Lima ditahan cuba sambut 'harijadi Altantuya'.
Tiga ditahan di depan kompleks pejabat perdana menteri di Putrajaya selepas cuba "menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang dibunuh tiga tahun lepas.Kumpulan kira-kira 30 aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga menyerahkan sepucuk surat daripada bapa mangsa bunuh itu Shaariibuu Setev dan memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak.Sani Md Shah ditahan jam 11.15 pagi apabila memegang kek hari jadi, sementara Saufi Mihat dan Yasir Sheikh Abdul Rahman ditahan tidak lama selepas itu sewaktu memegang kain rentang di depan pintu masuk kompleks tersebut.Ketiga-tiganya kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya.
Setelah Badrul Hisham masuk ke balai, beliau dimaklumkan agar hadir semula jam 2 petang ini. Sewaktu hadir petang ini, beliau bersama rakannya Nor Azizi A Aziz turut ditahan untuk soal siasat berhubung sambutan hari jadi itu, demikian dimaklumkan oleh seorang jurucakap SAMM Amin Iskandar. Mereka berdua bagaimanapun dibebaskan jam 4.45 petang, sementara tiga lagi masih ditahan di balai polis tersebut.
SAMM ni Solidariti Anak Mongolia Malaysia ke? Baru-baru ni Tian Chua dan Teresa Kok, ahli politik berbangsa Cina beragama Kristian buat 'Ching Ming'-amalan memuja roh si mati- untuk Altantuya. Kali ni anak-anak Melayu pula sambut harijadi Altantuya. Siap dengan kek lagi....sudah-sudahlah dengan hal Altantuya ini. Apa yang sebenarnya nak dibuktikan oleh mereka semua, keadilan untuk Altantuya atau mileage politik parti. Jika benar bersimpati dengan nasib Altantuya, biarkan rohnya aman. Dah 3 tahun dia mati. Hentikan segala gimik murahan.