DUN Perak yang bersidang hari ini menyaksikan bagaimana wakil rakyat berkelakuan macam badut sarkas.
V.Sivakumar, Speaker DUN Perak yang dipecat melalui pengundian angat tangan tidak mahu melepaskan kerusinya. Beliau tidak berganjak dari kerusi tersebut walaupun diminta berbuat demikian. Sayang sungguh beliau kepada kerusi tersebut sebagaimana sayangnya Nizar, MB-dipecat kepada Toyota Camrynya.
Sivakumar cuba menghalau Zambry dan Exconya keluar dewan atas alasan mereka digantung walaupun mahkamah telahpun membuat penghakiman sebaliknya. Turut dihalau 3 wakil rakyat Bebas. Sivakumar bertindak membelakangkan keputusan penghakiman yang telah dibuat oleh mahkamah. Mahkamah sebelum ni telah memutuskan bahawa 3 Adun bebas tersebut masih sah sebagai wakil rakyat untuk kawasan yang dimenangi mereka semasa Pilihanraya Umum lalu. Sebagai wakil rakyat yang sah, tiada sebab untuk Speaker menghalang mereka dari menghadiri sidang DUN. Tindakan Sivakumar adalah tindakan nekad menafikan hak wakil rakyat menghadiri sidang DUN sebagaimana yang cuba dilakukan kepada Zambry dan Exconya dalam ' sidang bawah pokok'.
Secara logiknya penggantungan Zambry dan exconya oleh sidang bawah pokok adalah tidak terpakai kerana peraturan sediada menetapkan bahawa sebarang keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN perlu dikemukakan ke sidang DUN untuk pengundian oleh ahli-ahli Dewan; sebelum dikuatkuasakan. Dalam sidang bawah pokok, yang memperakui keputusan jawatankuasa tersebut, Zambry dan Exconya serta 3 Adun Bebas telah dinafikan hak untuk hadir; malah tidak dijemput hadir. Ini bertentangan dengan peruntukan peraturan tersebut. Sudah tentu pengundian berat sebelah kerana sebahagian ahli-ahli DUN tidak dibenarkan hadir.
Bagaimana mungkin sesuatu keputusan yang dibuat melalui aturan yang tidak sah menjadi sah? Sivakumar telah membuat banyak kesilapan dalam tindakannya. Rujuk perihal pemecatan dan perlantikan Setiausaha DUN Perak.
Tindakan menukarkan Sivakumar dengan Ganesan sebagai Speaker adalah satu tindakan yang sangat wajar berdasarkan kelakuan dan gelagat Sivakumar yang serupa badut sarkas.