Skandal foto bogel : Memahami lingkaran gelap Elizabeth Wong

Tulisan Killer dalam komen Malaysian Insider (klik di sini) dan youtube channel anwaribrahimdotcom (klik di sini) berusaha untuk merungkai beberapa persoalan misteri yang menyelubungi isu foto bogel Elizabeth Wong.Walaupun terdapat beberapa percanggahan fakta dengan kenyataan dengan kenyataan mainstrain misalnya tentang status Hilmi Malik yang sudah berkhawin, sedangkan media pedana mengatakan kedua-dua pasangan itu masih bujang, namun secara keseluruhan, isi penceritaannya boleh diteliti lanjut.Free sex thinkingPertama hujah Killer mengatakan kegiatan gelap Elizabeth adalah suka bertukar-tukar pasangan seks tanpa kahwin. Hobi Elizabeth ini sudah lama berlaku, tetapi mula terbongkar sejak dua bulan lepas. Killer menyebut terdapat sekurang-kurang tiga individu yang menjadi kekasih gelap Elizabeth iaitu Hilmi Malik, Tian Chua dan Mat Salleh.Menurutnya Elizabeth telah lama menjalinkan hubungan seksual dengan Tian Chua (Ketua Penerangan PKR, hingga faktor itu pertunangan Tian Chua bersama warganegara Hong Kong, Mable Au, terpaksa diputuskan. Kali terakhir hubungan Elizabeth-Tian Chua terbongkar ketika ditangkap di Hotel Taipei, ketika misi PKR memburu calon-calon BN di Taiwan.Tetapi dalam masa sama Elizabeth turut menjalin hubungan dengan pemuda Melayu-Islam bernama Hilmi Malek, ketika pemuda itu belum berkahwin dan hubungan diteruskan walaupun selepas lelaki itu sudah berkahwin. Lelaki Melayu itu diberi keistimewaan apabila dilantik menjadi Pembantu Peribadi kepada Ahli Parlimen PKR Petaling Jaya Selatan ,Hee Loy Sian. Amat jarang Ahli Parlimen berbangsa Cina akan mengambil pegawai khas Melayu, kecuali atas sebab-sebab tertentu terutama 'keistimewaan' lelaki Melayu yang tidak dapat ditandingi oleh ahli-ahli PKR lain. Dia juga dikatakan menjadi aktivis penting PKR bahagian Pandan.Juga dalam masa sama, Elizabeth mempunyai seorang lagi pasangan kekasihnya iaitu seorang pemuda Mat Salleh. Semua kenyataan media tidak menyebut siapakah pemuda Mat Salleh itu, apakah dia warganegara Malaysia dan apakah dia juga berkaitan dengan PKR ?Motif sebaran foto : Cemburu cinta tiga segi ?Di antara ketiga-tiga lelaki itu, siapakah kekasih yang paling disayangi oleh Elizabeth, kerana semuanya dilakukan secara serentak ? Tian Chua, Hilmi atau Mat Salleh ? Siapa kekasih sebenar yang paling disayangi Elizabeth ?Komen Killer seolah-olah bersetuju kekasih yang paling disayangi oleh Elizabeth adalah Hilmi.Dia menulis begini, 'Elizabeth semakin rapat dengan Hilmi dan mereka menjadi semakin intim ketika menyertai Pilihan raya Ke- 12, (Mac tahun lalu). Walau bagaimanapun hubungan mereka menjadi tegang dengan aktiviti-aktiviti “kurikulum luar ” Elizabeth. Mereka dikatakan telah berpisah selepas perkahwinan Hilmi tetapi ianya masih berterusan' Hujah ini diperkukuhkan lagi dengan pengakuan Elizabeth sendiri dalam tulisan di blognya pada 10 Mac 2008, sejurus selepas kemenangannya di DUN Bukit Lanjan. Dalam membariskan ucapan terima kasih di atas kemenangannya itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada Hilmi, kekasihnya, 'my boyfriend Hilmi who has been incredibly patient and supportive'. klik di siniKiller menulis, 'hubungan cinta Elizabeth-Hilmi sampai ke kemuncaknya kira-kira dua bulan yang lepas apabila Hilmi menemui foto-foto bogel Elizabeth bersama dengan teman lelaki Mat Salleh. Hilmi menjadi marah dan mereka memutuskan hubungan. Walau bagaimanapun, gambar-gambar (bogel Eli) telah sampai ke pengetahuan aktivis PKR 'Bermakna, walaupun Elizabeth menulis di blognya pada Mac 2008, mendeklarasikan Hilmi sebagai kekasihnya (yang paling disayangi ?), tetapi pada bulan September 2008, Elizabeth masih menjalinkan hubungan seks dengan Tian Chua, di Hotel Taipei, Taiwan dan kira-kira dua bulan lepas (Disember 2008), Elizabeth mengadakan hubungan seks dengan teman lelaki Mat Sallehnya pula.Jadi, jika menurut tulisan Killer, foto yang ditemui itu adalah foto-foto Elizebeth bersama Mat Salleh, di rumah Elizabeth di Jalan Gasing, Petaling Jaya.Polis melawat rumah Elizabeth Wong, di Bukit Gasing, Petaling Jaya. Persoalan yang belum terjawab, siapakah yang merakam foto-foto peribadi Elizabeth-Mat Salleh di rumah Jalan Gasing itu ? Adakah Hilmi atau Mat Salleh itu sendiri kerana kedua-duanya istimewa dan mempunyai 'kunci' untuk masuk ke rumah Elizabeth ?Persoalan lain yang juga belum terjawab, apakah hanya dua foto yang tersebar di internet itu sahaja, foto yang dikatakan 'memalukan' Elizabeth ? Sedangkan dalam laporan disebut polis menerima dua keping foto dan satu salinan klip video. Dua foto itu sudah bertebaran di internet. Tidaklah memalukan pun dan kalau berdasarkan dua keping foto itu, Elizabeth masih boleh 'melawan' jika dia tidak mengaku dirinya, kerana foto itu tidak begitu jelas.Tetapi bagaimana pula dengan klip video ? Klip video ini masih tersembunyi isi kandungannya.Apa isi kandungan video, sehingga Elizabeth bertekad meletakkan jawatan ADUN dan Exco Selangor, meskipun dilarang oleh Anwar Ibrahim, pemimpin de facto PKR ?Barangkali lebih dari dua foto yang dirakamkan, dan kedua foto yang disebarkan di internet itu sekadar pelindung kepada foto-foto lain yang lebih ekslusif lagi. Apatah lagi bila disebut klip video bermakna masih banyak perkara yang belum terdedah dan amat ditakuti oleh Elizabeth.Dalam hal ini, Killer merumuskan seperti berikut, 'Ia sesuatu yang amat menipu apabila Eli menyatakan gambar tersebut diambil tanpa pengetahuannya ataupun kerja BN. Lebih baik dia mengaku ataupun perkara ini akan menjadi semakin buruk'Sebab itu boleh difahami kenapa Elizabeth berkeras meletakkan jawatan, mestipun dihalang oleh Anwar Ibrahim, kerana dia tahu isi kandungan sebenar foto dan klip video itu. Klik di siniDalam bahasa Killer, Elizabeth memilih langkah pertama iaitu mengaku (menyerah kalah) bahawa foto-foto dan klip video adalah miliknya dengan meletak semua jawatan politik serta mengambil cuti ke luar negara selama sebulan.Siapa sebarkan foto itu dan apa motifnya ?Killer merumuskan Hilmi marah apabila menemui foto-foto Elizabeth-Mat Salleh dan membuatkan Hilmi berazam untuk memutuskan hubungan cintanya. Sebelum inipun Hilmi melahirkan rasa marah kepada Elizabeth kerana aktiviti-aktiviti “kurikulum luar” (hubungan seks dengan pasangan lain ?) kekasihnya itu, namun barangkali kemarahan itu belum benar-benar memuncak, dan boleh berbaik semula setelah dipujuk.Namun ketegangan itu tidak dapat dibendung lagi pada dua bulan lepas (Disember 2008 ?) apabila Hilmi sendiri terjumpa bukti foto Elizabeth-Mat Salleh.Menurut Killer, isu pergaduhan Elizabeth-Hilmi juga telah diketahui oleh inner circe PKR. Foto-foto Elizabeth juga turut sampai ke tangan anggota-anggota PKR yang lain selepas 'pergaduhan besar' itu Menurut Hee Loy Sian, Hilmi berhenti kerja dengannya kira-kira sebulan lepas. Barangkali itu merupakan kemuncak ketegangan Elizabeth-Hilmi, sehingga memaksa dia berhenti kerja sebagai pembantu khas ahli parlimen PKR .Ini diperkukuhkan lagi dengan keluhan sedih Elizabeth sendiri kepada rakan-rakan partinya pada 5 Februari lalu yang mengatakan "Mungkin ini kali terakhir kita makan malam dengan saya sebagai Exco (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) dan Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri)” klik di siniMaknanya Elizabeth sudah dapat menjangkakan apa yang akan terjadi ke atas dirinya setelah Hilmi menemui foto-foto itu dan berhenti kerja serta menghilangkan diri secara tiba-tiba. Klik di siniMenurut Killer, Elizaberth juga mempunyai dua musuh lain iaitu pertama musuh politik sesama PKR yang masing-masing berlumba-lumba untuk mengisi jawatan exco yang disandang oleh Elizabeth. Nama-nama yang turut disebut teringin mengisi jawatan exco yang disandang oleh Elizabeth adalah Dr Tan Kee Kwong (bekas pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan), Dr Tan Yee Kew (bekas ketua wanita MCA Klang), Lee Kim Sin (ADUN PKR Kajang) dan Gan Pei Nee (ADUN PKR Rawang). Klik di siniMusuh kedua Elizabeth adalah segolongan peniaga yang marah dengan dasar Elizabeth ketika memegang Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, kerajaan Selangor.Killer menulis begini, 'Jadi, tindakan puak-puak yang bermusuhan dalam PKR mengintai kerusi Exco (yang dipegang oleh Eli) dan kepentingan perniagaan telah menimbulkan kemarahan Elizabeth, kerana tentangannya yang tegas terhadap isu alam sekitar dan pembangunan lereng bukit merupakan saat terbaik untuk membunuh karier politiknya. Oleh itu, gambar-gambar dan klip video yang diperoleh oleh mereka yang tidak berprinsip dan telah digunakan untuk menjatuhkan maruahnya. Inilah sebab kenapa mereka ini menemui Malay Mail dan tidak membuat ugutan kepada Elizabeth'Justeru itu, maka amat mudah difahami jika polis melawat pejabat Malay Mail untuk mengesan orang yang dikatakan menyerahkan salinan foto dan klik video itu. Klik di siniPendapat sama turut dipersetujui oleh Iskandar Abdul Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri Selangor yang berkata penyebaran foto itu dilakukan pemaju yang tidak puas hati apabila kerajaan negeri melarang pembangunan di cerun Kelas 3 dan 4. "Beliau (Wong) terkenal sebagai aktivis alam sekitar dan sangat tegas dalam usaha melindungi alam semula jadi. Saya yakin ramai tidak puas hati dengan ketegasan beliau," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor. Klik di siniPendapat ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan polis yang mengatakan 'kes foto Elizabeth bukan perangkap politik'. Klik di siniMembaca keseluruhan pandangan Killer, klik di siniKenapa Tian Chua emosional dan sokongan Malaysiakini ?Dalam kes Elizabeth, Tian Chua cukup emosional. Ketika wartawan cuba mendapat maklumat daripada bekas majikan Hilmi (Hee Loy Sian, Ahli Parlimen PKR PJ Selatan), Tian Chua memotong percakapan Hee Loy Sian. Dia memarahi wartawan kerana terlalu berminat 'menceroboh' hal personal Elizabeth. Sempat dia beri warning terakhir, jangan ungkit lagi pasal kes Elizabeth !.Dalam video terbitan Malaysiakini, kemarahan Tian Chua tidak dapat dikawal lagi. Selepas memberi warning kepada wartawan, dia meninggalkan wartawan -wartawan yang masih terkebil-kebil untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Inilah tindakan paling biadap Tian Chua berhadapan dengan media, walaupun sebelum ini, dia begitu mesra media (terutamanya Malaysiakini) sesuai dengan statusnya Ketua Penerangan PKR.Laman Agendadaily.com mendakwa, ketika wartawan mereka bertanya lanjut mengenai kes Elizabeth Tian Chua telah mengancam dengan kata-kata berikut : "If you ask me again, I smash your head" ! (Jika awak bertanya saya lagi tentang Elizabeth, saya akan pukul kepada awak !).
Sebagai Ketua Penerangan PKR, Tian Chua mesra media sebelum iniMalah Tian Chua turut mengugut akan menyaman Agendadaily sekiranya menyiarkan laporan yang menyebut dia adalah bekas teman lelaki Elizabeth. Dia secara tegas menghalau wartawan Agendadaily beredar daripadanya. Klik di sini Nobisha seorang blogger menemplak sikap double standard Tian Chua. Suatu ketika dahulu Tian Chua sanggup dipukul polis semata-mata memperjuangkan kebebasan media. Tetapi dalam kes Elizabeth, dia bertindak sebaliknya berusaha menyekat kebebasan media. Klik di siniBerkaitan dengan Malaysiakini pula, laman itu secara konsisten menyokong penuh di belakang Elizabeth. Lebih tiga video terbitan Malaysiakini diterbitkan secara berkala memungut pendapat rakyat yang menunjukkan sokongan kepada Elizabeth. Langkah Malaysiakini itu dianggap sesuatu yang luar biasa. Jarang memfokuskan kepada individu tertentu (dalam bentuk video khas) kecuali untuk Elizabeth Wong dan Anwar Ibrahim. Siapa Elizabeth kepada Malaysiakini ? Begitu juga soalan sama diulang, siapa Elizabeth di hati Tian Chua, sehingga dia begitu emosi ?Kumpulan aktivis hak asasi AustraliaTian Chua, Elizabeth Wong, Stevan Gan dan Premesh Chandran adalah 'empat sekawan' yang berasal dari aktivis pelajar Australia yang pro-demokrasi dan hak asasi manusia.Gelombang 'reformasi' yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim pada tahun 1998 berlandaskan 'keadilan', 'demokrasi' dan 'hak asasi' mendekatkan 'empat sekawan' itu untuk menyokong perjuangan Parti Keadilan.Pada peringkat awal penubuhan Malaysiakini pada tahun 1999 (klik sini) empat sekawan itu (Tian, Elizabeth, Stevan dan Pramesh) terlibat sama dalam mesyuarat membangunkan sebuah akhbar internet yang memperjuangkan 'justice, human rights, democracy, freedom of speech dan good governance' yang akhirnya dijelmakan sebagai Malaysiakini.com.Setelah Malaysiakini ditubuhkan secara rasmi, Stevan Gan menjadi Ketua Pengarang dan Pramesh Chandran mengendalikan pengurusan kewangan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Klik di sini Manakala Tian Chua dan Elizabeth pula memilih pendekatan pemain di sebalik tabir portal internet itu serta lebih menonjol dalam NGO yang memperjuangkan hak asasi. Tian-Elizabeth bergerak bersama, termasuk tinggal serumah di Bukit Gasing dalam menggerakkan NGO yang dinamakan HAKAM (Hak Asasi Manusia) dan ARDA (Alliance for Reform and Democracy in Asia). Klik di sini Tian Chua (PKR) dan Stevan Gan (Malaysiakini) dalam program ARDAYang menyatukan Tian, Eliz, Stevan dan Pramesh adalah mereka bergerak melalui sumber penaja yang sama iaitu disponsor oleh Open Society Institute (OSI) kepunyaan Yahudi bernama George Soros.Klik di sini dan di siniGeorge Soros (Open Society Institute)

Artikel lain berkaitan :
1. Gambar bogel Elizabeth Wong soal kecil…ada kes yang lebih besar disebaliknya
2. Gambar bogel Exco Kerajaan Negeri PKR...