Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim tewas dalam mempertahankan jawatan Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Parit Buntar yang disandangnya sejak tahun 2003. Beliau tewas ditangan bekas Ketua Penerangan PAS Parit Buntar, Sdr. Baharin Md. Desa. Idham Lim adalah penyokong kuat Nizar Jamaludin dan menjadi Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan dalam kerajaan sebelum ini.
Beliau mendakwa telah difitnah oleh orang PAS sendiri semasa Pilihanraya Kecil Bukit Gantang berlansung dan akibat dari fitnah tersebut telah memburukkan imejnya sehingga kini. Beliau bercadang untuk menyaman pihak yang telah memfitnah beliau. Beliau dikatakan terlibat dengan rasuah balak semasa pentadbiran Nizar.