Awat La

ABSOLUTE WITH A TWIST

More About Me...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Another Tit-Bit...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc.

Setahun sejak MAC 2008 -Kelam Kabut Kerajaan-kerajaan PR

Kerajaan PR Kedah- PAS

EXCO PKR V. Arumugam letak jawatan Exco dan ADUN Bukit Selambau.
Exco PKR ini telah meletak jawatan Adun dan Exco yang membawa kepada Pilihanraya Kecil Dun Bukit Selambau pada 7 April 2009. Beliau telah meletak jawatan berikutan kisah dirinya yang yang berkahwin dengan isteri orang telah diketahui umum berikutan laporan yang dibuat oleh isterinya yang pertama. Beliau dikatakan telah mengahwini isteri keduanya mengikut adat Hindu, dan difahamkan isteri keduanya ini masih didaftarkan sebagai isteri orang lain pada masa itu. Perlakuan ini adalah salah di sisi undang-undang. Hal ini menjadi heboh apabila beliau telah membawa 'isteri haramnya' ini ke majlis-majlis rasmi kerajaan yang turut dihadiri DYMM Sultan Kedah. Ironinya, beliau terus menghilangkan diri setelah menghantar surat perletakan jawatan kepada Sultan dan MB Kedah. Sebelum itu beliau juga membuat laporan polis mengatakan beliau dan keluarganya telah diugut oleh agen-agen BN untuk melompat parti.
Kerajaan PR Pulau Pinang- DAP
Macam-macam hal di Pulau Pinang.
Timbalan Ketua Menteri1, Fairus Khairuddin yang juga Adun Penanti mewakili PKR. Beliau dituduh terlibat dengan rasuah oleh Ketua AMK Kepala Batas Amizudin Ahmat yang mendakwa mempunyai bukti kukuh salah laku tersebut. Fairus dituduh bersama seorang lain menerima rasuah dari pengusaha-pengusaha kuari yang telah diambil tindakan oleh MPSP. Sejak memegang jawatan TKM1 seramai 7 orang pegawainya telah samada meletak jawatan atau dipecat oleh beliau. Mereka yang meletak jawatan mendakwa bahawa Fairus tidak menjalankan tugasnya sebagai TKM1. Beliau didakwa sering tidak hadir mesyuarat dan majlis yang beliau setuju untuk hadir termasuk Mesyuarat EXCO kerajaan negeri. Beliau juga didakwa jarang turun padang untuk menyelesaikan masalah pengundi. Beliau juga jarang hadir ke pejabat, dan jika hadir sekalipun selalunya lewat. Ironinya, semua masalah yang ditimbulkan beliau diketengahkan oleh orang-orang PKR sendiri. Malah Anwar Ibrahim, yang memilih Fairus untuk jawatan TKM1, pernah menasihati beliau untuk berubah. Terbaru, potfolio Agama yang sebelum ini dipegang oleh Fairus telah dipindahkan kepada Malik Kassim@Malik Itik kononnya untuk meringankan Fairus yang memegang terlalu banyak potfolio. Sebelum ini juga Fairus digugurkan dari Perhubungan PKR negeri atas alasan untuk memberi ruang kepadanya menumpukan perhatian terhadap pentadbiran negeri.
DAP pula melancarkan kempen jualan majalah ROKET oleh rakyat miskin. Kempen ini kononnya untuk membantu menyelesaikan masalah kemiskinan di negeri ini. Ketua Menteri Lim Guan Eng telah bercakap besar apabila mula menerajui kerajaan negeri pada Mac 2008 dengan berkata bahawa kerajaan negeri akan menghapuskan kemiskinan di Pulau Pinang dalam tempoh setahun. Masalah Kemiskinan di negeri ini masih belum selesaikan bahkan belumpun ada inisiatif yang membawa ke arah itu oleh kerajaan negeri. Masalah kecil membuka akaun bank dijadikan alasan kegagalan program tersebut. Sejak memerintah setahun lalu, tidak banyak pembaharuan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, bahkan NGO-NGO di Pulau Pinang telah mengemukakan bantahan terhadap kerajaan Negeri. Janji kerajaan negeri untuk memberi peluang kepada wakil-wakil NGO dalam Majlis Kerajaan Tempatan juga tidak dipenuhi. EXCO Pelancongan pula didakwa memalukan kerajaan negeri di Australia kerana tidak fasih berbahasa Inggeris oleh pengusaha-pengusaha industri pelancongan.
Kerajaan PR Perak- Boneka DAP Pimpinan PAS
Kerajaan ini tidak sempat pun bertahan setahun. Hanya mampu bertahan 10 bulan lebih sahaja. Kerajaan yang diterajui oleh MB PAS Nizar Jamaludin runtuh apabila dua EXCOnya dari PKR dan Timbalan Speaker dari DAP mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas dan menyokong Barisan Nasional. Akibat dari tindakan tersebut BN telah mendapat perkenan Sultan Perak untuk menubuhkan kerajaan baru dan Dr Zambry Abdul Kadir telah mengangkat sumpah sebagai MB Perak yang baru.
Sebelum dari ini, Kerajaan PR Perak telah dikejutkan apabila dua orang EXCOnya ditahan BPR kerana rasuah. Kes ini telah disebut di mahkamah. Manakala seorang Ahli Majlis kerajaan tempatan mewakili PKR telah ditahan kerana menerima rasuah seks. Beliau yang ditangkap membuat pengakuan menerima rasuah tersebut, mendapat servis pelacur China di Pulau Pinang dan wang untuk kelulusan satu projek bersama-dua exco tersebut dan dua orang lagi, juga ahli PKR.
Keputusan penuh kontroversi yang membangkitkan kemarahan orang Melayu, Kerajaan Negeri PR berhubung pemberian pajakan 999 tahun tanah kampung baru-kampung baru turut mengundang kritikan Raja Muda Perak. Kerajaan PR beralasan bahawa kelulusan ini akan memberi pulangan kewangan kepada kerajaan. Ramai melihat Nizar gagal menjaga kepentingan Melayu dan tunduk kepada Ngeh dan Nga dari DAP yang berpengaruh ke atas kerajaan negeri.
Apa yang lebih memeranjatkan ialah tindakan-tindakan Pakatan Rakyat terhadap Institusi Raja Melayu di Perak. Bermula dengan isu perlantikan menteri besar pada Mac 2008 lagi. DAP yang mempunyai lebih kerusi dalam Pakatan Rakyat yang terbentuk selepas PRU12 mendesak agar dilantik wakilnya sebagai MB Perak. Desakan ini terhalang oleh Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang hanya melayakkan Melayu Islam sebagai MB. Perlantikan MB tertangguh. Atas titah DYMM Sultan Perak, PR bersetuju untuk wakil PAS, Nizar menjadi MB. Majlis angkat sumpah Nizar telah diboikot oleh beberapa wakil DAP manakala Majlis angkat sumpah EXCO dicemari oleh mereka-mereka yang enggan memakai songkok. Satu perlakuan biadab terhadap Sultan Perak. Isu pemecatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak oleh MB, memulakan episod Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Perak apabila Sultan menitahkan agar Pengarah JAIP dikekalkan. Sejak ini bermulalah krisis kerjaan negeri dengan Sultan Perak. Penderhakaan PR terhadap Sultan Perak memuncak apabila Sultan Perak tidak memperkenan permohonan pembubaran DUN Perak oleh Nizar setelah beliau hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN. Sebaliknya Sultan Perak telah menitahkan Nizar meletak jawatan MB dan kerajaan PR dibubarkan.
Rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas dari ini adalah sesuatu yang memeranjatkan dan memalukan seluruh negara. Nizar masih mengaku dirinya masih sah sebagai MB sehingga ke hari ini walaupun telah dititahkan oleh Sultan Perak untuk meletakkan jawatan atau jawatannya dianggap terlucut.Beliau telah diarahkan untuk mengosongkan pejabat dan memulangkan kesemua harta kerajaan. Beliau menunjukkan kedegilannya dengan hadir ke pejabat setelah Dr. Zambry mengangkat sumpah jawatan MB. Beliau tetap tinggal di Kediaman Rasmi MB Perak dan menggunakan kenderaan rasmi MB. Beliau juga mengadakan mesyuarat EXCO Kerajaan Negerinya kerana beliau tidak mengiktiraf kerajaan Negeri BN yang dilantik Sultan, bahkan mempertikaikan kuasa Sultan melantik kerajaan baru. Karpal Singh timbul semula dengan ancaman unutk menyaman Sultan Perak atas tindakan melantik kerajaan baru BN.
Majlis Angkat Sumpah MB di Kuala Kangsar dicemari dengan insiden yang memalukan dan mendukacitakan oleh penyokong-penyokong PR terutamanya penyokong Nizar-PAS. Kenderaan diRaja telah ditendang dan dibaling dengan batu, penyokong berbaring di atas jalan menghalang kenderaan yang memasuki istana termasuk kenderaan Raja Muda,dan pelbagai lagi tingkahlaku biadab terhadap Sultan.
Nizar telah mengosongkan kediaman rasmi MB tetapi masih lagi menyimpan Toyota Camry kereta rasmi MB kononnya sebagai lambang kerajaan yang sah dan beliau masih MB yang sah.
Dr Zambry dan 6 Exconya telah digantung selama 18 bulan dan 12bulan oleh Speaker Sivakumar kerana dituduh menghina DUN apabila mengangkat sumpah MB dan EXCO. Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang dianggap telah meletak jawatan oleh Speaker apabila mereka mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil bebas. Ini berdasarkan kepada surat perletakan jawatan tanpa tarikh mereka yang dikemukakan kepada beliau oleh PKR dan DAP walaupun dinafikan oleh Adun-Adun terlibat. Sivakumar mengumumkan akan memanggil sidang DUN pada April 2009 dan akan menulis kepada Sultan untuk mendapatkan perkenan namun secara mengejut memanggil sidang Tergempar DUN pada 3 Mac 2009 tanpa mendapat perkenan Sultan terlebih dahulu untuk meluluskan 3 usul.. Sivakumar juga menghalang Dr Zambry dan 6 Exconya dan juga tiga Adun Bebas dari menghadiri persidangan tersebut. Bagaimanapun mereka dihalang dari mengadakan persidangan di Bangunan SUK. Sivakumar kemudiannya mengadakan persidangan tergempar di bawah pokok berdekatan dengan Bangunan SUK dan persidangan meluluskan 3 usul tersebut. Kesemua 27 ADUN PR menghadiri sidang bawah pokok itu. Nizar yang menganggap dirinya MB sedang berusaha untuk menghadap Sultan Perak untuk mempersembahkan 3 usul tersebut untuk mendapat perkenan Sultan antaranya membubarkan DUN.
Dalam masa yang sama, Nizar menfailkan saman terhadap Dr Zambry di mahkamah untuk mendapatkan penghakiman beliau masih MB Perak. Kesnya telah dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan untuk didengar. Repot polis dan SPRM telah dibuat terhadap Sivakumar. Dr Zambry telah menfaikan saman untuk perintah injunksi terhadap Sivakumar dari mengadakan sidang DUN dan mahkamah telah membenarkan injunksi tersebut. Dr Zambry dan 6 Exconya juga menfailkan saman terhadap Sivakumar atas tindakannya menggantung mereka manakala 3 ADUN bebas juga menfailkan saman terhadap Sivakumar untuk perintah mereka masih ADUN yang sah dan membatalkan keputusan Sivakumar.
Pelbagai pihak telah memberikan reaksi dan komen yang pelbagai.


 
that certain quarters have tended to ridicule judgments of the courts solely for these judgments having ruled one way rather than the other. For them, the expected outcome defines everything.

If it is not disappointing then it is presumed that the process of the law was not compromised. However, if the outcome is disappointing then it is a given that the process was subverted. This cannot be the right way to look at things as, whatever the case, the process of the law is crucial.-Malik Imtiaz Sarwar