Awat La

ABSOLUTE WITH A TWIST

More About Me...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Another Tit-Bit...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc.

Kes Liwat Anwar ke Mahkamah Tinggi


Oleh KAMARIAH AHMAD kamariah.ahmad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Mac – Pihak pendakwaan memperoleh kebenaran dalam permohonannya untuk memindahkan kes tuduhan liwat yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang membuat keputusan itu mengarahkan supaya kes terhadap Anwar disebut semula di Mahkamah Sesyen pada 10 Mac ini bagi mendapat tarikh perbicaraan di Mahkamah Tinggi.Beliau juga mengeluarkan perintah supaya hakim Mahkamah Sesyen menerima sijil di bawah peruntukan Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah yang telah dilampirkan oleh pihak pendakwa dan memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi bagi membolehkan tarikh perbicaraan ditetapkan.

Ketika membacakan keputusannya, Hakim Mohamad Zabidin menyatakan, hakim Mahkamah Sesyen, S.M. Komathy telah tersilap dalam memutuskan sebagai tidak sah sijil pemindahan kes itu yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Dokumen itu telah dibantah oleh Anwar dengan alasan, Peguam Negara tidak layak untuk terlibat dalam sebarang siasatan atau pendakwaan terhadapnya.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu telah mengikrarkan afidavit bertarikh 22 September 2008 dengan menyatakan satu laporan polis dibuat terhadap Abdul Gani yang kini di bawah siasatan Badan Pencegahan Rasuah (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut menyatakan Perdana Menteri telah membuat kenyataan umum dengan memberi jaminan bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes liwat tersebut. Namun dalam keputusannya, Hakim Mohamad Zabidin menegaskan bahawa Mahkamah Sesyen tidak ada bidang kuasa untuk menentukan sama ada sijil itu sah atau tidak. Menurut beliau, apabila hakim Mahkamah Sesyen membuat keputusan bahawa sijil itu tidak sah, hakim berkenaan sebenarnya membuat satu perintah perisytiharan.

Perintah perisytiharan ini, kata beliau, bererti membatalkan keputusan pendakwaan agar kes itu didengar oleh Mahkamah Tinggi, sedangkan ia hanya boleh diperoleh menerusi perintah certiorari (untuk batalkan keputusan kerajaan). Mengenai jaminan Perdana Menteri bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes itu, Hakim Mohamad Zabidin menyatakan ia perlu dilihat daripada sudut bahawa Anwar tidak akan dianiayai dan bahawa siasatan serta pendakwaan terhadapnya serta juga perbicaraan kes itu akan dijalankan secara adil mengikut undang-undang.

“Takkanlah pula Perdana Menteri hendak dilihat sebagai memberi jaminan bagi satu pihak berkuasa yang layak dan yang diberi bidang kuasa sepenuhnya mengikut Perlembagaan berhubung soal pendakwaan atau hal-hal yang berkaitan,” ujar Hakim Mohamad Zabidin.
Terdahulunya, pada awal prosiding kira-kira pukul 9.33 pagi ini, peguam Sulaiman Abdullah yang mengetuai pihak pembelaan memohon maaf kerana Anwar sepatutnya hadir untuk mendengar keputusan itu. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan cuma menyatakan pihaknya sudah sedia maklum mengenai kehadiran Anwar hari ini.
Anwar, 61, Penasihat PKR dan Ketua Pembangkang di Parlimen, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, pada 26 Jun tahun lalu, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.
Pihak pendakwaan telah memfailkan permohonan untuk semakan dan rayuan terhadap keputusan Komathy yang menolak untuk memindahkan perbicaraan terhadap Anwar ke Mahkamah Tinggi. Komathy membuat keputusan itu pada 7 November tahun lalu dengan alasan bahawa sijil perakuan di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah yang ditandatangani Abdul Gani Patail tidak sah.
Pada akhir prosiding pula, Sulaiman memberitahu bahawa beliau mendapat arahan anak guamnya untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.


 
that certain quarters have tended to ridicule judgments of the courts solely for these judgments having ruled one way rather than the other. For them, the expected outcome defines everything.

If it is not disappointing then it is presumed that the process of the law was not compromised. However, if the outcome is disappointing then it is a given that the process was subverted. This cannot be the right way to look at things as, whatever the case, the process of the law is crucial.-Malik Imtiaz Sarwar