Speaker DUN Perak: Keling vs Keling
Read More...
Saman tersebut adalah saman peribadi ke atas Ganesan yang didakwa tindakannya tersebut menyebabkan kecederaan dan menjatuhkan kemaluan Sivakumar. Ia bukan saman untuk mendapatkan perintah siapa sebenarnya Speaker DUN Perak. DAP bertegas Sivakumar masih Speaker yang sah manakala perlantikan Ganesan tidak sah. Sivakumar menuntut gantirugi balasan atas kecederaan dan dimalukan.
Anehnya, DAP dan sekutunya masih membawa kes ke mahkamah walaupun mendakwa dengan pelbagai tuduhan bahawa mahkkamah kelihatan berat sebelah. Apabila hakim Mahkamah Tinggi memutuskan Nizar masih MB yang sah, keputusan itu disambut dengan baik sekali hinggakan mereka berkata mahkamah kini bebas membuat keputusan manakala apabila hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi ianya dikatakan tidak berlaku adil dan menuduh adanya tangan-tangan ghaib campurtangan dalam kes tersebut.
Pendirian DAP dan sekutunya yang membuat tuduhan sedemikian menunjukkan sikap sebenar mereka yang akan hanya menerima jika keputusan memihak kepada mereka dan akan menolak keputusan yang sebaliknya. Mereka gagal memperlihatkan keadilan dalam pendirian mereka itu.
Kenyataan-kenyataan bersifat politikal bertujuan untuk meraih sokongan kepada mereka seperti ini akan hanya merosakkan imej cabang kehakiman negara. Tindakan mereka sebelum ini yang mempertikaikan keputusan Tuanku Sultan Perak juga menghakis penghormatan umum terhadap institusi Raja-raja Melayu. Rakyat perlu menilai dari segala sudut dengan rasional berkaitan isu-isu yang dibangkitkan dan tidak terpengaruh dengan dakwaan dan tuduhan parti-parti politik yang lebih bersifat mencari keuntungan politik kepartian semata-mata.