HINDRAF: Mindraf dan Malaysia Makkal Sakti
Read More... Akhir bulan lalu, Manuel Lopez mengumumkan penubuhan Barisan Tindakan Demokratik India Malaysia (Mindraf). Mindraf bertujuan memberi khidmat dan menyelesaikan masalah masyarakat India. Mindraf hanya akan memohon untuk didaftarkan pada Jun setelah mengisi semua jawatan penajanya. Lopez memaklumkan Mindraf sudah mendapat penyertaan seramai 3000 orang.
Manakala R.S. Thanenthiran, bekas penyelaras kebangsaan Hindraf mengesahkan penubuhan parti Malaysia Makkal Sakthi yang akan diumumkan secara rasmi di Petaling Jaya esok. Beliau yang dijangka mengetuai parti itu turut mengesahkan sudah menyerahkan tanggungjawab menyelaras Hindraf kepada barisan kanan pemimpinnya.
"Pemimpin Hindraf yang sudah dibebaskan dari Kamunting akan meneruskan matlamat Hindraf dan saya akan menggerakkan platform politik yang sah di sisi undang-undang bagi wakili masyarakat India," katanya.