Kayveas dan PPP: Boleh Pi Jahanam
Read More... Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, BN tidak memerlukan pemimpin celupar serta gemar menangguk di air keruh seperti Kayveas.
Beliau juga meminta Kayveas 'menjahit mulut' kerana dalam keadaan sekarang, semua pemimpin dalam komponen BN sepatutnya bersatu dan bukannya bertelingkah sesama sendiri.
"BN hanya memerlukan pemimpin serta parti komponen yang mempunyai semangat setiakawan tinggi agar pembangunan yang dirancang untuk rakyat dapat dilaksanakan dengan licin,''
Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pula berkata, ugutan Presiden PPP itu bertujuan memperoleh publisiti murahan dan menegaskan kenyataan Kayveas itu tidak perlu dilayan.
"Tak perlu layan kerana dia hanya mahu publisiti murahan sahaja demi kesinambungan politiknya,"
Dalam pada itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong menyifatkan Kayveas hidup dalam alam khayalan. "Tiada guna PPP masih lagi berada dalam BN jika hati mereka bukan lagi berpaksikan perjuangan gabungan itu. Perjuangan BN bukan sekadar untuk dapatkan kerusi dalam kerajaan. Perjuangan BN lebih kompleks dan PPP perlu melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap parti itu. Saya pelik bagaimana Kayveas mendakwa boleh menawan dua negeri jika PPP bergerak sendirian sedangkan kerusi Parlimen yang diberikan kepadanya sebelum ini pun gagal dipertahankan"
Lebih baik PPP keluar daripada BN kerana parti berkenaan gemar menimbulkan polemik murahan.