Takut Umno, PAS Tangguh Ahli Bersekutu

Read More...
Selepas menangguhkan idea kerajaan perpaduan dengan BN, kini cadangan penyertaan bukan Islam sebagai ahli bersekutu PAS, turut menerima nasib yang sama.
Mursyidul amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat bagaimanapun menyifatkan penangguhan itu sebagai "masalah pentadbiran" bagi mengelakkan "serangan habis-habisan" pihak Umno.
"Cuma tidak sampai masa lagi, (sebab) bimbang Umno dok serang kita habis-habisan. Maka terbalik (terancam) macam DAP satu masa dulu bersama dengan kita dalam Barisan Alternatif. DAP sudah masuk, tetapi dia keluar balik," katanya.
Beliau mengulas status pembukaan keahlian PAS kepada bukan Islam ketika bercakap dalam sidang akhbar khas di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu pagi ini.
November tahun lalu, hasil daripada pemukiman di Langkawi, pemimpin PAS sepakat untuk membuka keahlian parti itu kepada bukan Islam bagi menghargai sokongan mereka dalam pilihanraya umum lalu.
Kelab penyokongnya pula akan diangkat menjadi satu dewan yang setaraf dengan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dalam organisasi parti tersebut.