Awat La

ABSOLUTE WITH A TWIST

More About Me...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Another Tit-Bit...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc.

NIZAR : Mahkamah tidak ada hak tentukan kerajaan

Semasa berucap dalam satu ceramah di Kampar, Nizar berkata, terdapat beberapa faktor dan fakta yang bercanggah sehingga Mahkamah Persekutuan terpaksa memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah tidak ada hak menentukan siapa kerajaan yang sebenar, kerana rakyat adalah yang paling berhak menentukan siapakah kerajaan yang sah,” katanya malam tadi di Dewan Tokong Cina Mambang Diawan disini.

Sekiranya mahkamah tiada hak, kenapa Nizar menyaman Dr Zambry di mahkamah? Mahkamah bukannya menentukan siapa berhak menjadi kerajaan. Kuasa menentukan siapa menubuhkan kerajaan di Perak ialah Sultan Perak. Pada Mac 2008, Sultan Perak telah menggunakan kuasa budibicaranya sebagaimana yang diperuntukan oleh Undang-undang Tubuh Negeri Perak membenarkan 'pakatan rakyat' membentuk kerajaan di Perak walaupun baginda maklum ketiga-tiga parti ini tiada ikatan kukuh sebagimana BN. Gabungan kerusi 'pakatan rakyat' memberi kelebihan 3 kerusi ke atas BN. 31-28.

Namun begitu, kerajaan ini runtuh apabila tiga ADUNnya bertindak keluar parti menjadi Bebas dan menyokong BN. Tindakan tersebut memberi kelebihan majoriti kepada BN yang mempunyai 28 kerusi sebelum itu. Kelebihan kerusi di DUN Perak masih sama iaitu 3, cuma kali ini menyebelahi BN. Atas perkiraan yang sama dilakukan oleh Sultan Perak pada Mac 2008, baginda memperkenankan BN menubuhkan kerajaan baru di Perak.

Nizar telah menyembunyikan fakta sebenar bahawa kerajaannya telah hilang majoriti di DUN Perak apabila menyembah permohonan untuk membubarkan DUN Perak. Apakah Nizar fikir Sultan Perak begitu mudah di tipunya?

Apakah alasan yang beliau persembahkan kepada Sultan Perak untuk membubarkan DUN? Mengikut affidavit yang dkemukakan kepada mahkamah dan kenyataan media beliau sendiri menyebut bahawa beliau memaklumkan kepada Sultan Perak bahawa 3 ADUNnya 'telah menghilangkan diri' dan tidak dapat dihubungi. Beliau juga mengugut Sultan Perak, sekiranya permohonan itu tidak diperkenankan, Kesultanan Perak berkemungkinan akan menghaapi nasib yang sama dengan sistem beraja di Iran dan lain-lain sistem beraja di dunia yang sudah tiada.
Tanpa mengambil kira sembah derhaka beliau terhadap Sultan Perak, perbuatan ini sudah cukup untuk menunjukkan penderhakaan dan rasa tidak hormat beliau terhadap Sultan Perak dan sistem beraja.

Perbuatan dan perlakuan sebegitu tidak sepatutnya datang dari seorang pemimpin yang ingin terus menjadi Menteri Besar kepada Kerajaan Perak.


 
that certain quarters have tended to ridicule judgments of the courts solely for these judgments having ruled one way rather than the other. For them, the expected outcome defines everything.

If it is not disappointing then it is presumed that the process of the law was not compromised. However, if the outcome is disappointing then it is a given that the process was subverted. This cannot be the right way to look at things as, whatever the case, the process of the law is crucial.-Malik Imtiaz Sarwar