Awat La

ABSOLUTE WITH A TWIST

More About Me...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Another Tit-Bit...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc.

Akhirnya FAirus Letak Jawatan TKM1

Biar Anwar jelaskan, kata Guan Eng
Mar 22, 09 1:47pm. Dari Malaysia Kini

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata biarlah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan dakwaan tentang konspirasi dalaman parti itu sehingga menyebabkan Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang."Baik tanya Anwar. Saya tidak mahu jelaskan perkara ini kerana ia melibatkan perkara dalaman PKR," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Semalam Lim mengumumkan peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai timbalan ketua menteri dan anggota exco berkuatkuasa 8 April, lapor Bernama.Mohammad Fairus bagaimanapun masih kekal sebagai Adun Penanti dan juga anggota PKR.Akhbar hari ini pula melaporkan Mohammad Fairus mendakwa menjadi mangsa konspirasi dalaman parti.Mengenai sebab peletakan jawatan timbalan ketua menteri oleh Mohammad Fairus, Lim juga menyerahkan kepada Mohammad Fairus sendiri untuk menyatakan sebabnya."Kita beri ruang kepada Mohammad Fairus untuk menjelaskan sendiri sebab-sebab beliau meletak jawatan," katanya.Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata beliau terkejut dengan kenyataan Mohammad Fairus berhubung dakwaan konspirasi tersebut."Selama ini saya yang mempertahankan beliau ketika pelbagai dakwaan dilemparkan terhadapnya," katanya.Beliau turut berkata sebarang penjelasan berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus perlu dirujuk kepada Anwar.



Fairus letak jawatan timbalan KM
Mar 21, 09 1:31pm
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Menurut The Star, tiada alasan yang diberikan bagi peletakan jawatan tersebut serta jawatan exco kerajaan negeri.
Manakala Lim pula berkata beliau telah menerima peletakan jawatan Mohamad Fairus berkuatkuasa pada 8 April depan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan sebab-sebab Mohamad Fairus meletak jawatan tersebut.
Fairus bagaimanapun akan kekal sebagai Adun Penanti dan juga anggota PKR.
Semalam, Lim dilaporkan berkata, beliau meluluskan permohonan cuti Mohamad Fairus Khairuddin atas permintaan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lanjut pengajian
Bagaimanapun, ketika dihubungi melalui SMS, Fairus berkata beliau meletak jawatan untuk "melanjutkan pengajiannya"."Sebabnya adalah untuk melanjutkan pelajaran,," kata SMS yang dihantar kepada wartawan Malaysiakini di Pulau Pinang, Low Chia Ming.Bagaimanapun, Fairus tidak menjelaskan mengenai pengajiannya dan bila beliau akan melanjutkan pengajiannya.Petang tadi, Anwar Ibrahim memberitahu sidang akhbar di Subang bahawa Fairus meletak jawatan atas sebab yang sama."Beliau telah menyuarakan hasratnya untuk melanjutkan pengajiannya," kata Anwar.Fairus, 33, adalah antara yang termuda pernah memegang jawatan timbalan ketua menteri dalam sejarah Pulau Pinang.Bagaimanapun "masalah sikap" sepertimana yang didakwa oleh bekas pegawai-pegawainya, telah menjadikannya sasaran kritikan sejak kebelakangan ini.Beliau bagaimanapun menafikannya, dengan berkata ramai yang cemburu kerana beliau dilantik memegang jawatan tersebut.Fairus adalah lulusan ijazah dalam Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa dari Universiti Islam Antarabangsa and Sijil Pengajian Syariah dari Universiti Malaya.Beliau juga lulusan ijazah sarjana dalam Pengajian Strategik dan Pertahanan serta MBA dalam Pengurusan Strategik, dari sebuah universiti di United Kingdom.Peletakan jawatan Fairus tidak mengejutkan kerana sebelum ini spekulasi tersebar luas yang beliau akan berbuat demikian kerana prestasi yang tidak memuaskan.


 
that certain quarters have tended to ridicule judgments of the courts solely for these judgments having ruled one way rather than the other. For them, the expected outcome defines everything.

If it is not disappointing then it is presumed that the process of the law was not compromised. However, if the outcome is disappointing then it is a given that the process was subverted. This cannot be the right way to look at things as, whatever the case, the process of the law is crucial.-Malik Imtiaz Sarwar