"Peranan ulama’ dan kepimpinannya telahpun diinstitusikan di dalam PAS melalui pembentukan Majlis Syura Ulama’ pada tahun akhir 80an. Satu pindaan perlembagaan telah dilakukan dan melaluinya tertubuh Majlis Syura Ulama’ yang berperanan memantau perjalanan parti pada setiap masa. Melalui pindaan ini, maka peranan ‘Eksekutif’ atau perlaksana dan kuasa ‘Legislatif’ atau pengubal dasar dipisahkan. Ini akan menyebabkan pihak Eksekutif, iaitu Presiden dan saf kepimpinan Pusat, tidak bebas sepenuhnya menentukan apa-apa dasar atau pendirian tanpa mengambil kira pandangan ulama’"
Dengan terbentuknya Majlis Syura Ulama’ maka kedua-dua jawatan tersebut terbuka kepada mana-mana pimpinan PAS, samada Ulama’ atau Profesional, untuk menyandangnya tanpa kekhuatiran tersebut. Pilihan perlu dibuat berdasarkan kemampuan seseorang itu memainkan peranan dan menunaikan tanggung-jawab melaksana dasar dan strategi PAS dalam mengharungi suasana politik semasa sehingga PAS boleh mempertingkatkan pengaruhnya di dalam masyarakat.
"kadang-kala saya melihat yang lulus 4 thanawi pun dianggap sebagai ‘Ulama’. Panggil ‘ustadz’ takpelah juga, tetapi istilah ‘ulama’ itu pada pendapat saya perlulah digunakan dengan lebih cermat."