Nizar : Saya akan segera mengadap Tuanku untuk mohon bubar DUN
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di http://idhamlim.blogspot.com
"Saya dalam masa terdekat untuk mengadap Tuanku untuk memohon Perkenan bubarkan DUN Perak. Hubungan saya dengan pihak Istana baik dan saya akan menggunakan hubungan baik ini untuk mohon mengadap" kata Nizar dalam sidang media sebentar tadi.
Setakat ini sudah berapa kalikah Nizar membuat permohonan untuk menghadap Sultan Perak untuk memohon perkenan pembubaran Dun Perak ? Berapa kalikah Sultan Perak memperkenankan permohonannya untuk menghadap sejak terlucut jawatan sebagai MB ? Bukankah surat-suratnya yang terdahulu pun tidak mendapat jawapan dari Sultan Perak?
Nizar ni dah nyanyok ke? Tak sedarkah dia bukan lagi MB di mata Sultan Perak ?