PRK Bukit Selambau
March 20, 2009 9:01 PM
Pilihan Raya Kuala Terengganu juga menyaksikan permasalahan didalam PAS berhubung pemilihan calon. Faksi-faksi ('erdogan' dan ulama) di dalam PAS juga mempunyai pilihan calon tersendiri sehingga Presiden Haji Hadi membuat keputusan meletakkan calon pilihan beliau sendiri, Abdul Wahid Endut. BN juga mengalami masalah yang sama dengan Wan Ahmad Farid sebagai calon.Sebagaimana di Kuala Terengganu, di Bukit Selambau juga nama calon BN diumumkan lebih awal.
Apakah ini memberi kelebihan atau kekurangan dari segi sokongan pengundi sama-sama kita saksikan sebagaimana ianya tidak memberi advantage kepada BN malah lebih menimbulkan masalah kerana BN terperangkap di dalam gerak defensif mempertahankan kredibiliti calon sepanjang tempoh berkempen dari awal lagi.Sentimen penyokong parti terhadap calon di pihak pembangkang tidak banyak mempengaruhi keputusan pengundian di pihak mereka. Impak yang lebih besar akan dirasai jika ianya berlaku di pihak BN.
Kita teliti keputusan Pilihanraya lalu;
Keputusan PilihanRaya 2008:N25 BUKIT SELAMBAU
KRISHNAN A/L SUBRAMANIAM - Barisan Nasional (BN) 10,863
ARUMUGAM A/L VENGATARAKOO BEBAS 13,225
Voters : 34,977
Spoilt Votes : 1,694
Ballot Paper Issue : 25,798
Not Return Ballot Paper : 16
Votes Cast : 26,450
Voters Percentage : 73.76% Majority : 2,362 (Malay: 50.20% Chinese: 19.25% Indian: 29.53% Others: 1.02%)
2004 ELECTION: Datuk V. Saravanan -Barisan Nasional (BN) (Majoriti: 7,695 undi)
Pada 2004, BN menang dengan majoriti 7695 undi dan kalah pada 2008 dengan majoriti 2362 kepada calon BEBAS. Calon BEBAS mendapat 13225 undi. Keputusan ini menunjukkan bahawa seramai 10,057 pengundi mengubah sokongan daripada BN ke pembangkang atau calon lain. Persoalannya Siapa mereka ini?
Kedua-duanya calon India setelah calon Melayu PKR ditolak kertas pencalonan. India- 30% pengundi memberi jumlah lebih kurang 10,500 pengundi. 20%- Cina lebih kurang 7000 pengundi dan selebihnya Melayu; 18000 orang pengundi.Seramai 26450 pengundi keluar mengundi. Jika diambil perkiraan mengikut pecahan kaum, 50% Melayu-13225 orang; 20% Cina- 5290 pengundi dan 30% India -7835 pengundi. Jika kesemua pengundi India dan Cina mengundi Calon Bebas, beliau dapat sebanyak 13125 undi.Lebih kurang jumlah undi yang beliau perolehi,bukan. Tetapi apakah tanggapan ini tepat. Apakah peratusan mengikut kaum yang keluar mengundi dan sokongan mereka begitu? Tidak mungkinkan.Banyak andaian lagi yang boleh dibuat dengan nombor-nombor ini. Saya tinggalkan selebihnya untuk tuan.
Kita juga perlu melihat kepada jumlah undi rosak sebanyak 1694. Apakah jumlah ini memberi gambaran seramai tu tidak faham cara mengundi ataupun jumlah ini adalah undi protes mereka yang mahir mengundi? Melaksanakan tanggungjawab keluar mengundi tetapi tidak menyokong mana-mana calon!
Mengapa begitu ramai menawarkan diri bertanding calon bebas kali ini, termasuk beberapa calon Melayu yang serius? Apakah mereka melihat adanya peluang untuk menang? Ini termasuk orang UMNO yang disingkirkan pada pemilihan lalu yang sedang rancak berkempen.
Memang benar kita perlu manipulasikan apa saja kelemahan di pihak lawan untuk membantu kemenangan kita. Akan tetapi kalau kita terjun ke gelanggang untuk perlawanan dengan meng'handicap'kan diri kita sendiri; adakah kita telah berlaku adil kepada diri kita sendiri? Kita telah menolak apa yang sepatutnya menjadi 'advantage' dan memilih 'disadvantage' kepada diri kita. Tidak rugi sekiranya kita mencuba strategi baru jika amalan klasik sudah terbukti tidak menguntungkan. MIC jelas telah ditolak oleh kaum India pada pilihanraya umum lalu. Apakah pemimpin tertinggi BN melihat perubahan positif sokongan kaum India terhadap BN terutamanya MIC? Seperti yang saya katakan, BN masih gagal meneliti dan membaca sentimen akar umbi.
March 21, 2009 12:00 AM