Politik Perak: Pakatan Mogok Lapar
Read More...
Mogok lapar beramai-ramai akan diketuai oleh x-Speaker Gilakuasa Sivakumar yang telah dinyahjawatan pada sidang 7 Mei lalu. Politik 'pariah' kini menjadi budaya baru politik parti pembangkang yang sudah hilang kerajaan di Perak. Adun-Adun Pakatan yang tiada masalah kesihatan dijemput hadir. Wakil-wakil PAS juga boleh turut serta untuk ber'puasa' 72 jam dengan niat untuk mengembalikan kuasa politik kepada Cina DAP.
Tindakan seumpama ini adalah satu tindakan bodoh semata-mata untuk mencuri simpati penyokong.
Nga Kor Ming, 'Ustaz DAP' yang mendapat tauliah dari Nik Aziz berkata tindakan ini adalah satu usaha serius untuk menghantar satu mesej supaya hak demokrasi dikembalikan kepada semua rakyat Perak seramai 2.4 juta orang. "Ustaz" Nga terlupa bahawa tidak kesemua 2.4 juta rakyat Perak mengundi mereka pada pilihanraya lalu.
Benarkah keseluruhan rakyat Perak mahu pilihanraya negeri diadakan untuk menentukan kerajaan setelah majoriti jelas berada pada pihak BN setelah 3 Adun pakatan keluar parti dan menyokong BN?
Pakatan dilihat bersungguh-sungguh mahu diadakan pilihanraya semula setelah usaha mereka membawa kemelut Perak ke mahkamah menemui jalan buntu. Kini hakim dan mahkamah dituduh tidak berlaku adil kerana memutuskan penghakiman yang tidak memihak kepada mereka. Keadilan bagi mereka hanya berlaku apabila keputusannya memihak kepada mereka. Ngeh dan Nga sebagai pengamal undang-undang tentunya maklum mengenai undang-undang namun demi kepentingan kuasa politik memutarbelitkan fakta dan mengelirukan rakyat agar memihak kepada mereka. Nizar sebagai ulama lif sepatutnya juga faham yang naik keatas akan turun kebawah juga.
Atas kepentingan politik PAS membenarkan diri mereka diseret mengamal budaya bertentangan dengan Islam. Tidak cukup malukah PAS dengan telatah penyokong-penyokongnya berbaring di jalan raya menyekat kenderaan keluarga diRaja, terpekik terlolong untuk mengembalikan kuasa kepada DAP sedangkan penyokong-penyokong DAP berpeluk tubuh mentertawakan mereka. PAS seharusnya sedar bahawa yang hilang kerajaan di Perak adalah DAP bukannya PAS; DAP yang secara halus telah menyebabkan PAS menggugurkan perjuangan Islamnya. Nizar hanya kuda yang menjadi tunggangan DAP.