Fairus TKM1 Pulau Pinang diSiasat SPRM?
Amizudin telah membuat aduan dan menyerahkan bukti perlakuan rasuah pemimpin-pemimpin PKR tersebut kepada Anwar Ibrahim dan PKR Pulau Pinang namun tiada sebarang tindakan diambil oleh kepimpinan PKR. Amizudin juga membuat aduan yang sama kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menerusi Setiausaha Politiknya. Lim Guan Eng telah mencadangkan agar Amizudin membuat laporan kepada SPRM berhubung perkara berkenaan jika mempunyai bukti.
Beberapa hari lalu, Amizudin telah disiasat oleh Jawawatankuasa Khas Siasatan PKR berhubung perkara yang sama. Jawatankuasa tersebut dikeyuai oleh Speaker DUN Pulau Pinang, Halim Husin bersama tiga anggota yang lain selama tiga jam di Pejabat PKR Pulau Pinang.
Menurut sumber, Anwar Ibrahim telah mengarahkan Fairus untuk mengosongkan pejabat Timbalan Ketua Menteri mulai esok. Pegawai-pegawainya sedang sibuk mengemas barangan peribadi beliau untuk tujuan tersebut. Difahamkan juga Fairus telah diarah untuk meletakkan jawatan sebagai Exco dan Timbalan Ketua Menteri 1. Menurut sumber lagi, Fairus berkemungkinan terpaksa mengosongkan kerusi ADUN Penanti berikutan siasatan oleh SPRM. Fairus telah diberitakan telah membeli sebuah kereta Mercedes Benz dan sebuah BMW 5series secara tunai dan kedua-dua kereta ini didaftarkan atas nama beliau sendiri. Ini telah mengukuhkan dakwaan Amizudin bahawa Fairus telah menerima wang dari pengusaha kuari untuk menghalang tindakan oleh MPSP terhadap kuari-kuari tersebut.
Sebelum dari ini, Fairus pernah ditegur oleh Anwar berhubung sikapnya dan prestasi kerja yang tidak memuaskan. Gelagat Fairus telah banyak menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong PKR dan memberi tekanan terhadap kepimpinan Anwar dan Dato Zahrain di Pulau Pinang. Fairus telah dipilih sendiri oleh Anwar ke jawatan tersebut. Menurut sumber juga, sekiranya kerusi DUN Penanti dikosongkan, Dr Mansor Othman, Ketua Bahagian PKR Balik Pulau akan dicalonkan untuk kerusi tersebut dan dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 sekiranya menang. Pada Pilihanraya Umum ke 12, Dr Mansor yang bertanding di DUN Pulau Betong telah disebut-sebut untuk jawatan itu sekiranya PKR berjaya menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang tetapi malangnya beliau tewas kepada calon BN dalam PRU12.