Awat La

ABSOLUTE WITH A TWIST

More About Me...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Another Tit-Bit...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc.

Lagi Cerita Fairuz, Saya TKM1!


Ini adalah sebahagian cerita-cerita mengenai ketidak tanggungjawaban seorang timbalan ketua Menteri Pulau Pinang dari PKR. Artikel-artikel dipetik dari laman-laman berkenaan. Blog khas mengenai Fairuz di alahaifairustkmpenang.blogspot.com.



Fairus 'corner' 360 darjah, salahkan Setiausaha Sulit



Kira-kira jam 8.40 pagi, Isnin 9 Februari, Timbalan Ketua Menteri 1 Mohammad Fairus Khairuddin menelefon Setiausaha Sulitnya, Muhammad Juraimi Awang memberikan arahan tegas - pecat serta-merta pegawainya Zainal Abidin Saad dan tidak membenarkannya memasuki pejabat.


Arahan itu dikeluarkan setelah Fairus nekad memecat Zainal yang dianggap gunting dalam lipatan kerana menyalurkan maklumat salahlakunya kepada Ketua Umum Anwar Ibrahim. Fairus anggap Zainal mengkhianati dirinya.Fairus tiba di pejabatnya jam 11 pagi dengan muka amarah, kemudiaannya menghadiri mesyuarat.Sementara Zainal yang juga Pengarah Kadun Penanti tiba di pejabat sekitar 12 tengah hari selepas membereskan beberapa tugas di kawasan Penanti.Zainal adalah mangsa Fairus yang ke-7. Sebahagian yang lain sama ada dipecat atau meletak jawatan.Dia sebelum itu, bercuti selama seminggu selepas mengetahui Fairus tidak akan menyambung kontrak kerjanya yang tamat pada Mac depan.


Setelah mendapat nasihat daripada Anwar, Zainal kembali ke pejabat meskipun hatinya begitu berat untuk berbuat demikian.Sebaik tiba di mejanya, membelek beberapa fail, Juraimi yang juga rakan sepermainan Fairus sejak kecil, menghampiri Zainal. "Bang Non, saya tidak sampai hati nak bagitau. YB telah telefon saya untuk bagitau yang YB telah pecat Bang Non serta-merta dan meminta serahkan kad pegawai. Bang Non boleh ambil fail-fail peribadi, tapi fail-fail pejabat tinggalkan di sini," ujar Juraimi.

Zainal yang agak terkejut dengan arahan tersebut, berkata, " Ok, tapi kalau dia ( Fairus ) nak kad pegawai, suruh dia jumpa aku. Aku akan lawan dia di Penanti."


Zainal kemudiannya menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) kepada Anwar memaklumkan pemecatannya.Sejurus kemudian, Anwar menghubungi Zainal dan memaklumkan yang beliau akan menelefon Fairus. Difahamkan ketika mendapat panggilan Anwar, Fairus gelabah beruk. Dalam penjelasan kepada Anwar, Fairus bermatian menafikan dia mengeluarkan arahan memecat Zainal serta merta. Fairus menyalahkan Setiausaha Sulitnya, Juraimi Awang yang kononnya telah bertindak di luar arahan dan tanpa pengetahuannya. Kini, bagi melindungi 'kesilapannya' Fairus menjaja, kononnya dia tidak memecat Zainal, sebaliknya hanya tidak menyambung kontrak kerjanya yang tamat Mac depan. Selepas 'dibelasah' Anwar, Fairus cuba berulangkali menghubungi Zainal. Tidak kurang daripada 11 kali berserta sms dihantar kepada Zainal. Hanya sekali Zainal menjawab panggilan Fairus,


" Buat kat saya macam ni, ingat saya ni binatang ke, saya ni orang tau tak," jerit Zainal.


Fairus cuba berbaik dan memohon maaf.


"Tidak ada maaf-maaf, la aku nak fikir macamana nak cari makan untuk anak-anak aku selepas ni," tegasnya.

Pecat pegawai ke-7, Fairus beri kata dua kepada Anwar

Mengambil kesempatan atas kemelut politik terutamanya, di Perak, Mohammad Fairus Khairuddin menunjukkan belangnya, memecat pegawainya yang juga 'orang kanan' Anwar Ibrahim sambil memberi kata dua kepada pemimpin de facto itu, sama ada memilih pegawai berkenaan atau dirinya.

Pegawai tersebut Zainal Abidin Saad adalah Pengarah Jentera Pilihanraya Penanti, di Permatang Pauh.
"Anwar boleh pilih sama ada saya atau Bang Non (Zainal). Kalau Anwar pilih Bang Non, saya akan letak jawatan."Fairus berkata demikian kepada Timbalan Ketua Bahagian Permatang Pauh Che Mat Hashim, Naibnya Alias Said, Ketua AMK Amir Mohd Ghazali, Timbalan Ketua AMK Afzal Ahmad dan Setiausaha PKR Permatang Pauh Roselai Muhamad yang menemuinya di kediamannya di Guar Perahu, Ahad malam (8 Februari ).
Rombongan berkenaan mengunjungi Fairus selepas menghadiri mesyuarat bahagian yang dipengerusikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah di Yayasan Aman, Penanti. Fairus yang juga Adun Penanti mendakwa, tindakannya itu mendapat restu komuniti Cina, India, pimpinan negeri dan bahagian.
Zainal adalah pegawai ke-7 yang dipecat oleh Fairus dalan tempoh 11 bulan selepas dia memegang jawatan TKM 1. Fairus telah lama berhasrat memecat Zainal, yang dianggapnya sebagai duri dalam daging, kerana disyaki memberikan maklumat tentang salahlaku Fairus kepada Anwar. Namun hasratnya tertangguh, memandangkan hubungan rapat Zainal dengan Anwar dan Presiden Dr Wan Azizah, sejak era refomasi. Bagaimanapun, hasrat tersebut kembali memuncak, apabila Briged Keselamatan Permatang Pauh yang diketuai Zainal terlibat dalam Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru China, yang dihadiri Ketua Umum dan Presiden pada 2 Februari lalu, di Taman Chai Leng. Fairus tidak berpuashati, apabila Zainal mengekalkan bekas pegawai TKM 1 itu- Zulkifli dan Hazri dalam struktur organisasinya.
"Fairus mahu Zulkifli dan Hazri dinyahkan dari politik Permatang Pauh. Bahkan Fairus juga telah berulang kali, mendesak Zainal memecat Zulkifli sebagai Setiausaha Kadun Penanti," jelas sumber.
Bagaimanapun, Zainal tidak mengendahkan arahan Fairus memandangkan kedua-dua mereka adalah teman karibnya yang banyak membantunya di Kadun Penanti.Amarah Fairus semakin memuncak, apabila Hazri yang juga bekas Ketua Penerangan PKR Permatang Pauh, menaiki pentas menyampaikan ucapan ringkas bagi memulakan persembahan klip video- Selamatkan Gaza.
Sementara itu, Fairus juga pernah memberitahu beberapa individu sekiranya dia diambil tindakan oleh parti, dia akan bertindak balas. "Saya akan buat kenyataan media menyatakan saya telah hilang keyakinan terhadap Anwar. Ini kenyataan Timbalan Ketua Menteri, takkan rakyat tidak percaya," jelas sumber yang mengajukkan kembali kata-kata Fairus.
Mohammad Fairus Khairuddin is an Embarassment as Penang Deputy CM: Anwar/PKR Should Now Do the Right Thing Quickly

Read here article by Rahmah Ghazali in Malaysiakini Excerpts: Read here for more in Malaysiakini

SIX(6) members of Penang Deputy Chief Minister Mohammad Fairus Khairuddin resigned for allegedly being unable to work with him, according to Malaysiakini. Among them his Private Secretary, Political Secretary, Press Secretary and Special Officer, because Fairus has an "ATTITUDE PROBLEM". Fairus, 32, a PKR assemblyperson for Penanti, is one of the two Deputy Chief Ministers of Penang. The other deputy chief minister is P Ramasamy from DAP.

Since taking office in March, Fairus has been criticised by many quarters and complaints against him range from:
1. being late for functions and meetings
2. evading field work
3. not having a good relationship with his constituents and state Pakatan Rakyat leaders

PKR chief Anwar Ibrahim had openly advised Fairus to improve his work.

Rezal Huzairi, who had been working with Fairus since March, tendered in his resignation last Monday, because he could not work with Fairus.Another former member of Fairus' administration, who requested anonymity, told Malaysiakini he realised he could not work with the deputy chief minister after only THREE months.

He said,"As a person who worked closely with him, I did everything I could in my capacity, from arranging appointments to meeting constituents. But when I arranged appointments after I got his consent, he would make a last minute decision not to show up. At the end of the day, we are blamed as we are the ones who communicated with the respective people. How long can we stand this? My image has been tarnished because of him and I was even accused of being a traitor. "

Another former officer who also requested anonymity, claimed that Fairus failed to arrange a single meeting with his secretaries and aides since he took office.

"There was not a single meeting with the officers, aides, or his staff. This is not a question of us being jealous because there is nothing to be jealous about in the first place.We would support him if he does his job. We are not merely ‘yes-men' for him." Fairus had said the allegations by his staff of his incompetence were all lies (fitnah), and that he has no problems with members of his administration.

One of them said if Fairus had proof of the lies or fitnah against him, he should lodge a police report. "Please stop accusing and pointing fingers at other people. If your officers resign one after another, the problem does not lie with them, but with you," one officer said. The officers agreed that the deputy chief minister should step down immediately before he makes "more mistakes". Fairus should step down to avoid embarrassing the Pakatan-led states and PKR.

One of the officers advised:
"He has to resign now if he still has some dignity left in him. We would not want him to betray his own Penanti constituents as this would just embarrass (Penang Chief Minister Lim) Guan Eng. It also brings down the image of Islam and the image of Anwar who made him what he is now."


 
that certain quarters have tended to ridicule judgments of the courts solely for these judgments having ruled one way rather than the other. For them, the expected outcome defines everything.

If it is not disappointing then it is presumed that the process of the law was not compromised. However, if the outcome is disappointing then it is a given that the process was subverted. This cannot be the right way to look at things as, whatever the case, the process of the law is crucial.-Malik Imtiaz Sarwar