Awat La

ABSOLUTE WITH A TWIST

More About Me...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Another Tit-Bit...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc.

Perhimpunan Agong UMNO ke 59

Perhimpunan Agong UMNO yang akan berlansung di PWTC mulai 24-28 Mac 2009 akan menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan UMNO dan ketiga-tiga sayapnya. Hanya jawatan Presiden tidak akan menyaksikan pertandingan. Dato' Seri Najib Razak telah diumumkan menang tanpa bertanding jawatan tersebut setelah Dato' Seri Abdullah mengumumkan pengunduran dari Prsiden parti dan juga Perdana Menteri. Walaubagaimanapun Dato' Seri Abdulah akan menyampaikan ucapan terakhirnya sebagai Presiden UMNO pada perhimpunan tersebut. Beliau juga dijangka mengumumkan tarikh sebenar peralihan kuasa kepada Najib pada perhimpunan tersebut.

Jawatan Timbalan Presiden akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib setelah Lembaga Disiplin UMNO mendapati Dato Seri Ali Rustam bersalah dalam salah laku dan pelanggaran etika pemilihan parti dan tidak dibenarkan bertanding jawatan tersebut.

Pelbagai andaian telah dibuat oleh banyak pihak samada di dalam mahupun di luar UMNO yang menyatakan faktor Ali Rustam turut memainkan peranan dalam pemilihan jawatan ini. Ini atas andaian bahawa penyokong-penyokong Ali Rustam akan beralih arah sokongan kepada Tan Sri Muhammad Mohd Taib. Kemungkinan ini berlaku amat tinggi kerana Muhammad Mohd Taib dan Ali Rustam dilihat dari kem yang sama. Walaupun jumlah pencalonan Muhammad Mohd Taib lebih rendah berbanding dengan Muhyiddin Yassin untuk jawatan tersebut namun ia bukan menjadi penentu dalam penentuan kemenangan calon. Perwakilan UMNO mempunyai pandangan tersendiri dalam membuat pilihan pucuk pimpinannya. Banyak faktor diambil kira oleh perwakilan dalam membuat pemilihan.

Perebutan jawatan nombor dua ini menarik perhatian ramai. Kelazimannya pemegang jawatan nombor dua ini juga akan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Calon yang terpilih akan menjadi regu kepada Najib dalam UMNO dan juga dalam kerajaan. Ramai permerhati menjangkakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memenangi jawatan ini. Walau bagaimanapun kemungkinan Tan Sri Muhammad Mohd Taib memenanginya tidak boleh diketepikan.

Sekiranya, Muhammad Mohd Taib menjadi pilihan perwakilan UMNO, akan timbul sedikit masalah dalam menjadikan beliau Timbalan Perdana Menteri kerana beliau bukan ahli Dewan Rakyat. Jika ini berlaku,kemungkinan besar calon Timbalan Perdana Menteri akan datang dari kalangan Naib-Naib Presiden. Tan Sri Muhammad Mohd Taib telah berkata dalam rancangan Astro Awani bersama Suhaimi Sulaiman semalam, bahawa beliau menawarkan diri untuk jawatan ini atas keinginan untuk membantu Presiden dan Perdana Menteri di peringkat bawah, diperingkat akar umbi parti agar PM dapat memberi tumpuan dalm pengurusan negara. Penyokong-penyokong Muhyiddin , Tun Mahathir tidak terkecuali, tidak segan silu memperkecilkan kemampuan Muhammad Mohd Taib. Apakah Muhammad Mohd Taib cuba mengetengahkan satu pendekatan baru untuk UMNO di mana Timbalan Presiden UMNO tidak menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi memberi tumpuan sepenuhnya dalam pengurusan dan perjalanan parti. Beliau juga pernah mengatakan bahawa beliau tidak berminat sebarang jawatan kerajaan -sebelum dilantik Menteri Pembangunan Luar Bandar- untuk memberi tumpuan memperkukuhkan parti.
Kepimpinan UMNO samada di peringkat tinggi mahupun di peringkat akar umbi tidak henti-henti memperkatakan bahawa UMNO perlu melakukan perubahan untuk memastikan kelansungan sokongan dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti. UMNO perlu menolak atau membersihkan parti dari calon-calon yang dilihat tidak bersih. Persepsi umum bahawa UMNO dianggotai oleh mereka-mereka yang tidak bersih perlu dihapuskan. Ini adalah dilema besar untuk perwakilan UMNO. Ahli-ahli UMNO lebih mengenali calon-calon yang menawarkan diri untuk jawatan-jawatan dalam parti. Mampukah perwakilan UMNO menapis calon yang "sebenar-benar bersih" dari kalangan calon-calon yang bertanding atau perwakilan hanya mampu untuk menapis calon-calon yang "dilihat bersih" dari kalangan tersebut.
Untuk jawatan nombor dua parti, kedua-dua pemimpin ini mempunyai sejarah tersendiri dalam parti. Kedua-duanya mempunyai jasa dan dosa tersendiri. Kedua-duanya pernah bertanding untuk jawatan Naib Presiden dalam satu pasukan, Team Wawasan bersama Tan Sri Ramly Ngah Talib. Perwakilan UMNO tentunya masih ingat episod ini dalam sejarah UMNO kecuali mereka yang baru dan tidak mengenali sejarah parti. Ramai yang mengatakan bahawa episod ini adalah kemuncak dalam penularan POLITIK WANG dalam UMNO. Pada waktu ini jugalah , penyandang jawatan Timbalan Presiden, Allahyarham Tun Gahafar terpaksa mengundurkan diri dari jawatan setelah tidak mendapat pencalonan yang cukup untuk mempertahanan jawatan. Adalah tidak adil, jika ada pihak-pihak dalam menunjukkan sokongan terhadap calon tertentu, memburuk-burukkan calon lain dalam usaha memenangkan calon tertentu.
Jika kita terus menggambarkan kepada umum keburukan pada kepimpinan kita sendiri, tidak mungkin khalayak akan boleh bertanggapan baik terhadap kepimpinan kita. Dalam keghairahan membina sokongan terhadap calon pilihan, ramai yang telah terleka bahawa pada masa yang sama mereka juga secara sedar atau tidak sedar menghakis kepercayaan khalayak terhadap UMNO keseluruhannya.
Di perenggan Naib Presiden, seramai lapan calon menawarkan diri. Perwakilan UMNO perlu membuat pilihan yang bijaksana dlam perenggan ini. Jawatan Naib-naib Presiden menjadi kosong setelah kedua-dua Naib Presiden sediada menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden. Naib-naib Presiden seharusnya diisi oleh mereka yang berkemampuan untuk menjadi pelapis kepada kedua jawatan teratas. Peluang harus diberikan kepada kepimpinan yang lebih muda.
Seramai 51 orang calon menawarkan diri untuk 25 jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Kerap kali perwakilan akan memilih mereka yang berjawatan dalam kerajaan samada Menteri-Menteri Kabinet ataupun Menteri-Menteri Besar. Perwakilan seharusnya mengambil pendekatan baru dalam membuat pemilihan untuk jawatan-jawatan ini. Mentaliti lama bahawa Majlis Tertinggi mesti dianggotai oleh mereka yang berjawatan dalam Kerajaan perlu dihentikan. Sekiranya perwakilan terus memilih mereka-mereka yang berjawatan Kabinet, perwakilan hanya menjadikan Majlis Tertinggi UMNO Kabinet kedua. Peluang harus diberikan kepada mereka yang tidak berjawatan dalam Kerajaan untuk menduduki kerusi-kerusi Majlis Tertinggi. Sekiranya MT oleh pemimpin-pemimpin kalangan bukan Menteri Kabinet, ianya mampu untuk berfungsi lebih baik sebagai unit parti yang menjadi check and balance kepada Kerajaan dan Kabinet.
Ini akan dilihat pengasingan parti dari kerajaan. Parti lebih berupaya mempengaruhi kerajaan dan tidak lagi kerajaan menguasai parti. UMNO harus menghilangkan persepsi identiti bahawa UMNO adalah Kerajaan dan Kerajaan itu adalah UMNO. Mentaliti ini telah tertanam lama dalam akal fikiran ahli-ahli UMNO. Atas delusi identiti ilusif inilah, pemimpin-pemimpin UMNO bawahan merasakan diri mereka juga, walaupun tidak berjawatan Kerajaan, berkelakuan seolah-olah mereka juga sebahagian dari Kerajaan. Inilah yang menyebabkan wujudnya "Little Napoleons" di kalangan kepimpinan UMNO bawahan yang dicemuh dan dibenci oleh khalayak ramai yang diterjemahkan dengan perubahan sokongan umum terhadap parti.
Perhimpunan Agong pada kali ini juga kan menyaksikan berlakunya pertandingan pucuk pimpinan dalam ketiga-tiga sayapnya, Wanita, Pemuda dan Puteri. Pertandingan jawatan-jawatan dalam sayap-sayap UMNO juga diberi perhatian umum dan menarik banyak komen dan pandangan. Ini juga akan mempengaruhi tahap penolakan dan penerimaan rakyat terhadap UMNO. Kematangan fikiran politik perwakilan sayap-sayap ini akan diregang ke maksima dalam membuat penentuan pemilihan.
Pertimbangan kelayakan calon yang harus diberi mandat dan amanah perlu dilihat dari aspek kepentingan parti mengatasi kepentingan-kepentingan lain. Ketokohan perlu dinilai dari sudut kemampuan memberi sumbangan kepada parti dan perjuangannya. Agenda politik peribadi semata-mata perlu ditolak.
Perhimpunan Agong UMNO yang diadakan setiap tahun mendapat liputan oleh segenap media dan menjadi perhatian bukan sahaja ahli-ahli UMNO bahkan seluruh rakyat yang perihatin kepada perkembangan politik negara. Hal-hal yang dibincangkan dalam perhimpunan UMNO menjadi bahan diskusi dan debat di luar dewan juga. Perkara-perkara yang dibincangkan, dibangkitkan dan dibahaskan dalam Dewan Merdeka PWTC tidak ladi menjadi hak mutlak UMNO sahaja. Setiap keputusan dan resolusi Perhimunan Agong UMNO akan di 'scrutinise' oleh penganalisa-penganalisa politik, parti-parti rakan dalam Barisan Nasional, parti-parti pembangkang dan setiap lapisan rakyat kebanyakan.
Pemilihan parti tidak seharusnya menjadi prioriti pertama Perhimpunan Agong UMNO kali ini sebagaimana yang sering kali berlaku dalam persidangan-persidangan UMNO di setiap peringkat, samada cawangan mahupun bahagian. Tumpuan yang keterlaluan terhadap pemilihan parti telah melupakan dan melekakan tujuan dan matlamat sebenar persidangan. Persidangan juga menyediakan ruang untuk membahaskan isu-isu rakyat dan negara selain dari isu-isu dalaman parti. Perwakilan UMNO dalam Perhimpunan Agong kali ini yang akan menyaksikan peralihan pucuk pimpinan parti perlu menggunakan kesempatan yang ada untuk membahas dan membincangkan arah tuju baru parti. Pembahas-pembahas dan jurucakap-jurucakap seharusnya berjaya mengetengahkan pemikiran-pemikiran baru yang mampu membawa parti keluar dari kemelut persepsi buruk masyarakat terhadap parti dan kerajaan. Perhimpunan juga perlu bersedia berbicara masalah rakyat umum dan tidak hanya masalah dalaman parti UMNO. Perhimpunan perlu menunjukkan kesungguhan mendesak kerajaan membela nasib rakyat keseluruhannya dan mencerna jalan keluar dari kemelut yang membelenggu rakyat amnya.
Kejayaan atau kegagalan Perhimpunan Agong UMNO kali ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi keputusan pilihanraya-pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 7 April 2009. Penerimaan rakyat akan di manifestasikan dalam keputusan pilihanraya-pilihanraya tersebut. Sejauh mana UMNO mampu menampakkan kesungguhan untuk berubah bergantung banyak kepada kesediaan perwakilan-perwakilan yang hadir di Perhimpunan Agong UMNO pada kali ini untuk melakukan dan menerima perubahan.


 
that certain quarters have tended to ridicule judgments of the courts solely for these judgments having ruled one way rather than the other. For them, the expected outcome defines everything.

If it is not disappointing then it is presumed that the process of the law was not compromised. However, if the outcome is disappointing then it is a given that the process was subverted. This cannot be the right way to look at things as, whatever the case, the process of the law is crucial.-Malik Imtiaz Sarwar