PAS marah lagak Anwar dalam Pakatan
PAS marah dan kecewa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak berunding dengan pemimpin parti itu dan DAP sebelum PKR mengumumkan kekosongan DUN Penanti, kata seorang pemimpin PAS Pulau Pinang.
PAS juga mendakwa mereka kesal dengan tindakan ketua pembangkang itu yang berlagak seperti 'orang besar' dalam Pakatan Rakyat yang 'tidak menghormati' pemimpin parti-parti lain.
'Beliau selalunya bercakap tentang (pentingnya) Pakatan Rakyat, (tetapi) contoh terbaru, isu Fairus letak jawatan (diputuskan) tanpa berbincang dengan DAP dan PAS pusat,' kata pemimpin itu yang enggan dikenali.
'Tak berbincang. Dia buat macam orang besar dalam Pakatan. Tak hormat (rakan Pakatan yang lain).'
Menurut sumber itu, tindakan sebelah pihak Anwar itu boleh menggugat kesatuan gabungan pembangkang di Pulau Pinang kerana memaksa PAS dan DAP 'mengikut caranya.'
'Pakatan Rakyat tidak boleh pergi (bertahan) lama kalau bergantung ikut cara dia, ikut kehendak dia,' katanya.
Tindakan penasihat PKR yang tidak berbincang tentang peletakan Mohamad Fairus tanpa memikirkan kesan kepada Pakatan khususnya menyebabkan akar umbi kecewa dengan situasi tersebut.
'Pengundi dan ahli akar umbi PAS dan PKR kecewa,' katanya"
Akhirnya orang PAS sedar perangai dan tipu muslihat Anwar.. Tunggu apa lagi orang PAS? Letaklah calon tajaan PAS di Penanti. Tengok siapa sebenarnya kuat di penanti, PAS atau PKR?