007 mendakwa, penahanannya di bawah akta itu dibuat tidak mengikut undang-undang.
Sehubungan itu, dakwa penasihat undang-undang pertubuhan haram itu, tiada sebab dia perlu berterima kasih kerana tidak melakukan kesalahan.
Penahanan selama tujuh belas bulan di Kamunting gagal merubah pendirian P. Uthayakumar. Tiada siapa mengharapkan Uthayakumar berterima kasih kepada kerajaan membebaskan beliau dari tahanan ISA. Dakwaan bahawa penahanan beliau tidak mengikut undang-undang meleset sama sekali. ISA diwujudkan untuk membenteras kegiatan-kegiatan yang boleh mengancam keselamatan negara sebelum ianya menjadi diluar kawalan.