Nizar Politik Perak: Program Tidak Dapat Sambutan
Program Mogok Lapar yang bermula semalam di Wisma DAP Perak hanya dihadiri beberapa kerat penyokong pakatan haram sebelum polis mengambil tindakan kerana berhimpun di luar premis. Program menanam pokok demokrasi mengikut tafsiran pakatan haram itu juga tidak mendapat sambutan. Mereka menanam 10 batang pokok di tebing sungai berhampiran Medan Istana, Ipoh. Nizar pula lewat ke majlis tersebut..Manakala ada pegawai bank berdekatan mengambil kesempatan mengedar risalah produk bank kepada wartawan dan hadirin yang hadir.
Letih mogok lapar agaknya!
Rakyat Perak nampaknya mulai sedar akan permainan politik Nizar dan sekutunya dalam krisis peralihan kerajaan di Perak.
Read More...
Mereka yang hadir termasuklah ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran (DAP), Lim Pek Har (ADUN Menglembu-DAP), Leong Mee Meng (DAP-Jalong), Chang Lih Kang (PKR-Teja) dan Thomas Su Keong Siong (DAP-Pasir Pinji).
Program yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu, tamat sejam kemudian.
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang dijadualkan hadir bersama untuk menanam pokok itu hanya tiba pada pukul 10.15 pagi selepas pokok-pokok itu selesai ditanam, lapor agensi berita itu lagi.
Semua yang hadir bersurai kira-kira 15 minit kemudian.
V Sivakumar, Ngeh dan Nga juga tidak hadir untuk program penanaman pokok demokrasi itu. Politik pakatan haram kini menghampiri tebingan sungai menanti karam sebagaimana pokok demokrasi mereka. Politk murahan tidak begitu menarik perhatian rakyat Perak sebenar. Kekacauan yang timbul di Perak kebanyakannya dilakukan oleh bukan warga Perak sebagaimana yang berlaku di Kuala Kangsar semasa majlis angkat sumpah MB Februari lalu. Begitu juga semalam pada pelancaran mogok lapar di Wisma DAP dan pada hari persidangan DUN 7 Mei lalu. Antara mereka yang ditahan polis terdapat warga asing dan kebanyakan yang lainnya pula adalah dari luar Perak.
Laungan dan dakwaan kononnya rakyat Perak mahukan pilihanraya negeri diadakan untuk merungkai kemelut di Perak sebenarnya hanya gimik politik pakatan haram tersebut sahaja. Rakyat Perak tiada masalah di bawah pentadbiran kerajaan BN dan mereka dapat menerima hakikat bahawa BN mempunyai majoriti di DUN Perak. Gelagat politik DAP yang menguasai kerajaan sebelum ini sudah tidak lagi boleh diterima oleh Perak.