Awat La

ABSOLUTE WITH A TWIST

More About Me...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Another Tit-Bit...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc.

Dun Perak Sidang Bawah Pokok

Tak ubah macam dalam cerita P Ramlee, Laksamana DoReMi. Kerajaan buangan Pasir Berdenggung. Firasat P Ramlee memang menjadi. Akhirnya ada yang masih mengaku kerajaan mengadakan Persidangan Dun dibawah pokok.Kali ini bukan pasir saja berdenggung kepala otak depa pun berdenggung.
Itulah masalahnya bila pilih orang tak betul jadi Speaker. Pasal tak dak dah jawatan EXCO nak bagi keling ini, pi bagi jadi Speaker Dewan. Haru biru dewan jadinya. Kalau betul nak buat usul dalam Dewan biarla semua hadir. Yang tegah orang nak masuk dewan pasal apa. Tiga orang dia kata dah letak jawatan. 7 lagi dia gantung. cukup ka korum buat mesyuarat. Kalau betul berani biar semua hadir, kemudian buat usul, tengok yang mana menang belah bahagi.
Kes di mahkamah pula macam mana? Nizar minta mahkamah putuskan siapa MB yang sah. Yang Sultan sahkan dia tak nak pakai. Keputusan mahkamah pun tak ada lagi. baru nak putus bawa ke mahkamah persekutuan. Sivakeling pula kata dia ada kuasa tidak terhad dalam Dewan. Gantung Zambry dan 6 Exco sebab terima tauliah perlantikan Sultan. Ni nak kira macam mana? Katakanlah, kalau hari itu zambri tak terima lantikan Sultan, Sivakeling suka tapi Sultan murka. Bila Zambri dah terima Sivakeling pula yang murka dan katanya Zambri menghina Dewan. Hukumannya gantung dari Dewan. Zambri pun bawa ke mahkamah kes ini. Masih duk tunggu keputusan. 3 orang lagi ADUN pun bawa kes ke mahkamah pasal Sivakeling kata mereka dah tak lagi jadi ADUN. Duk tunggu keputusan juga. Pakat-pakat saman di mahkamah. Awat la yang tak tunggu keputusan mahkamah mengenai kes-kes tersebut?
Hari tu bila 28+3 ADUN menghadap Paduka Tuanku Sultan Perak dan menyatakan sokongan terhadap BN dan hilang sokongan terhadap Nizar, ada pakar-pakar undang-undang kata itu tak boleh pakai. Mesti buat dalam DEWAN( bangunan fizikal). Hari ni macam mana? Di luar Dewan bawah pokok pulak tu, sokong Nizar jadi MB. Boleh pakai ka? Tengok dalam gambar tak nampakpun ada yang pegang kertas mesyuarat. Mesyuarat bawah pokok tak payah kertas mesyuarat kot. pakai main angkat tangan saja. Macam mesyuarat budak tadika. Mesyuarat surau pun ada kertas mesyuarat, inikan pula mesyuarat dewan undangan negeri. Mungkin tak dan nak buat kertas mesyuarat pasal SU Dewan kena buang semalam, baru ganti SU baru. tak sempat nak buat kertas mesyuarat. Minit mesyuarat siapa catit? Kalau bawah pokok boleh pakai petition writer yang biasa buat kerja bawah pokok. Di Ipoh ramai ada. Yang buat usul sokong Nizar jadi MB buat apa lagi sedangkan pada masa yang sama buat usul bubar Dewan. Bubar Dewan jawatan MB pun habis.....oh dia nak jadi MB caretaker government sementara pilihanraya diadakan. Bolehla dok pakai Camry lama sikit. Macam ni punya orang pun ada. sambil-sambil tu dan la gasak apa-apa lebih kurang. Mungkin dia pun tau, kalau pilihanraya semula, dan katakanlah depa menang lagi, dia pun tahu tak tentu lagi boleh jadi MB. tak kelapaq DAP nak ambil dia lagi jadi MB. Itupun kalau boleh menang. Yang dok kalut nak bubar Dewan ni, puak ni confiden sangat ka boleh menang? Apa punya strategi. Sepatutnya tunggu la dulu pilihanraya kecil Bukit Gantang. Tengok orang bukit gantang sokong PAS ke dak. Kalau menang di Bukit Gantang bolehla kata rakyat Perak masih menerima PAS/PR. Lepas tu baru buat manuveur bubar dun utk pilihanraya negeri. Pasal apa yang kalut sangat. Mula-mula nak buat mesyuarat bulan 4, hantar surat mohon perkenan Sultan, tup-tup umum mesyuarat tergempar. Tambi Sivakeling ni main-main dengan Sultan kot. Tak hormat lansung pada Paduka Tuanku Sultan. Mungkin juga depa takut keputusan mahkamah depa kalah atau memang depa dah tahu keputusan mahkamah akan berpihak kepada BN kerana memang dari awal lagi tindakan Sultan menepati peruntukan Perlembagaan. Semua orang yang berfikiran rasional dan tidak berat sebelah tidak meragui tindakan dan keputusan Paduka Tuanku Sultan Perak. Takkan paduka Tuanku akan melakukan sesuatu yang membawa imej buruk terhadap baginda apatah lagi berhubung dengan soal-soal perundangan dimana Paduka Tuanku Sultan sangat mahir dan terkenal. Hanya penyokong PR saja dok kata tindakan Sultan Perak salah pasal tak menguntungkan PR. Kalau tindakan menguntungkan PR, salah pun depa akan kata betul. Cuba kita renung tindakan Sultan Selangor yang menyerahkan isu Elizabeth Wong untuk diselesaikan sendiri oleh TS Khalid. Penyokong PR seronok sangat pasal dalam kepala otak mereka depa kata Sultan tak campur tangan soal politik, depa sokong tindakan Sultan, depa puji Sultan. Tapi, katakanlah Sultan Selangor menitahkan bahawa Baginda tidak mahu ada Anggota Pentadbiran Kerajaan Baginda yang tercemar dengan skandal seks, satu dunia penyokong PR akan belasah Sultan Selangor.Sebenarnya apa yang gagal dilihat oleh penyokong PR ialah, Sultan Selangor sengaja berbuat demikian untuk menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Khalid. Yang bodohnya Khalid. Apa sebenarnya dimaksudkan oleh Sultan Selangor dengan keputusan itu ialah: 1. Perkara kecil macam tu Khalid selesai sendirilah. Takkan Khalid bodoh sangat nak fikir perkara macam tu pun tak boleh sampai nak kena tanya Sultan. Benda sulit dah tunjuk kat orang. Tuan tubuh pun dah bertekad nak lepas jawatan yang dok tahan-tahan tak bagi lepaskan jawatan ni pasal apa? 2. kalau Khalid terima perletakan jawatan Liz Wong dia sendiri kenalah berjawab dengan penyokong PR; kalau dia tak terima perletakan jawatan itu dia kenalah tanggung risiko liabiliti kes tersebut. Lebih kurang bermaksud" lu fikirlah sendiri". Apapun Khalid yang akan kerugian akhirnya....


 
that certain quarters have tended to ridicule judgments of the courts solely for these judgments having ruled one way rather than the other. For them, the expected outcome defines everything.

If it is not disappointing then it is presumed that the process of the law was not compromised. However, if the outcome is disappointing then it is a given that the process was subverted. This cannot be the right way to look at things as, whatever the case, the process of the law is crucial.-Malik Imtiaz Sarwar