Awat La

ABSOLUTE WITH A TWIST

More About Me...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Another Tit-Bit...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc.

PAS VS PAS: Antara Erdogan dan Ulamak

Bergolak juga Parti Islam SeMalaysia. Muktamar PAS yang akan diadakan Jun ini bakal menyaksikan fraksi-fraksi dalam PAS berentap merebut jawatan tertinggi parti tersebut. Perebutan jawatan dalam PAS tidak banyak bezanya dengan perebutan jawatan dalam parti-parti lain. Semua orang politik dalam parti politik melibatkan diri dalam politik untuk kuasa; tiada tujuan lain.
Sebelum Mac 2008, pemimpin PAS tidak pernah merasakan nikmat Kuasa Poltik kecuali mereka di Kelantan dan Terengganu. Kini kebanyakan mereka telah ketagihkan kuasa politik tersebut. Di Perak dan Selangor mereka menumpang kuasa politik tersebut dengan PKR dan DAP. Walaupun tiada kuasa sebenar, hanya bagai melukut ditepi gantang, mereka tetap dapat mengecapi sedikit kuasa itu.
Perebutan jawatan berlaku kerana adanya tarikan kepada kuasa tersebut. Fraksi bertentangan bertembung untuk berebut jawatan dan menguasai parti. Amalan syura yang diagungkan PAS sebelum ini tidak lagi bertapak dalam PAS. Golongan Ulama semakin disingkirkan. Pemimpin baru dalam PAS, yang kebanyakan dari golongan professional dan pendidikan sekular mula menunjukkan penguasaan dalam jawaan tinggi parti. Perjuangan PAS disesuaikan dengan kehendak parti-parti sekutu, dan matlamat politik lama digugurkan. Penubuhan Negara Islam dan Undang-undang Islam tidak lagi menjadi slogan utama perjuangan PAS sehingga ada pemimpin yang mendapat lonjakan akibat dari peristiwa membuat kenyataan bahawa PAS tidak pernah memperjuangkan penubuhan Negara Islam dan Hudud.
Golongan Ulama dituduh oleh golongan Erdogan merencat penguasaan politik PAS. Golongan Erdogan ini kebanyakannya lebih mengikut telunjuk Anwar. Kebanyakan mereka juga pernah menjadi pengikut setia Anwar semasa di dalam UMNO. Kesetiaan mereka bukannya kepada parti yang dianggotai tetapi kepada Anwar dan matlamatnya. Mereka diserapkan ke dalam PAS untuk menguasai PAS bagi menjamin cita-cita politik Anwar tercapai.
Walaupun perkara ini dinafikan oleh pemimpin tertinggi PAS, namun kebenaran tidak dapat disembunyikan. Gerakan menolak pimpinan ulama dalam PAS jelas kelihatan. Penyokong Hadi Awang secara sistematik disingkirkan. Nik Aziz yang lebih berpengaruh daripada Hadi Awang di kalangan ahli-ahli PAS dipergunakan untuk merealisasikan perancangan dan agenda Erdogan. Husam Musa, seorang rakan rapat Anwar, berjaya mempengaruhi Nik Aziz dalam memberi penentangan terhadap Hadi Awang.
Muktamar PAS kali ini akan memperlihatkan pertembungan antara Ulama dan Erdogan.


 
that certain quarters have tended to ridicule judgments of the courts solely for these judgments having ruled one way rather than the other. For them, the expected outcome defines everything.

If it is not disappointing then it is presumed that the process of the law was not compromised. However, if the outcome is disappointing then it is a given that the process was subverted. This cannot be the right way to look at things as, whatever the case, the process of the law is crucial.-Malik Imtiaz Sarwar