Awat La

ABSOLUTE WITH A TWIST

More About Me...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Another Tit-Bit...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc.

Isu Perak : Satu Penjelasan


Dipetik dari : http//:www.lawyer-kampung.blogspot.com

Persoalan2 yang saya ajukan adalah;

Apa kah Standing Order itu undang2atau undang2 subsidiari sahaja? Jika bukan, apakah undang2 subsidiari (anak-anak Undang2)boleh mengatasi keputusan dan perlantikkan yang dibuat oleh Sultan dibawah Undang2 Tubuh Negeri (State Constitution) dengan menggantungkan EXCO baru dan menghalang mereka dari menjalankan tugas?Siapa yang Tuanku di Perak - Speaker DUN atau Sultan Raja Azlan Shah?Siapa ketua eksekutif tertinggi di negeri Perak. Sultan atau Speaker DUN?Adakah Dewan Undang Negeri milik Speaker?Adakah Speakar mempunyai kuasa melantik dan memecat Setiausaha DUN? Atau itu adalah kuasa Ketua Setiausaha Negeri?Inilah masaalahnya jika Standing Order tidak dibaca dengan menyeluruh dan tanpa memahami akan kedaulatan dan ketuanan Sultan apabila menelaah apa yang termaktub dibawah Undang2 Tubuh Negeri Perak (atau mana-mana negeri) dan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri tentang kedudukan dan keistimewaan Pemerintah (Ruler).Perlu faham bahawa Sultan Raja Azlan Shah bukan sahaja Tuanku dinegeri Perak bahkan adalah salah seorang ahli Majlis Raja-Raja (atau Majlis Pemerintah2) bagi Persekutuan Malaysia. Malaysia adalah sebuah persekutuan (Federation) hasil gabungan negeri-negeri Tanah2 Melayu yang berdaulat dibawah Tuanku2 masing-masing. Inilah yang Dato Seri Nazri Aziz, Menteri di JPM baru-baru ini mengatakan "Malay Lordship" bukannya "Malay Supremacy". Lebih tepat jika disebut "Ketuanan Raja-Raja". Inilah sejarah Malaysia dibentuk atas muafakat dan sepakat Raja-Raja Tanah Melayu.Bersekutu dan Tidak Bersekutu.Maka bagi Persekutuan Malaysia, kuasa exsekutif tertinggi (Fasal 39) terletak pada kuasa Yang DiPertuan Agung selaku wakil kepada Majlis Raja-Raja (Majlis Pemerintah2). Saya ada terdengar diTV3 tidak beberapa hari yang lepas, Dr Marzuki, pensyarah Sains Politik diIIUM disebuah persidangan menyebut dibawah Fasal 10 Undang2 Tubuh Negeri Perak, Sultan Perak adalah Ketua Exsekutif Tertinggi bagi Negeri Perak.Apakah seorang guru besar sekolah berkuasa mengenepikan dasar dan ketentuan Menteri Pendidikan? Apakah Yang DIpertua Persatuan Ibu Bapa Guru berhak mengatasi ketetapan Guru Besar Sekolah itu sendiri?Contoh selanjutnya, Police Standing Order (Peraturan Tetap Polis) yang bukan Undang2 tidak boleh mengatasi Undang2 Kanun Prosedur Jenayah. Begitu juga, sebuah Standing Order DUN, tidak boleh disegi Undang2 membelakangkan kuasa dan keputusan Sultan yang dibuat dibawah Undang Tubuh Negeri Perak iaitu, (i) tidak membubarkan DUN, (ii) menghendaki MB Dato Seri Nizar dan EXCOnya mengemukakan perletakkan jawatan, dan kemudiannya (iii) melantik MB baru Dato Dr Zambri dan Exconya. Sementara menunggu keputusan mahkamah, speaker DUN tidak berhak bertindak seolah-olah dia adalah ketua eksekutif dinegeri Perak bertentangan dengan Undang2 Tubuh Negeri Perak mahupun bertindak seperti Hakim Besar Malaya dengan mendahului Mahkamah dengan mengesahkan bahawa Dato Seri Nizar adalah MB yang sah bertentangan dengan keputusan Sultan. Bahkan beliau berfahaman mempunyai kuasa `membatalkan’ perlantikkan Sultan pula dengan menggantungkan kehadiran Dato Zambri dan Exconya diDUN sekaligus menghalang mereka dari menjalankan tugas nya. Bahkan kini beranggapan berhak memecat setiausaha DUN pula.Sivakumar bertindak seolah-olah dialah ketua Suruhanjaya Pilihanraya, Hakim Besar Malaya, Ketua Setiausaha Negeri, dan dia juga adalah `Tuanku’ pula di Negeri Perak.Sesuatu Undang-Undang Tubuh Negeri hendaklah ditafsirkan selari dengan Kedaulatan dan Ketuanan Raja-Raja sebagai Pemerintah didalam negeri tersebut. Speaker bukannya lebih berkuasa berbanding Sultan dan speaker tidak lebih dari sekadar pegawai kerajaan. Diperingkat Persekutuan, yang berkuasa adalah Yang Dipertuan Agong selaku wakil Majlis Raja-Raja Konsep Raja Berpelembagaan tidak bermaksud dan boleh ditakrifkan sebagai menafikan Kedaulatan dan Ketuanan Raja itu sendiri. Adalah hak YDPA dalam perlantikan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Ketua Hakim, Peguam Negara, Pesuruhjaya Polis, YDPA jugalah Ketua Tertinggi Angkatan Tentera dan banyak lagi dalam hal-hal yang lain. Apapun, pada akhirnya,persetujuan dan pengendosan tetap milik Raja.United Kingdom hanya mempunyai satu Raja sahaja dan bukan juga sebuah Persekutuan berbanding Malaysia yang merupakan gabungan Raja-Raja Tanah-Tanah Melayu yang masing-masing berdaulat dan Tuanku dinegeri-negeri masing-masing. Mungkin Negara Amiriyah Arab Bersatu lebih banyak pesamaannya dengan Malaysia berbanding United Kingdom. Maka, perlu berhati-hati bila menfasirkan Pemerintah (Ruler) “shall act on advice” sama itu bermaksud hendaklah bertindak atas nasihat ataupun hendaklah bertindak mengikut nasihat? Setelaj merdeka, Tuanku bukan lagi dibawah telunjuk penjajah. Jika masih lagi dibawah telunjuk samada dari Speaker, PM atau Menteri Besar, maka apa gunanya merdeka? Bukankah PM, MB dan Speaker - mereka adalah Pegawai Tadbir kepada Pemerintah? Sejak bila mereka itu berkedudukan sebagai Pemerintah? Fikir-fikirlah dan fahamilah Rukun Negara apabila membuat penafsiran Perlembagaan Persekutuan dan ataupun Undang2 Tubuh mana-mana Negeri.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM


Artikel berkaitan:




 
that certain quarters have tended to ridicule judgments of the courts solely for these judgments having ruled one way rather than the other. For them, the expected outcome defines everything.

If it is not disappointing then it is presumed that the process of the law was not compromised. However, if the outcome is disappointing then it is a given that the process was subverted. This cannot be the right way to look at things as, whatever the case, the process of the law is crucial.-Malik Imtiaz Sarwar