Awat La

ABSOLUTE WITH A TWIST

More About Me...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Another Tit-Bit...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc.

Pulau Pinang capai miskin tegar sifar?

30/03/2009 4:05pm Utusan Malaysia

PULAU PINANG 30 Mac — Pulau Pinang berjaya mencapai sasaran miskin tegar sifar apabila 728 keluarga miskin tegar di negeri ini memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata di bawah program pembasmian kemiskinan tegar, kerajaan negeri akan membantu setiap keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM500 sebulan.

“Jika satu keluarga itu memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM200, kerajaan negeri akan membantu sebanyak RM300 bagi membolehkan keluarga itu mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman Pulau Pinang mencapai status miskin tegar sifar di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi peringkat permulaan, kira-kira RM213,000 disalur kepada keluarga
terbabit.

“Ini merupakan bantuan berterusan kerajaan negeri. Bantuan kewangan sedemikian akan diberi untuk tiga bulan pertama sebagai permulaan,” katanya.

Beliau berkata untuk keluarga miskin tegar yang produktif, kerajaan negeri akan mencari peluang perniagaan atau pekerjaan serta menganjurkan kursus motivasi bagi mengeluarkan mereka daripada kemiskinan. — Bernama


Komen: Benarkah kerajaan Pulau Pinang sudah berjaya mencapai miskin tegar? 728 keluarga miskin tegar sahaja di Pulau Pinang? Mudah sungguh kerajaan negeri selesaikan masalah miskin tegar dengan hanya menghulurkan bantuan tunai RM500 kepada keluarga tersebut...

Gaya orang PAS di Bukit Gantang dari blog Hamirdin


Yang baju hijau tu sibuk nak bergambar dengan Karpal apa hal?



Macam macam gaya yang dapat diperhatikan semasa perhimpunan
penamaan calon di Taiping bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang.
Yang ini tertocang panjang




komen dibuat oleh hamirdin

Fairus to be queried over quarry issue

SPRM mulakan siasatan rasuah terhadap Fairus walaupun beliau sebelum ini menafikan terlibat dengan sebarang salah laku rasuah. Tuduhan yang di buat Azimudin Ahmat, Ketua AMK Kepala Batas kini disiasat SPRM setelah J/Kuasa Khas membuat siasatan. Kita tunggu keputusan siasatan.

Nizar Calon PAS di Bukit Gantang

Pas meletakkan Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin sebagai calon di Bukit Gantang.

Nizar yang masih mengaku dirinya MB Perak yang sah walaupun telah dititahkan Sultan untuk meletak jawatan kini menawarkan diri bertanding di Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang. Kes samannya terhadap Dato Dr Zambry Abdul Kadir berhubung kesahihan perlantikan Dr Zambry sebagai MB Perak masih di mahkamah.
Apakah PAS sudah tiada calon untuk bertanding di Bukit Gantang? Bagaimana dengan Ustaz Idris Ahmad, anak tempatan yang mendapat banyak sokongan penyokong PAS untuk bertanding di Bukit Gantang?

Perhimpunan Agong UMNO ke 59

Perhimpunan Agong UMNO yang akan berlansung di PWTC mulai 24-28 Mac 2009 akan menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan UMNO dan ketiga-tiga sayapnya. Hanya jawatan Presiden tidak akan menyaksikan pertandingan. Dato' Seri Najib Razak telah diumumkan menang tanpa bertanding jawatan tersebut setelah Dato' Seri Abdullah mengumumkan pengunduran dari Prsiden parti dan juga Perdana Menteri. Walaubagaimanapun Dato' Seri Abdulah akan menyampaikan ucapan terakhirnya sebagai Presiden UMNO pada perhimpunan tersebut. Beliau juga dijangka mengumumkan tarikh sebenar peralihan kuasa kepada Najib pada perhimpunan tersebut.

Jawatan Timbalan Presiden akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib setelah Lembaga Disiplin UMNO mendapati Dato Seri Ali Rustam bersalah dalam salah laku dan pelanggaran etika pemilihan parti dan tidak dibenarkan bertanding jawatan tersebut.

Pelbagai andaian telah dibuat oleh banyak pihak samada di dalam mahupun di luar UMNO yang menyatakan faktor Ali Rustam turut memainkan peranan dalam pemilihan jawatan ini. Ini atas andaian bahawa penyokong-penyokong Ali Rustam akan beralih arah sokongan kepada Tan Sri Muhammad Mohd Taib. Kemungkinan ini berlaku amat tinggi kerana Muhammad Mohd Taib dan Ali Rustam dilihat dari kem yang sama. Walaupun jumlah pencalonan Muhammad Mohd Taib lebih rendah berbanding dengan Muhyiddin Yassin untuk jawatan tersebut namun ia bukan menjadi penentu dalam penentuan kemenangan calon. Perwakilan UMNO mempunyai pandangan tersendiri dalam membuat pilihan pucuk pimpinannya. Banyak faktor diambil kira oleh perwakilan dalam membuat pemilihan.

Perebutan jawatan nombor dua ini menarik perhatian ramai. Kelazimannya pemegang jawatan nombor dua ini juga akan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Calon yang terpilih akan menjadi regu kepada Najib dalam UMNO dan juga dalam kerajaan. Ramai permerhati menjangkakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memenangi jawatan ini. Walau bagaimanapun kemungkinan Tan Sri Muhammad Mohd Taib memenanginya tidak boleh diketepikan.

Sekiranya, Muhammad Mohd Taib menjadi pilihan perwakilan UMNO, akan timbul sedikit masalah dalam menjadikan beliau Timbalan Perdana Menteri kerana beliau bukan ahli Dewan Rakyat. Jika ini berlaku,kemungkinan besar calon Timbalan Perdana Menteri akan datang dari kalangan Naib-Naib Presiden. Tan Sri Muhammad Mohd Taib telah berkata dalam rancangan Astro Awani bersama Suhaimi Sulaiman semalam, bahawa beliau menawarkan diri untuk jawatan ini atas keinginan untuk membantu Presiden dan Perdana Menteri di peringkat bawah, diperingkat akar umbi parti agar PM dapat memberi tumpuan dalm pengurusan negara. Penyokong-penyokong Muhyiddin , Tun Mahathir tidak terkecuali, tidak segan silu memperkecilkan kemampuan Muhammad Mohd Taib. Apakah Muhammad Mohd Taib cuba mengetengahkan satu pendekatan baru untuk UMNO di mana Timbalan Presiden UMNO tidak menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi memberi tumpuan sepenuhnya dalam pengurusan dan perjalanan parti. Beliau juga pernah mengatakan bahawa beliau tidak berminat sebarang jawatan kerajaan -sebelum dilantik Menteri Pembangunan Luar Bandar- untuk memberi tumpuan memperkukuhkan parti.
Kepimpinan UMNO samada di peringkat tinggi mahupun di peringkat akar umbi tidak henti-henti memperkatakan bahawa UMNO perlu melakukan perubahan untuk memastikan kelansungan sokongan dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti. UMNO perlu menolak atau membersihkan parti dari calon-calon yang dilihat tidak bersih. Persepsi umum bahawa UMNO dianggotai oleh mereka-mereka yang tidak bersih perlu dihapuskan. Ini adalah dilema besar untuk perwakilan UMNO. Ahli-ahli UMNO lebih mengenali calon-calon yang menawarkan diri untuk jawatan-jawatan dalam parti. Mampukah perwakilan UMNO menapis calon yang "sebenar-benar bersih" dari kalangan calon-calon yang bertanding atau perwakilan hanya mampu untuk menapis calon-calon yang "dilihat bersih" dari kalangan tersebut.
Untuk jawatan nombor dua parti, kedua-dua pemimpin ini mempunyai sejarah tersendiri dalam parti. Kedua-duanya mempunyai jasa dan dosa tersendiri. Kedua-duanya pernah bertanding untuk jawatan Naib Presiden dalam satu pasukan, Team Wawasan bersama Tan Sri Ramly Ngah Talib. Perwakilan UMNO tentunya masih ingat episod ini dalam sejarah UMNO kecuali mereka yang baru dan tidak mengenali sejarah parti. Ramai yang mengatakan bahawa episod ini adalah kemuncak dalam penularan POLITIK WANG dalam UMNO. Pada waktu ini jugalah , penyandang jawatan Timbalan Presiden, Allahyarham Tun Gahafar terpaksa mengundurkan diri dari jawatan setelah tidak mendapat pencalonan yang cukup untuk mempertahanan jawatan. Adalah tidak adil, jika ada pihak-pihak dalam menunjukkan sokongan terhadap calon tertentu, memburuk-burukkan calon lain dalam usaha memenangkan calon tertentu.
Jika kita terus menggambarkan kepada umum keburukan pada kepimpinan kita sendiri, tidak mungkin khalayak akan boleh bertanggapan baik terhadap kepimpinan kita. Dalam keghairahan membina sokongan terhadap calon pilihan, ramai yang telah terleka bahawa pada masa yang sama mereka juga secara sedar atau tidak sedar menghakis kepercayaan khalayak terhadap UMNO keseluruhannya.
Di perenggan Naib Presiden, seramai lapan calon menawarkan diri. Perwakilan UMNO perlu membuat pilihan yang bijaksana dlam perenggan ini. Jawatan Naib-naib Presiden menjadi kosong setelah kedua-dua Naib Presiden sediada menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden. Naib-naib Presiden seharusnya diisi oleh mereka yang berkemampuan untuk menjadi pelapis kepada kedua jawatan teratas. Peluang harus diberikan kepada kepimpinan yang lebih muda.
Seramai 51 orang calon menawarkan diri untuk 25 jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Kerap kali perwakilan akan memilih mereka yang berjawatan dalam kerajaan samada Menteri-Menteri Kabinet ataupun Menteri-Menteri Besar. Perwakilan seharusnya mengambil pendekatan baru dalam membuat pemilihan untuk jawatan-jawatan ini. Mentaliti lama bahawa Majlis Tertinggi mesti dianggotai oleh mereka yang berjawatan dalam Kerajaan perlu dihentikan. Sekiranya perwakilan terus memilih mereka-mereka yang berjawatan Kabinet, perwakilan hanya menjadikan Majlis Tertinggi UMNO Kabinet kedua. Peluang harus diberikan kepada mereka yang tidak berjawatan dalam Kerajaan untuk menduduki kerusi-kerusi Majlis Tertinggi. Sekiranya MT oleh pemimpin-pemimpin kalangan bukan Menteri Kabinet, ianya mampu untuk berfungsi lebih baik sebagai unit parti yang menjadi check and balance kepada Kerajaan dan Kabinet.
Ini akan dilihat pengasingan parti dari kerajaan. Parti lebih berupaya mempengaruhi kerajaan dan tidak lagi kerajaan menguasai parti. UMNO harus menghilangkan persepsi identiti bahawa UMNO adalah Kerajaan dan Kerajaan itu adalah UMNO. Mentaliti ini telah tertanam lama dalam akal fikiran ahli-ahli UMNO. Atas delusi identiti ilusif inilah, pemimpin-pemimpin UMNO bawahan merasakan diri mereka juga, walaupun tidak berjawatan Kerajaan, berkelakuan seolah-olah mereka juga sebahagian dari Kerajaan. Inilah yang menyebabkan wujudnya "Little Napoleons" di kalangan kepimpinan UMNO bawahan yang dicemuh dan dibenci oleh khalayak ramai yang diterjemahkan dengan perubahan sokongan umum terhadap parti.
Perhimpunan Agong pada kali ini juga kan menyaksikan berlakunya pertandingan pucuk pimpinan dalam ketiga-tiga sayapnya, Wanita, Pemuda dan Puteri. Pertandingan jawatan-jawatan dalam sayap-sayap UMNO juga diberi perhatian umum dan menarik banyak komen dan pandangan. Ini juga akan mempengaruhi tahap penolakan dan penerimaan rakyat terhadap UMNO. Kematangan fikiran politik perwakilan sayap-sayap ini akan diregang ke maksima dalam membuat penentuan pemilihan.
Pertimbangan kelayakan calon yang harus diberi mandat dan amanah perlu dilihat dari aspek kepentingan parti mengatasi kepentingan-kepentingan lain. Ketokohan perlu dinilai dari sudut kemampuan memberi sumbangan kepada parti dan perjuangannya. Agenda politik peribadi semata-mata perlu ditolak.
Perhimpunan Agong UMNO yang diadakan setiap tahun mendapat liputan oleh segenap media dan menjadi perhatian bukan sahaja ahli-ahli UMNO bahkan seluruh rakyat yang perihatin kepada perkembangan politik negara. Hal-hal yang dibincangkan dalam perhimpunan UMNO menjadi bahan diskusi dan debat di luar dewan juga. Perkara-perkara yang dibincangkan, dibangkitkan dan dibahaskan dalam Dewan Merdeka PWTC tidak ladi menjadi hak mutlak UMNO sahaja. Setiap keputusan dan resolusi Perhimunan Agong UMNO akan di 'scrutinise' oleh penganalisa-penganalisa politik, parti-parti rakan dalam Barisan Nasional, parti-parti pembangkang dan setiap lapisan rakyat kebanyakan.
Pemilihan parti tidak seharusnya menjadi prioriti pertama Perhimpunan Agong UMNO kali ini sebagaimana yang sering kali berlaku dalam persidangan-persidangan UMNO di setiap peringkat, samada cawangan mahupun bahagian. Tumpuan yang keterlaluan terhadap pemilihan parti telah melupakan dan melekakan tujuan dan matlamat sebenar persidangan. Persidangan juga menyediakan ruang untuk membahaskan isu-isu rakyat dan negara selain dari isu-isu dalaman parti. Perwakilan UMNO dalam Perhimpunan Agong kali ini yang akan menyaksikan peralihan pucuk pimpinan parti perlu menggunakan kesempatan yang ada untuk membahas dan membincangkan arah tuju baru parti. Pembahas-pembahas dan jurucakap-jurucakap seharusnya berjaya mengetengahkan pemikiran-pemikiran baru yang mampu membawa parti keluar dari kemelut persepsi buruk masyarakat terhadap parti dan kerajaan. Perhimpunan juga perlu bersedia berbicara masalah rakyat umum dan tidak hanya masalah dalaman parti UMNO. Perhimpunan perlu menunjukkan kesungguhan mendesak kerajaan membela nasib rakyat keseluruhannya dan mencerna jalan keluar dari kemelut yang membelenggu rakyat amnya.
Kejayaan atau kegagalan Perhimpunan Agong UMNO kali ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi keputusan pilihanraya-pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 7 April 2009. Penerimaan rakyat akan di manifestasikan dalam keputusan pilihanraya-pilihanraya tersebut. Sejauh mana UMNO mampu menampakkan kesungguhan untuk berubah bergantung banyak kepada kesediaan perwakilan-perwakilan yang hadir di Perhimpunan Agong UMNO pada kali ini untuk melakukan dan menerima perubahan.

Pilihanraya Kecil DUN Penanti?

Mungkinkah perletakan jawatan Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan EXCo akan membawa kepada Pilihanraya Kecil DUN Penanti sebagaimana berlaku di Bukit Selambau?

Fairus turut kosongkan DUN Penanti?

"Fairus turut kosongkan DUN Penanti?
Low Chia Ming Mar 23, 09 7:01pm
Peletakan mengejut Mohammad Fairus Khairuddin dari jawatan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, turut mencetuskan spekulasi bahawa beliau juga turut mengosongkan kerusi DUN Penanti yang diwakilinya.

Akhbar-akhbar Cina melaporkan bahawa beliau pasti akan melepaskan jawatan wakil rakyat, tetapi difahamkan PKR Pulau Pinang akan hanya membuat keputusan malam ini.

Timbalan Pengerusi PKR negeri, Tan Hock Leong mengesahkan bahawa pengerusinya, Zaharain Hashim akan mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan PKR negeri.

'Buat masa ini, Fairus (kiri) hanya meletak jawatan timbalan ketua menteri. Sama ada beliau juga mengosongkan kerusi DUN (Penanti), adalah urusan dalaman (parti),' katanya ketika dihubungi.

'Zaharain telah berkata bahawa beliau akan mendapatkan kebenarannya dari Fairus. Kita akan membincangkannya sebelum memutuskan sama ada hendak mengekalkannya atau minta beliau mengosongkannya,' katanya.

Zaharain memberitahu Malaysiakini bahawa tiada keputusan yang akan dibuat malam ini kerana satu laporan akan hanya dibentangkan dalam mesyuarat tersebut.

Katanya, beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan bahawa Fairus telah menandatangani surat peletakan jawatan bagi DUN tersebut dan hanya menunggu masa yang sesuai yang membuat pengumuman"

IkutSukaAku

IkutSukaAku: "PKR pun Pembohong Juga!!! - malaysiakini"

ApSeReNaPeTe - " hentam ajer lah labuuu...."

ApSeReNaPeTe - " hentam ajer lah labuuu....": "CERITA DI SEBALIK TABIR FAIRUS AL-MANTAN TKM 1 P.PINANG... ~ malaysiakini"

CALON KITAR SEMULA PKR DI BATANG AI

Bekas MP calon PKR di Batang Ai- Malaysiakini
Mar 23, 09 10:16am

Bekas ahli parlimen Lubok Antu yang tidak asing lagi, Jawah Gerang menggalas cabaran PKR menentang BN dalam pilihanraya kecil DUN Batang Ai yang akan berlangsung 7 April ini. Selain Engkilili, kerusi negeri itu satu daripada dua DUN parlimen Lubok Antu.Sabtu lepas, BN mengumumkan calonnya Malcolm Mussen Lamoh.Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dalam lawatan ke kawasan itu semalam, mengumumkan nama Jawah di lapangan terbang Kuching sebelum berlepas ke Kuala Lumpur pagi ini.Pilihanraya kecil itu dipanggil berikutan kematian penyandangnya, naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Dublin Unting pada 24 Februari lalu akibat serangan angin ahmar.



Jawah Gerang calon PKR di Batang Ai

PRO REFORM: Isu Perletakan Jawatan YB Fairus

PRO REFORM: Isu Perletakan Jawatan YB Fairus

NOTA ELBARITII: CAKAP-CAKAP ULAMA

NOTA ELBARITII: CAKAP-CAKAP ULAMA: "CAKAP-CAKAP ULAMA

Disiar oleh: Omar El Baritii pada 10:05 AM
Ummah akan pening jika ulama ada sifat-sifat begini:

1. Cakap dahulu, kaji kemudian
2. Cakap ikut sedap dalil dalam kepala, bukan dalil dalam rujukan
3. Cakap dengan keputusan awal yang dibuat
4. Cakap ikut aturan penasihat dan pesetia-usaha
5. Cakap banyak, tanpa aturan betul
6. Cakap dengan orang munafiq
7. Cakap bertalam-talam
8. Cakap ikut ego

Ummah akan lebih pening, jika ulama selalu pening. Kesian ummah..."

Tun Dr. Mahathir: Melayu dalam cemas, perlu tolak rasuah & usaha keras untuk ubah nasib dalam cabaran globalisasi « The “thirteen million plus Ringgit” guy rambles….

Tun Dr. Mahathir: Melayu dalam cemas, perlu tolak rasuah & usaha keras untuk ubah nasib dalam cabaran globalisasi « The “thirteen million plus Ringgit” guy rambles….

My Anger, It May be Yours Too: Where is the police report/SD against Fairus

My Anger, It May be Yours Too: Where is the police report/SD against Fairus

Blog PERKASA: Ucapan Presiden Perkasa di Perhimpunan Perkasa

Blog PERKASA: Ucapan Presiden Perkasa di Perhimpunan Perkasa

PRK Bukit Selambau

Mengapa perlu persoalkan calon PKR di Bukit Selambau?Tidak perlu timbulkan permasalahan mereka mengenai calon mereka. Lebih penting untuk melihat sejauh mana BN mampu lakukan untuk menang di Bukit Selambau. Kedua-dua parti mencalonkan calon India untuk PRK. Kedua-dua parti menghadapi masalah dalaman mengeni calon.Apakah kedua-dua faktor ini akan mempengaruhi keputusan pilihanraya? Apakah pengundi-pengundi di DUN Bukit Selambau akan mengambil kira perkara-perkara ini dalam memilih calon wakil rakyat mereka?Seharusnya kita sepatutnya persoalakan kenapa BN tak mencalonkan calon Melayu untuk bertanding kerusi tersebut sedangkan sentimen di kalangan pengundi Melayu mahukan calon Melayu sebagaimana dulu sebelum ditukarkan dengan Kuala Ketil. BN sekali lagi gagal untuk membaca mood pengundi di bawah. MIC seharusnya mlepaskan kerusi ini untuk ditandingi oleh calon UMNO. Jika benar, terdapat permuafakatan diantara komponen BN sudah tentu MIC tidak berkeras untuk bertanding kerusi ini. Yang bertanding bukannya MIC, tetapi BN. Jika calon Melayu yang dikehendaki oleh pengundi, BN seharusnya menawarkan calon UMNO,bukankah lebih utama untuk BN MENANG kerusi ini?BN sepatutnya dah ANTICIPATE lebih awal lagi bahawa: PKR akan field calon India, sebab:1. MB Kedah dah allocate seat exco untuk ADUN India PKR Bukit Selambau.2. PKR juga terikat untuk mencalonkan calon IndiaBN sepatutnya melakukan satu kejutan, untuk melihat sejauh mana benarnya pengundi reject BN di Bukit Selamabu atau sebenarnya pengundi reject calon India dari BN.
March 20, 2009 9:01 PM

Pilihan Raya Kuala Terengganu juga menyaksikan permasalahan didalam PAS berhubung pemilihan calon. Faksi-faksi ('erdogan' dan ulama) di dalam PAS juga mempunyai pilihan calon tersendiri sehingga Presiden Haji Hadi membuat keputusan meletakkan calon pilihan beliau sendiri, Abdul Wahid Endut. BN juga mengalami masalah yang sama dengan Wan Ahmad Farid sebagai calon.Sebagaimana di Kuala Terengganu, di Bukit Selambau juga nama calon BN diumumkan lebih awal.

Apakah ini memberi kelebihan atau kekurangan dari segi sokongan pengundi sama-sama kita saksikan sebagaimana ianya tidak memberi advantage kepada BN malah lebih menimbulkan masalah kerana BN terperangkap di dalam gerak defensif mempertahankan kredibiliti calon sepanjang tempoh berkempen dari awal lagi.Sentimen penyokong parti terhadap calon di pihak pembangkang tidak banyak mempengaruhi keputusan pengundian di pihak mereka. Impak yang lebih besar akan dirasai jika ianya berlaku di pihak BN.

Kita teliti keputusan Pilihanraya lalu;

Keputusan PilihanRaya 2008:N25 BUKIT SELAMBAU

KRISHNAN A/L SUBRAMANIAM - Barisan Nasional (BN) 10,863

ARUMUGAM A/L VENGATARAKOO BEBAS 13,225

Voters : 34,977
Spoilt Votes : 1,694
Ballot Paper Issue : 25,798
Not Return Ballot Paper : 16
Votes Cast : 26,450

Voters Percentage : 73.76% Majority : 2,362 (Malay: 50.20% Chinese: 19.25% Indian: 29.53% Others: 1.02%)

2004 ELECTION: Datuk V. Saravanan -Barisan Nasional (BN) (Majoriti: 7,695 undi)

Pada 2004, BN menang dengan majoriti 7695 undi dan kalah pada 2008 dengan majoriti 2362 kepada calon BEBAS. Calon BEBAS mendapat 13225 undi. Keputusan ini menunjukkan bahawa seramai 10,057 pengundi mengubah sokongan daripada BN ke pembangkang atau calon lain. Persoalannya Siapa mereka ini?

Kedua-duanya calon India setelah calon Melayu PKR ditolak kertas pencalonan. India- 30% pengundi memberi jumlah lebih kurang 10,500 pengundi. 20%- Cina lebih kurang 7000 pengundi dan selebihnya Melayu; 18000 orang pengundi.Seramai 26450 pengundi keluar mengundi. Jika diambil perkiraan mengikut pecahan kaum, 50% Melayu-13225 orang; 20% Cina- 5290 pengundi dan 30% India -7835 pengundi. Jika kesemua pengundi India dan Cina mengundi Calon Bebas, beliau dapat sebanyak 13125 undi.Lebih kurang jumlah undi yang beliau perolehi,bukan. Tetapi apakah tanggapan ini tepat. Apakah peratusan mengikut kaum yang keluar mengundi dan sokongan mereka begitu? Tidak mungkinkan.Banyak andaian lagi yang boleh dibuat dengan nombor-nombor ini. Saya tinggalkan selebihnya untuk tuan.

Kita juga perlu melihat kepada jumlah undi rosak sebanyak 1694. Apakah jumlah ini memberi gambaran seramai tu tidak faham cara mengundi ataupun jumlah ini adalah undi protes mereka yang mahir mengundi? Melaksanakan tanggungjawab keluar mengundi tetapi tidak menyokong mana-mana calon!

Mengapa begitu ramai menawarkan diri bertanding calon bebas kali ini, termasuk beberapa calon Melayu yang serius? Apakah mereka melihat adanya peluang untuk menang? Ini termasuk orang UMNO yang disingkirkan pada pemilihan lalu yang sedang rancak berkempen.

Memang benar kita perlu manipulasikan apa saja kelemahan di pihak lawan untuk membantu kemenangan kita. Akan tetapi kalau kita terjun ke gelanggang untuk perlawanan dengan meng'handicap'kan diri kita sendiri; adakah kita telah berlaku adil kepada diri kita sendiri? Kita telah menolak apa yang sepatutnya menjadi 'advantage' dan memilih 'disadvantage' kepada diri kita. Tidak rugi sekiranya kita mencuba strategi baru jika amalan klasik sudah terbukti tidak menguntungkan. MIC jelas telah ditolak oleh kaum India pada pilihanraya umum lalu. Apakah pemimpin tertinggi BN melihat perubahan positif sokongan kaum India terhadap BN terutamanya MIC? Seperti yang saya katakan, BN masih gagal meneliti dan membaca sentimen akar umbi.
March 21, 2009 12:00 AM

Penang PKR Leaders Graft Case

Report on state leaders over illegal activities ready next week
By K. KASTURI DEWI, The STAR
GEORGE TOWN: A state PKR panel investigating two senior state party leaders for allegedly covering up illegal activities by local quarry operators will submit its report next week.
State PKR chairman Datuk Zahrain Mohamed Hashim said the state liaison committee would forward a copy of the report to the party’s central committee for the next course of action, if any was required.
He said the panel, headed by state assembly Speaker Abdul Halim Hussain, had been given three weeks to investigate the allegations by Kepala Batas PKR Youth chief Amizudin Ahmat.
Amizudin, who was then Seberang Prai Municipal councillor, raised the allegations during a full council meeting on Feb 27.
He was the first to be called by the four-member panel set up on March 16.
The other panel members are state assembly Deputy Speaker Tan Hock Leong, Pantai Jerejak assemblyman Sim Tze Tzin and Batu Uban assemblyman S. Raveentharan.
It was also reported that the probe was an internal party matter and had nothing to do with investigations being conducted by the Malaysian Anti-Corruption Commission.
Related article:
Penang PKR to wrap up probe on leaders in four days

Akhirnya FAirus Letak Jawatan TKM1

Biar Anwar jelaskan, kata Guan Eng
Mar 22, 09 1:47pm. Dari Malaysia Kini

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata biarlah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan dakwaan tentang konspirasi dalaman parti itu sehingga menyebabkan Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang."Baik tanya Anwar. Saya tidak mahu jelaskan perkara ini kerana ia melibatkan perkara dalaman PKR," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Semalam Lim mengumumkan peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai timbalan ketua menteri dan anggota exco berkuatkuasa 8 April, lapor Bernama.Mohammad Fairus bagaimanapun masih kekal sebagai Adun Penanti dan juga anggota PKR.Akhbar hari ini pula melaporkan Mohammad Fairus mendakwa menjadi mangsa konspirasi dalaman parti.Mengenai sebab peletakan jawatan timbalan ketua menteri oleh Mohammad Fairus, Lim juga menyerahkan kepada Mohammad Fairus sendiri untuk menyatakan sebabnya."Kita beri ruang kepada Mohammad Fairus untuk menjelaskan sendiri sebab-sebab beliau meletak jawatan," katanya.Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata beliau terkejut dengan kenyataan Mohammad Fairus berhubung dakwaan konspirasi tersebut."Selama ini saya yang mempertahankan beliau ketika pelbagai dakwaan dilemparkan terhadapnya," katanya.Beliau turut berkata sebarang penjelasan berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus perlu dirujuk kepada Anwar.



Fairus letak jawatan timbalan KM
Mar 21, 09 1:31pm
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Menurut The Star, tiada alasan yang diberikan bagi peletakan jawatan tersebut serta jawatan exco kerajaan negeri.
Manakala Lim pula berkata beliau telah menerima peletakan jawatan Mohamad Fairus berkuatkuasa pada 8 April depan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan sebab-sebab Mohamad Fairus meletak jawatan tersebut.
Fairus bagaimanapun akan kekal sebagai Adun Penanti dan juga anggota PKR.
Semalam, Lim dilaporkan berkata, beliau meluluskan permohonan cuti Mohamad Fairus Khairuddin atas permintaan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lanjut pengajian
Bagaimanapun, ketika dihubungi melalui SMS, Fairus berkata beliau meletak jawatan untuk "melanjutkan pengajiannya"."Sebabnya adalah untuk melanjutkan pelajaran,," kata SMS yang dihantar kepada wartawan Malaysiakini di Pulau Pinang, Low Chia Ming.Bagaimanapun, Fairus tidak menjelaskan mengenai pengajiannya dan bila beliau akan melanjutkan pengajiannya.Petang tadi, Anwar Ibrahim memberitahu sidang akhbar di Subang bahawa Fairus meletak jawatan atas sebab yang sama."Beliau telah menyuarakan hasratnya untuk melanjutkan pengajiannya," kata Anwar.Fairus, 33, adalah antara yang termuda pernah memegang jawatan timbalan ketua menteri dalam sejarah Pulau Pinang.Bagaimanapun "masalah sikap" sepertimana yang didakwa oleh bekas pegawai-pegawainya, telah menjadikannya sasaran kritikan sejak kebelakangan ini.Beliau bagaimanapun menafikannya, dengan berkata ramai yang cemburu kerana beliau dilantik memegang jawatan tersebut.Fairus adalah lulusan ijazah dalam Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa dari Universiti Islam Antarabangsa and Sijil Pengajian Syariah dari Universiti Malaya.Beliau juga lulusan ijazah sarjana dalam Pengajian Strategik dan Pertahanan serta MBA dalam Pengurusan Strategik, dari sebuah universiti di United Kingdom.Peletakan jawatan Fairus tidak mengejutkan kerana sebelum ini spekulasi tersebar luas yang beliau akan berbuat demikian kerana prestasi yang tidak memuaskan.

Pilihanraya Kecil Parlimen P059-Bukit Gantang


Siapa Calon PAS?

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang Erdogan PAS yang merupakan seorang Dr. Perubatan bakal menjadi Calon PAS Bukit Gantang.Menjawat jawatan tertinggi dalam Dewan Pemuda Masjid Malaysia. Bekas penuntut Universiti Al Azhar ini juga menjawat jawatan yang tinggi di dalam PEMERAM. Namun beliau anti IRC semasa di sana. Balik ke Malaysia mula menjalankan Housemanship di Perlis.Mengambil SRP pada usia 14 tahun dan SPM pada usia 16 tahun ini adalah bekas penuntut Maktab Mahmud.Jamnul Azhar ialah anak tempatan Bukit Gantang.
Ustaz Idris Ahmad, 46 tahun berpendidikan Sarjana Muda Pengajian Islam (UKM)1988 dan Sarjana Muda Dakwah (UKM) 1994. Beloiau pernah menjawat jawatan Pensyarah. Beliau sekarang adalah ahli politik sepenuh masa dan juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Pada PRU 12, beliau telah bertanding di Parlimen Jerlun dan tewas kepada calon BN Dato' Mukhriz Mahathir. Beliau dilihat dalam kem ulamak dalam PAS.
Kita lihat siapa yang menang kali ini Erdogan atau Pro-Ulama'?

Fairus TKM1 Pulau Pinang diSiasat SPRM?

Fairus Khairuddin, Timbalan Ketua menteri 1, Pulau Pinang telah disoal siasat oleh SPRM berhubung salah guna kuasa dan rasuah semalam. Adalah difahamkan pegawai-pegawai dari SPRM telah ke pejabatnya di KOMTAR semalam untuk tujuan siasatan. Ini berkemungkinan berikutan aduan salah guna kuasa dan rasuah oleh Ketua AMK Kepala Batas, Amizudin Ahmat terhadap dua pemimpin kanan PKR Pulau Pinang menerima wang sogokan daripada pengusaha kuari.

Amizudin telah membuat aduan dan menyerahkan bukti perlakuan rasuah pemimpin-pemimpin PKR tersebut kepada Anwar Ibrahim dan PKR Pulau Pinang namun tiada sebarang tindakan diambil oleh kepimpinan PKR. Amizudin juga membuat aduan yang sama kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menerusi Setiausaha Politiknya. Lim Guan Eng telah mencadangkan agar Amizudin membuat laporan kepada SPRM berhubung perkara berkenaan jika mempunyai bukti.

Beberapa hari lalu, Amizudin telah disiasat oleh Jawawatankuasa Khas Siasatan PKR berhubung perkara yang sama. Jawatankuasa tersebut dikeyuai oleh Speaker DUN Pulau Pinang, Halim Husin bersama tiga anggota yang lain selama tiga jam di Pejabat PKR Pulau Pinang.

Menurut sumber, Anwar Ibrahim telah mengarahkan Fairus untuk mengosongkan pejabat Timbalan Ketua Menteri mulai esok. Pegawai-pegawainya sedang sibuk mengemas barangan peribadi beliau untuk tujuan tersebut. Difahamkan juga Fairus telah diarah untuk meletakkan jawatan sebagai Exco dan Timbalan Ketua Menteri 1. Menurut sumber lagi, Fairus berkemungkinan terpaksa mengosongkan kerusi ADUN Penanti berikutan siasatan oleh SPRM. Fairus telah diberitakan telah membeli sebuah kereta Mercedes Benz dan sebuah BMW 5series secara tunai dan kedua-dua kereta ini didaftarkan atas nama beliau sendiri. Ini telah mengukuhkan dakwaan Amizudin bahawa Fairus telah menerima wang dari pengusaha kuari untuk menghalang tindakan oleh MPSP terhadap kuari-kuari tersebut.

Sebelum dari ini, Fairus pernah ditegur oleh Anwar berhubung sikapnya dan prestasi kerja yang tidak memuaskan. Gelagat Fairus telah banyak menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong PKR dan memberi tekanan terhadap kepimpinan Anwar dan Dato Zahrain di Pulau Pinang. Fairus telah dipilih sendiri oleh Anwar ke jawatan tersebut. Menurut sumber juga, sekiranya kerusi DUN Penanti dikosongkan, Dr Mansor Othman, Ketua Bahagian PKR Balik Pulau akan dicalonkan untuk kerusi tersebut dan dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 sekiranya menang. Pada Pilihanraya Umum ke 12, Dr Mansor yang bertanding di DUN Pulau Betong telah disebut-sebut untuk jawatan itu sekiranya PKR berjaya menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang tetapi malangnya beliau tewas kepada calon BN dalam PRU12.

Amizudin serah bukti

Abdul Rahim Sabri Mar 16, 09 7:13pm
Ketua AMK Kepala Batas, Amizudin Ahmat hari ini menyerahkan bukti dan laporan kepada jawatankuasa khas siasatan PKR Pulau Pinang berhubung dakwaannya baru-baru ini mengenai pemimpin parti itu menerima wang dari pengusaha kuari.Ketika dihubungi Malaysiakini berkata, Amizudin baru sahaja selesai disiasat oleh jawatankuasa tersebut yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Halim Husin dan tiga ahli jawatankuasanya.Siasatan selama tiga jam itu diadakan di Pejabat Perhubungan PKR Pulau Pinang mulai jam 3 petang di Bandar Sunway, Seberang Jaya.Menurut Amizudin, keputusan siasatan jawatankuasa tersebut akan diketahui dalam masa dua minggu lagi.Ditanya mengenai dua pemimpin PKR Pulau Pinang itu, beliau enggan mendedahkan nama dan identiti mereka."Saya harap tidak ada pihak yang menggangu jawatankuasa siasatan dan tidak ada spekulasi dan andaian sebelum jawatankuasa membuat keputusan," katanya.Katanya, beliau berharap jawatankuasa tersebut dapat membuat penyiasatan dengan seadil-adilnya.Dilaporkan bahawa exco AMK itu membuat aduan kepada presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail berhubung isu berkenaan tetapi tiada tindakan diambil terhadap pemimpin yang berkenaan.

Artikel Berkaitan:
MACC digging up info on dodgy dealings by Penang PKR duo

Gobind suspended one year from Parliament


(The Star) - Puchong MP Gobind Singh Deo has been suspended from Parliament without allowance and benefits for one year for alleging that Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was involved in a murder case and for contempt against the Speaker.
Parliament Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia made the decision on Monday after the matter was put to vote and a majority of MPs were in favour of suspending Gobind Singh.
On Thursday, Gobind Singh was ejected from the House for the third time when he kept on speaking about Mongolian Altantuya Shaariibuu’s murder case although the chair had ordered him to stop.
Deputy Speaker Datuk Ronald Kiandee ruled that it was sub-judice to talk about a case that was pending in court.
The outburst occurred after Najib had finished replying to points raised during the debate on the mini budget.

EARLIER REPORT
THE House is debating a motion from the Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz to suspend Puchong DAP MP Gobind Singh Deo for 12 months.
The motion also seeks to suspend Gobind's allowance and any monetary perk that he is entitled to as a Member of Parliament.In moving the motion this morning, Nazri told members, Gobind had on March 12, while debating the Supplementary Supply (2009) Bill 2009 at the committee stage, claimed that deputy Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak was involved in a murder case.Nazri said Gobind had had uttered insulting words at the chair as he was going out of the chamber, after being instructed to leave by deputy speaker Datuk Ronald Kiandee. "The statements made by Puchong (Gobind) are serious charges. It impinges on the right and privilege of a member. It is an insult to the House," he told members to table thumping from backbenchers and jeers from the opposition.The motion is expected to be carried by the House as the Barisan Nasional has the majority in the House.Gobind Singh, over the next 12 months, stands to lose an estimated RM156,000 in allowances and perks.An MP's basic allowance works out to about RM6,000 and after you factor in the perks, it comes to about RM13,000 a month. The allowance is not taxable.The 180cm Liverpool fan is married with three children - four-year-old son Aydn Singh Deo; and identical twins Keeshan and Kayden, who are 18 months old.Since his arrival in the Dewan Rakyat Gobind has succeeded in emulating his father, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) in one resepct - getting suspended.He has earned a reputation in the House for active participation, particularly in matters related to the judiciary, the bar and his constitutency, Puchong.Last Thursday, he was thrown out from the chamber for the third time in his young parliamentary career for being rude to the Chair.Prior to that, he was ejected from the House on July 1, 2008 and Nov 12, 2008.On July 7: Gobind was suspended from the Dewan Rakyat for two days following an exchange of words with Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia over opposition stalwart Datuk Seri Anwar Ibrahim seeking refuge in the Turkish Embassy after allegedly receiving death threats.On Nov 25: Gobind was suspended for two days when he told deputy speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar that he was biased in ruling that Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz need not be referred to the Privileges committee over a statement he had made in the House.Gobind's father Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) had claimed that Nazri misled members on the 1988 judicial crisis Nazri said that three of the judges were never sacked, but were told to go on early retirement. He later told reporters that the three judges were in fact sacked, but were given a pension following a request by the Yang di-Pertuan Agong to the chief secretary to the government. - NST
Related articles:

Anwar Ulangi Tak Mengaku Salah, Bicara Mulai 1 Julai ini

10/03/2009 12:45pm
KUALA LUMPUR 10 Mac – Ahli Parlimen Permatang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan ketika kes itu disebutkan untuk ditetapkan tarikh perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini.

Beliau dengan nada keras mengulangi kata-kata bahawa pertuduhan itu satu fitnah jahat dan minta dibicarakan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan perbicaraan kes Anwar mulai 1 hingga 24 Julai depan.

Tarikh itu diputuskan selepas kes dipindahkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Rozana Ali Yusoff ke Mahkamah Tinggi kira-kira pukul 10.22 pagi ini. Rozana membuat keputusan itu bagi pihak Hakim S.M. Komathy Suppiah yang sepatut mendengar sebutan kes itu sedang bercuti.
- Utusan

The Two Anwars



My sister said, "American politics is driven by personality, Malaysian politics is driven by gimmicks." Anwar is a big personality all right - but his career as an opposition leader has been one long string of gimmicks. Pakatan doesn't need him as a figurehead.-Hwa Shi-Hsia Posted: 11 Feb 09 : 10.37AM in the NutGraph

The Pakatan Rakyat is actually the embodiment of two Anwars.

The first Anwar is the man who says "anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Dayak, anak Kadazan, anak saya". He vows to end poverty and ethnic divisions. His idealism may be traced back to his university years and is widely believed to have been rediscovered and reinvigorated after his six years in jail. This is Anwar the idealist.

The second Anwar is the man who was Mahathir's loyal lieutenant in the dark years of 1987 and 1988. Using money and the media, this Anwar ousted the late Tun Ghafar Baba in Umno. This Anwar orchestrated the downfall of Sabah's democratically-elected state government in 1994. This is also the man who hypnotised half the nation — including leading opinion leaders — with his 16 Sept 2008 scheme and who proposed the restoration of royal immunities. This is the man who has mastered and still plays the devil's game. If you like, this is the Machiavellian Anwar.

Anwar is the combination of two Anwars. Pakatan Rakyat's success has been built on the combination of these two Anwars. Without the first's idealistic vision, Pakatan Rakyat would not have won the hearts and minds of many. Without the second's devilish cunning, many would argue, Pakatan Rakyat would have already vanished by Umno's hand.

Perak is the battle between the Machiavellian Anwar and the BN's one-party state machine. The victory of Datuk Seri Najib Razak — the other arch Machiavellian, if you will — rightly angered and frightened many. At the time of writing, dominoes from Perak threaten to fall on Kedah and perhaps Selangor soon.

If Najib consolidates his gains, will Malaysia's third wave of democratisation — after near misses in 1990 and 1999 — be reversed back to pre-1999 levels? Even if the Machiavellian Anwar succeeds in playing the same game in Negeri Sembilan and later Putrajaya, will Malaysia really be free from Umno's dirty state craft? After all, this is the craft that Machiavellian Anwar learnt well from his long career in Umno.

Karpal is asking us to throw both Anwars out. I think we need to keep the appeal of Anwar the idealist. But we need to look for a clean, working replacement for the Machiavellian Anwar's means.

By Wong Chin Huat editor@thenutgraph.com. Read full article at the NutGraph.

Have Things Changed One Year Later?

From: malaysiatoday.net
Posted by admin
Sunday, 08 March 2009 19:42
One year has passed since the electoral "tide of change" swept through five states in various parts of the country. Have things changed for the better?
Maybe it is still early to tell. But the general feeling is that not many significant changes have taken place in these five states as far as development is concerned.
There was a celebration of sorts at Padang Kota Lama here Saturday night, with Penang Chief Minister Lim Guan Eng taking centre-stage.
A year ago, he and a few others, mostly first-time state assemblymen from DAP, PKR and PAS, swept to power, much to their own surprise.
And Lim, also known as "Mr Opposition" and was once thrown into jail because of an offence under the Sedition Act, also became the person in charge of the state government.
Guan Eng did not fail to mention his sharp turnaround in fortunes last night to the applause of many supporters.
Besides Penang, the loose DAP-PKR-PAS coalition front also unexpectedly swept to power in Kedah, Perak and Selangor while maintaining power in Kelantan.
However, the DAP-PKR-PAS state government in Perak collapsed last month, just one month short of its first anniversary after three of its state assemblymen--two from PKR and one from DAP--decided to become independents and pledged their support for the Barisan Nasional (BN).
For politicians from both sides of the political divide, it is obvious that they will look from different perspectives when talking about the change that has taken place in these states.
For the opposition in these states--that is the BN--the performance of some of these state governments under the DAP-PKR-PAS coalition is still much debated.
BN politicians say they do not see major changes or major breakthroughs in these states despite their much-publicised pledges and initiatives to do so in the past one year.
"They have made many allegations but these are unsubstantiated. Of course they have made some advancement as well in terms of assessment collection. But this is not new as there had been some advancement in such collection previously but we never publicised it," said Gerakan secretary-general Teng Chang Yeow.
Chang Yeow, the former Penang state executive councillor in charge of tourism development and environment, said that with the tight budgetary environment, the Penang state government should find new ways to generate more revenue by now--such as utilising the local councils.
However, till now, he said, he had yet to see such efforts being made except for the efforts by the current state government continuing with the previous state government's policies.
For the others, the only change and notable achievement the current government has managed to project is that "the Penang state government is Lim Guan Eng." Period.
"Although he (Guan Eng) has state executive councillors, to the (grassroots) people the state government is Lim Guan Eng. I don't see much delegation of power and this has raised another perception--whether these people (DAP, PKR and PAS politicians) are playing any significant role in government," said Penang Gerakan chairman Datuk Dr Teng Hock Nam.
Dr Teng, a former state executive councillor himself, said the only strategy that they (DAP-led government) have implemented is to give the impression that the chief minister goes to almost all functions--sometimes 10 to 12 functions in a day with press coverage.
"This definitely takes up a lot of time and energy. As the chief minister as well as Bagan MP, I do not know how they manage the state.
"I do not know how the chief minister is able to settle down, plan and strategise solutions to problems faced by the state at this time. To him, making more statements and publicity are the main consideration," he claimed.
For political analysts, the DAP-PKR-PAS coalition state governments should not delay "upgrading work" after they have completed their "clean-up operations" in the last general election.
"What I have yet to see is any major plan or design on how to help the states that they have control over to overcome the current economic downturn. I have yet to see such a comprehensive plan. How will the people in these states get through the economic difficulties?" said Dr Oh Ei Sun, a political analyst.
Dr Oh argued that getting the economic comprehensive plan was important as many people faced the prospect of losing their jobs in the current economic situation and business environment.
He noticed that the performances in the DAP-PKR-PAS-controlled state governments varied. In Selangor, for example, the local governments seemed to have done quite well but the same cannot be said for Kedah.
However, as pointed out by Chang Yeow, whatever said and done about the DAP-PKR-PAS-controlled states, the public seem to have "tolerated" their shortcomings as public opinion towards the BN had been unfavourable since March last year in view of the latter being perceived as "abusive and corrupt."
"Whatever we did, whether it was right or wrong, we had been affected by such perceptions. They (DAP-PKR-PAS coalition) are always being pictured as raw and should be given a chance. However, anything they say about BN is usually unfavourable.
"People allow them (DAP-PKR-PAS coalition) to make mistakes because of BN's perceived image being bad. BN has to change in the shortest time possible to counter this. This has got to be corrected," Chang Yeow added.
Penang DAP chairman Chow Kon Yeow believes there is still much political goodwill by the people towards the DAP-PKR-PAS coalition.
"We are aware people are placing high hopes on us. They do criticise us and we are open to that.
"For us, the biggest challenge is how to mobilise the people to be with the state government to do all these planned changes," said Chow, who is also the state executive councillor in charge of Local Government, Traffic Management and the Environment. (Bernama)

Related Articles:

Unfinished Business- One Year Later
http://anilnetto.com/

8 March 2008: An analysis a year later
http://bigdogdotcom.wordpress.com/

Pakatan Rakyat's Double Standard?
Freedom of Association

Setahun bersama Kerajaan Pakatan Rakyat
WanitaKeadilan

ADUN PAS Perak Makan Komisyen Balak?

Satu komen dalam blog penarikbeca di bawah posting 'berubahlah persepsi aku terhadap melayu'

"Saya nak buat aduan berkenaan sikap Adun Titi Serong Idham Lim yang telah delete pertanyaan saya dua kali berkenaan sms tersebar di Ipoh yg memberitahu ada Adun Pas Perak yang sudah makan duit haram komisyen balak. Saya tanya siapa Adun PAS itu tapi YB ini delete dan saya mula rasa ragu dengan YB ini. Minta pertolongan sdr penarek beca bongkar isu ini. sms tu kata antara faktor kerajaan PR jatuh di Perak bukan disebabkan Adun PKR 2 ekor tu saja. Tapi juga seorang Adun PAS Perak yang makan duit haram komisyen balak"- Anonymous

Anda boleh rujuk di:
http://penarikbeca.blogspot.com/2009/03/berubahlah-persepsi-aku-terhadap-melayu.html

Setahun sejak MAC 2008 -Kelam Kabut Kerajaan-kerajaan PR

Kerajaan PR Kedah- PAS

EXCO PKR V. Arumugam letak jawatan Exco dan ADUN Bukit Selambau.
Exco PKR ini telah meletak jawatan Adun dan Exco yang membawa kepada Pilihanraya Kecil Dun Bukit Selambau pada 7 April 2009. Beliau telah meletak jawatan berikutan kisah dirinya yang yang berkahwin dengan isteri orang telah diketahui umum berikutan laporan yang dibuat oleh isterinya yang pertama. Beliau dikatakan telah mengahwini isteri keduanya mengikut adat Hindu, dan difahamkan isteri keduanya ini masih didaftarkan sebagai isteri orang lain pada masa itu. Perlakuan ini adalah salah di sisi undang-undang. Hal ini menjadi heboh apabila beliau telah membawa 'isteri haramnya' ini ke majlis-majlis rasmi kerajaan yang turut dihadiri DYMM Sultan Kedah. Ironinya, beliau terus menghilangkan diri setelah menghantar surat perletakan jawatan kepada Sultan dan MB Kedah. Sebelum itu beliau juga membuat laporan polis mengatakan beliau dan keluarganya telah diugut oleh agen-agen BN untuk melompat parti.
Kerajaan PR Pulau Pinang- DAP
Macam-macam hal di Pulau Pinang.
Timbalan Ketua Menteri1, Fairus Khairuddin yang juga Adun Penanti mewakili PKR. Beliau dituduh terlibat dengan rasuah oleh Ketua AMK Kepala Batas Amizudin Ahmat yang mendakwa mempunyai bukti kukuh salah laku tersebut. Fairus dituduh bersama seorang lain menerima rasuah dari pengusaha-pengusaha kuari yang telah diambil tindakan oleh MPSP. Sejak memegang jawatan TKM1 seramai 7 orang pegawainya telah samada meletak jawatan atau dipecat oleh beliau. Mereka yang meletak jawatan mendakwa bahawa Fairus tidak menjalankan tugasnya sebagai TKM1. Beliau didakwa sering tidak hadir mesyuarat dan majlis yang beliau setuju untuk hadir termasuk Mesyuarat EXCO kerajaan negeri. Beliau juga didakwa jarang turun padang untuk menyelesaikan masalah pengundi. Beliau juga jarang hadir ke pejabat, dan jika hadir sekalipun selalunya lewat. Ironinya, semua masalah yang ditimbulkan beliau diketengahkan oleh orang-orang PKR sendiri. Malah Anwar Ibrahim, yang memilih Fairus untuk jawatan TKM1, pernah menasihati beliau untuk berubah. Terbaru, potfolio Agama yang sebelum ini dipegang oleh Fairus telah dipindahkan kepada Malik Kassim@Malik Itik kononnya untuk meringankan Fairus yang memegang terlalu banyak potfolio. Sebelum ini juga Fairus digugurkan dari Perhubungan PKR negeri atas alasan untuk memberi ruang kepadanya menumpukan perhatian terhadap pentadbiran negeri.
DAP pula melancarkan kempen jualan majalah ROKET oleh rakyat miskin. Kempen ini kononnya untuk membantu menyelesaikan masalah kemiskinan di negeri ini. Ketua Menteri Lim Guan Eng telah bercakap besar apabila mula menerajui kerajaan negeri pada Mac 2008 dengan berkata bahawa kerajaan negeri akan menghapuskan kemiskinan di Pulau Pinang dalam tempoh setahun. Masalah Kemiskinan di negeri ini masih belum selesaikan bahkan belumpun ada inisiatif yang membawa ke arah itu oleh kerajaan negeri. Masalah kecil membuka akaun bank dijadikan alasan kegagalan program tersebut. Sejak memerintah setahun lalu, tidak banyak pembaharuan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, bahkan NGO-NGO di Pulau Pinang telah mengemukakan bantahan terhadap kerajaan Negeri. Janji kerajaan negeri untuk memberi peluang kepada wakil-wakil NGO dalam Majlis Kerajaan Tempatan juga tidak dipenuhi. EXCO Pelancongan pula didakwa memalukan kerajaan negeri di Australia kerana tidak fasih berbahasa Inggeris oleh pengusaha-pengusaha industri pelancongan.
Kerajaan PR Perak- Boneka DAP Pimpinan PAS
Kerajaan ini tidak sempat pun bertahan setahun. Hanya mampu bertahan 10 bulan lebih sahaja. Kerajaan yang diterajui oleh MB PAS Nizar Jamaludin runtuh apabila dua EXCOnya dari PKR dan Timbalan Speaker dari DAP mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas dan menyokong Barisan Nasional. Akibat dari tindakan tersebut BN telah mendapat perkenan Sultan Perak untuk menubuhkan kerajaan baru dan Dr Zambry Abdul Kadir telah mengangkat sumpah sebagai MB Perak yang baru.
Sebelum dari ini, Kerajaan PR Perak telah dikejutkan apabila dua orang EXCOnya ditahan BPR kerana rasuah. Kes ini telah disebut di mahkamah. Manakala seorang Ahli Majlis kerajaan tempatan mewakili PKR telah ditahan kerana menerima rasuah seks. Beliau yang ditangkap membuat pengakuan menerima rasuah tersebut, mendapat servis pelacur China di Pulau Pinang dan wang untuk kelulusan satu projek bersama-dua exco tersebut dan dua orang lagi, juga ahli PKR.
Keputusan penuh kontroversi yang membangkitkan kemarahan orang Melayu, Kerajaan Negeri PR berhubung pemberian pajakan 999 tahun tanah kampung baru-kampung baru turut mengundang kritikan Raja Muda Perak. Kerajaan PR beralasan bahawa kelulusan ini akan memberi pulangan kewangan kepada kerajaan. Ramai melihat Nizar gagal menjaga kepentingan Melayu dan tunduk kepada Ngeh dan Nga dari DAP yang berpengaruh ke atas kerajaan negeri.
Apa yang lebih memeranjatkan ialah tindakan-tindakan Pakatan Rakyat terhadap Institusi Raja Melayu di Perak. Bermula dengan isu perlantikan menteri besar pada Mac 2008 lagi. DAP yang mempunyai lebih kerusi dalam Pakatan Rakyat yang terbentuk selepas PRU12 mendesak agar dilantik wakilnya sebagai MB Perak. Desakan ini terhalang oleh Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang hanya melayakkan Melayu Islam sebagai MB. Perlantikan MB tertangguh. Atas titah DYMM Sultan Perak, PR bersetuju untuk wakil PAS, Nizar menjadi MB. Majlis angkat sumpah Nizar telah diboikot oleh beberapa wakil DAP manakala Majlis angkat sumpah EXCO dicemari oleh mereka-mereka yang enggan memakai songkok. Satu perlakuan biadab terhadap Sultan Perak. Isu pemecatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak oleh MB, memulakan episod Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Perak apabila Sultan menitahkan agar Pengarah JAIP dikekalkan. Sejak ini bermulalah krisis kerjaan negeri dengan Sultan Perak. Penderhakaan PR terhadap Sultan Perak memuncak apabila Sultan Perak tidak memperkenan permohonan pembubaran DUN Perak oleh Nizar setelah beliau hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN. Sebaliknya Sultan Perak telah menitahkan Nizar meletak jawatan MB dan kerajaan PR dibubarkan.
Rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas dari ini adalah sesuatu yang memeranjatkan dan memalukan seluruh negara. Nizar masih mengaku dirinya masih sah sebagai MB sehingga ke hari ini walaupun telah dititahkan oleh Sultan Perak untuk meletakkan jawatan atau jawatannya dianggap terlucut.Beliau telah diarahkan untuk mengosongkan pejabat dan memulangkan kesemua harta kerajaan. Beliau menunjukkan kedegilannya dengan hadir ke pejabat setelah Dr. Zambry mengangkat sumpah jawatan MB. Beliau tetap tinggal di Kediaman Rasmi MB Perak dan menggunakan kenderaan rasmi MB. Beliau juga mengadakan mesyuarat EXCO Kerajaan Negerinya kerana beliau tidak mengiktiraf kerajaan Negeri BN yang dilantik Sultan, bahkan mempertikaikan kuasa Sultan melantik kerajaan baru. Karpal Singh timbul semula dengan ancaman unutk menyaman Sultan Perak atas tindakan melantik kerajaan baru BN.
Majlis Angkat Sumpah MB di Kuala Kangsar dicemari dengan insiden yang memalukan dan mendukacitakan oleh penyokong-penyokong PR terutamanya penyokong Nizar-PAS. Kenderaan diRaja telah ditendang dan dibaling dengan batu, penyokong berbaring di atas jalan menghalang kenderaan yang memasuki istana termasuk kenderaan Raja Muda,dan pelbagai lagi tingkahlaku biadab terhadap Sultan.
Nizar telah mengosongkan kediaman rasmi MB tetapi masih lagi menyimpan Toyota Camry kereta rasmi MB kononnya sebagai lambang kerajaan yang sah dan beliau masih MB yang sah.
Dr Zambry dan 6 Exconya telah digantung selama 18 bulan dan 12bulan oleh Speaker Sivakumar kerana dituduh menghina DUN apabila mengangkat sumpah MB dan EXCO. Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang dianggap telah meletak jawatan oleh Speaker apabila mereka mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil bebas. Ini berdasarkan kepada surat perletakan jawatan tanpa tarikh mereka yang dikemukakan kepada beliau oleh PKR dan DAP walaupun dinafikan oleh Adun-Adun terlibat. Sivakumar mengumumkan akan memanggil sidang DUN pada April 2009 dan akan menulis kepada Sultan untuk mendapatkan perkenan namun secara mengejut memanggil sidang Tergempar DUN pada 3 Mac 2009 tanpa mendapat perkenan Sultan terlebih dahulu untuk meluluskan 3 usul.. Sivakumar juga menghalang Dr Zambry dan 6 Exconya dan juga tiga Adun Bebas dari menghadiri persidangan tersebut. Bagaimanapun mereka dihalang dari mengadakan persidangan di Bangunan SUK. Sivakumar kemudiannya mengadakan persidangan tergempar di bawah pokok berdekatan dengan Bangunan SUK dan persidangan meluluskan 3 usul tersebut. Kesemua 27 ADUN PR menghadiri sidang bawah pokok itu. Nizar yang menganggap dirinya MB sedang berusaha untuk menghadap Sultan Perak untuk mempersembahkan 3 usul tersebut untuk mendapat perkenan Sultan antaranya membubarkan DUN.
Dalam masa yang sama, Nizar menfailkan saman terhadap Dr Zambry di mahkamah untuk mendapatkan penghakiman beliau masih MB Perak. Kesnya telah dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan untuk didengar. Repot polis dan SPRM telah dibuat terhadap Sivakumar. Dr Zambry telah menfaikan saman untuk perintah injunksi terhadap Sivakumar dari mengadakan sidang DUN dan mahkamah telah membenarkan injunksi tersebut. Dr Zambry dan 6 Exconya juga menfailkan saman terhadap Sivakumar atas tindakannya menggantung mereka manakala 3 ADUN bebas juga menfailkan saman terhadap Sivakumar untuk perintah mereka masih ADUN yang sah dan membatalkan keputusan Sivakumar.
Pelbagai pihak telah memberikan reaksi dan komen yang pelbagai.

Lagi Cerita Fairuz, Saya TKM1!


Ini adalah sebahagian cerita-cerita mengenai ketidak tanggungjawaban seorang timbalan ketua Menteri Pulau Pinang dari PKR. Artikel-artikel dipetik dari laman-laman berkenaan. Blog khas mengenai Fairuz di alahaifairustkmpenang.blogspot.com.



Fairus 'corner' 360 darjah, salahkan Setiausaha Sulit



Kira-kira jam 8.40 pagi, Isnin 9 Februari, Timbalan Ketua Menteri 1 Mohammad Fairus Khairuddin menelefon Setiausaha Sulitnya, Muhammad Juraimi Awang memberikan arahan tegas - pecat serta-merta pegawainya Zainal Abidin Saad dan tidak membenarkannya memasuki pejabat.


Arahan itu dikeluarkan setelah Fairus nekad memecat Zainal yang dianggap gunting dalam lipatan kerana menyalurkan maklumat salahlakunya kepada Ketua Umum Anwar Ibrahim. Fairus anggap Zainal mengkhianati dirinya.Fairus tiba di pejabatnya jam 11 pagi dengan muka amarah, kemudiaannya menghadiri mesyuarat.Sementara Zainal yang juga Pengarah Kadun Penanti tiba di pejabat sekitar 12 tengah hari selepas membereskan beberapa tugas di kawasan Penanti.Zainal adalah mangsa Fairus yang ke-7. Sebahagian yang lain sama ada dipecat atau meletak jawatan.Dia sebelum itu, bercuti selama seminggu selepas mengetahui Fairus tidak akan menyambung kontrak kerjanya yang tamat pada Mac depan.


Setelah mendapat nasihat daripada Anwar, Zainal kembali ke pejabat meskipun hatinya begitu berat untuk berbuat demikian.Sebaik tiba di mejanya, membelek beberapa fail, Juraimi yang juga rakan sepermainan Fairus sejak kecil, menghampiri Zainal. "Bang Non, saya tidak sampai hati nak bagitau. YB telah telefon saya untuk bagitau yang YB telah pecat Bang Non serta-merta dan meminta serahkan kad pegawai. Bang Non boleh ambil fail-fail peribadi, tapi fail-fail pejabat tinggalkan di sini," ujar Juraimi.

Zainal yang agak terkejut dengan arahan tersebut, berkata, " Ok, tapi kalau dia ( Fairus ) nak kad pegawai, suruh dia jumpa aku. Aku akan lawan dia di Penanti."


Zainal kemudiannya menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) kepada Anwar memaklumkan pemecatannya.Sejurus kemudian, Anwar menghubungi Zainal dan memaklumkan yang beliau akan menelefon Fairus. Difahamkan ketika mendapat panggilan Anwar, Fairus gelabah beruk. Dalam penjelasan kepada Anwar, Fairus bermatian menafikan dia mengeluarkan arahan memecat Zainal serta merta. Fairus menyalahkan Setiausaha Sulitnya, Juraimi Awang yang kononnya telah bertindak di luar arahan dan tanpa pengetahuannya. Kini, bagi melindungi 'kesilapannya' Fairus menjaja, kononnya dia tidak memecat Zainal, sebaliknya hanya tidak menyambung kontrak kerjanya yang tamat Mac depan. Selepas 'dibelasah' Anwar, Fairus cuba berulangkali menghubungi Zainal. Tidak kurang daripada 11 kali berserta sms dihantar kepada Zainal. Hanya sekali Zainal menjawab panggilan Fairus,


" Buat kat saya macam ni, ingat saya ni binatang ke, saya ni orang tau tak," jerit Zainal.


Fairus cuba berbaik dan memohon maaf.


"Tidak ada maaf-maaf, la aku nak fikir macamana nak cari makan untuk anak-anak aku selepas ni," tegasnya.

Pecat pegawai ke-7, Fairus beri kata dua kepada Anwar

Mengambil kesempatan atas kemelut politik terutamanya, di Perak, Mohammad Fairus Khairuddin menunjukkan belangnya, memecat pegawainya yang juga 'orang kanan' Anwar Ibrahim sambil memberi kata dua kepada pemimpin de facto itu, sama ada memilih pegawai berkenaan atau dirinya.

Pegawai tersebut Zainal Abidin Saad adalah Pengarah Jentera Pilihanraya Penanti, di Permatang Pauh.
"Anwar boleh pilih sama ada saya atau Bang Non (Zainal). Kalau Anwar pilih Bang Non, saya akan letak jawatan."Fairus berkata demikian kepada Timbalan Ketua Bahagian Permatang Pauh Che Mat Hashim, Naibnya Alias Said, Ketua AMK Amir Mohd Ghazali, Timbalan Ketua AMK Afzal Ahmad dan Setiausaha PKR Permatang Pauh Roselai Muhamad yang menemuinya di kediamannya di Guar Perahu, Ahad malam (8 Februari ).
Rombongan berkenaan mengunjungi Fairus selepas menghadiri mesyuarat bahagian yang dipengerusikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah di Yayasan Aman, Penanti. Fairus yang juga Adun Penanti mendakwa, tindakannya itu mendapat restu komuniti Cina, India, pimpinan negeri dan bahagian.
Zainal adalah pegawai ke-7 yang dipecat oleh Fairus dalan tempoh 11 bulan selepas dia memegang jawatan TKM 1. Fairus telah lama berhasrat memecat Zainal, yang dianggapnya sebagai duri dalam daging, kerana disyaki memberikan maklumat tentang salahlaku Fairus kepada Anwar. Namun hasratnya tertangguh, memandangkan hubungan rapat Zainal dengan Anwar dan Presiden Dr Wan Azizah, sejak era refomasi. Bagaimanapun, hasrat tersebut kembali memuncak, apabila Briged Keselamatan Permatang Pauh yang diketuai Zainal terlibat dalam Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru China, yang dihadiri Ketua Umum dan Presiden pada 2 Februari lalu, di Taman Chai Leng. Fairus tidak berpuashati, apabila Zainal mengekalkan bekas pegawai TKM 1 itu- Zulkifli dan Hazri dalam struktur organisasinya.
"Fairus mahu Zulkifli dan Hazri dinyahkan dari politik Permatang Pauh. Bahkan Fairus juga telah berulang kali, mendesak Zainal memecat Zulkifli sebagai Setiausaha Kadun Penanti," jelas sumber.
Bagaimanapun, Zainal tidak mengendahkan arahan Fairus memandangkan kedua-dua mereka adalah teman karibnya yang banyak membantunya di Kadun Penanti.Amarah Fairus semakin memuncak, apabila Hazri yang juga bekas Ketua Penerangan PKR Permatang Pauh, menaiki pentas menyampaikan ucapan ringkas bagi memulakan persembahan klip video- Selamatkan Gaza.
Sementara itu, Fairus juga pernah memberitahu beberapa individu sekiranya dia diambil tindakan oleh parti, dia akan bertindak balas. "Saya akan buat kenyataan media menyatakan saya telah hilang keyakinan terhadap Anwar. Ini kenyataan Timbalan Ketua Menteri, takkan rakyat tidak percaya," jelas sumber yang mengajukkan kembali kata-kata Fairus.
Mohammad Fairus Khairuddin is an Embarassment as Penang Deputy CM: Anwar/PKR Should Now Do the Right Thing Quickly

Read here article by Rahmah Ghazali in Malaysiakini Excerpts: Read here for more in Malaysiakini

SIX(6) members of Penang Deputy Chief Minister Mohammad Fairus Khairuddin resigned for allegedly being unable to work with him, according to Malaysiakini. Among them his Private Secretary, Political Secretary, Press Secretary and Special Officer, because Fairus has an "ATTITUDE PROBLEM". Fairus, 32, a PKR assemblyperson for Penanti, is one of the two Deputy Chief Ministers of Penang. The other deputy chief minister is P Ramasamy from DAP.

Since taking office in March, Fairus has been criticised by many quarters and complaints against him range from:
1. being late for functions and meetings
2. evading field work
3. not having a good relationship with his constituents and state Pakatan Rakyat leaders

PKR chief Anwar Ibrahim had openly advised Fairus to improve his work.

Rezal Huzairi, who had been working with Fairus since March, tendered in his resignation last Monday, because he could not work with Fairus.Another former member of Fairus' administration, who requested anonymity, told Malaysiakini he realised he could not work with the deputy chief minister after only THREE months.

He said,"As a person who worked closely with him, I did everything I could in my capacity, from arranging appointments to meeting constituents. But when I arranged appointments after I got his consent, he would make a last minute decision not to show up. At the end of the day, we are blamed as we are the ones who communicated with the respective people. How long can we stand this? My image has been tarnished because of him and I was even accused of being a traitor. "

Another former officer who also requested anonymity, claimed that Fairus failed to arrange a single meeting with his secretaries and aides since he took office.

"There was not a single meeting with the officers, aides, or his staff. This is not a question of us being jealous because there is nothing to be jealous about in the first place.We would support him if he does his job. We are not merely ‘yes-men' for him." Fairus had said the allegations by his staff of his incompetence were all lies (fitnah), and that he has no problems with members of his administration.

One of them said if Fairus had proof of the lies or fitnah against him, he should lodge a police report. "Please stop accusing and pointing fingers at other people. If your officers resign one after another, the problem does not lie with them, but with you," one officer said. The officers agreed that the deputy chief minister should step down immediately before he makes "more mistakes". Fairus should step down to avoid embarrassing the Pakatan-led states and PKR.

One of the officers advised:
"He has to resign now if he still has some dignity left in him. We would not want him to betray his own Penanti constituents as this would just embarrass (Penang Chief Minister Lim) Guan Eng. It also brings down the image of Islam and the image of Anwar who made him what he is now."

Kes Liwat Anwar ke Mahkamah Tinggi


Oleh KAMARIAH AHMAD kamariah.ahmad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Mac – Pihak pendakwaan memperoleh kebenaran dalam permohonannya untuk memindahkan kes tuduhan liwat yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang membuat keputusan itu mengarahkan supaya kes terhadap Anwar disebut semula di Mahkamah Sesyen pada 10 Mac ini bagi mendapat tarikh perbicaraan di Mahkamah Tinggi.Beliau juga mengeluarkan perintah supaya hakim Mahkamah Sesyen menerima sijil di bawah peruntukan Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah yang telah dilampirkan oleh pihak pendakwa dan memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi bagi membolehkan tarikh perbicaraan ditetapkan.

Ketika membacakan keputusannya, Hakim Mohamad Zabidin menyatakan, hakim Mahkamah Sesyen, S.M. Komathy telah tersilap dalam memutuskan sebagai tidak sah sijil pemindahan kes itu yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Dokumen itu telah dibantah oleh Anwar dengan alasan, Peguam Negara tidak layak untuk terlibat dalam sebarang siasatan atau pendakwaan terhadapnya.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu telah mengikrarkan afidavit bertarikh 22 September 2008 dengan menyatakan satu laporan polis dibuat terhadap Abdul Gani yang kini di bawah siasatan Badan Pencegahan Rasuah (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut menyatakan Perdana Menteri telah membuat kenyataan umum dengan memberi jaminan bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes liwat tersebut. Namun dalam keputusannya, Hakim Mohamad Zabidin menegaskan bahawa Mahkamah Sesyen tidak ada bidang kuasa untuk menentukan sama ada sijil itu sah atau tidak. Menurut beliau, apabila hakim Mahkamah Sesyen membuat keputusan bahawa sijil itu tidak sah, hakim berkenaan sebenarnya membuat satu perintah perisytiharan.

Perintah perisytiharan ini, kata beliau, bererti membatalkan keputusan pendakwaan agar kes itu didengar oleh Mahkamah Tinggi, sedangkan ia hanya boleh diperoleh menerusi perintah certiorari (untuk batalkan keputusan kerajaan). Mengenai jaminan Perdana Menteri bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes itu, Hakim Mohamad Zabidin menyatakan ia perlu dilihat daripada sudut bahawa Anwar tidak akan dianiayai dan bahawa siasatan serta pendakwaan terhadapnya serta juga perbicaraan kes itu akan dijalankan secara adil mengikut undang-undang.

“Takkanlah pula Perdana Menteri hendak dilihat sebagai memberi jaminan bagi satu pihak berkuasa yang layak dan yang diberi bidang kuasa sepenuhnya mengikut Perlembagaan berhubung soal pendakwaan atau hal-hal yang berkaitan,” ujar Hakim Mohamad Zabidin.
Terdahulunya, pada awal prosiding kira-kira pukul 9.33 pagi ini, peguam Sulaiman Abdullah yang mengetuai pihak pembelaan memohon maaf kerana Anwar sepatutnya hadir untuk mendengar keputusan itu. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan cuma menyatakan pihaknya sudah sedia maklum mengenai kehadiran Anwar hari ini.
Anwar, 61, Penasihat PKR dan Ketua Pembangkang di Parlimen, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, pada 26 Jun tahun lalu, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.
Pihak pendakwaan telah memfailkan permohonan untuk semakan dan rayuan terhadap keputusan Komathy yang menolak untuk memindahkan perbicaraan terhadap Anwar ke Mahkamah Tinggi. Komathy membuat keputusan itu pada 7 November tahun lalu dengan alasan bahawa sijil perakuan di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah yang ditandatangani Abdul Gani Patail tidak sah.
Pada akhir prosiding pula, Sulaiman memberitahu bahawa beliau mendapat arahan anak guamnya untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

‘We will only act on solid evidence,’ says Anwar



Sunday March 8, 2009 MYT 6:06:00 PM-mSTAR

PENANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said he will act on allegations of corruption involving two state party leaders only if there is solid evidence.
He said the committee concerned would investigate the allegations by Kepala Batas PKR Youth chief Amizudin Ahmat.

"If there is solid evidence, then I would inform Chief Minister Lim Guan Eng to act," he told reporters after jointly lauching the Penang Free WiFi project with Lim, at the Sunway Cannival Mall in Seberang Jaya here on Sunday.
On Thursday, Amizudin had alleged that two state PKR leaders received bribes from a quarry company.- Bernama

Comment:
Solid evidence my foot! He was given the evidence by Amizudin @ Din Binjai early February but failed to act on the matter. The disgusted Amizudin has no choice but to imposed preassure on party suoremos by making public his allegations. He went through proper party channels and yet no actions were taken. Dumb on the part of Amizudin, thinking actions will be taken by Anwar, especially on allegations against his 'golden boy' Fairuz the Dumbo. As for Zahrain, PKR State Liason Chief, arse licker, he is just another dumb LEMBU in Anwar's herd.


PAS - LEBIH PENTINGKAN POLITIK DARI KESUCIAN AGAMA ISLAM


Posted by Aspirasi Bangsa
http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/
Labels:

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang penuh dengan keberkatan. Pada hari ini umat Islam akan berhimpun dan beribadat kepada Allah SWT.Semalam Sidang Dewan Rakyat bergema, hangat membincangkan soal penggunaan nama Allah oleh agama lain. Semasa Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggulung perbahasan, isu kalimah Allah menyaksikan pertembungan pendapat yang ketara antara dua kumpulan dalam PAS.Kumpulan muda dalam PAS yang dilihat cukup liberal pendiriannya dan kumpulan ulama yang meletakan pensucian agama mengatasi kepentingan kepartian.Ia bermula dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Seri Gading, Datuk Mohamad Haji Aziz meminta penjelasan Zahid pihak manakah yang seharusnya membuat keputusan tentang permohonan agama lain untuk menggunakan nama Allah sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah.Keduanya, beliau memberikan ingatan tentang bahaya jika nama Allah boleh digunakan oleh agama lain kerana dikhuatiri generasi muda Islam pada masa akan datang akan berpendapat dan melihat semua agama adalah sama kerana nama Allah digunakan oleh banyak agama.Malah beliau menegaskan sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini, kalimat Allah tidak seharusnya digunakan oleh agama lain dan ia akan menjadi satu perkara yang mencabar Perakra 11 Perlembagaan Persekutuan jika ia mahu terus digunakan.Namun belum pun sempat Zahid memberikan jawapan, dua Ahli Parlimen iaitu Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) berkata persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah tidak harus timbul kerana berpendapat kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam. Malah beliau memetik ayat Al-Quran menjelaskan mengenai perkara tersebut dan seterusnya menegaskan, larangan pihak lain untuk menggunakan kalimah Allah seolah-olah mencabar kandungan Al-Quran.Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah. Beliau juga menyatakan tidak ada salahnya penganut agama lain menggunakan nama Allah dan larangan mengenainya akan memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama tertutup.Setelah itu Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) turut bangun memberikan gambaran bahawa kini seolah-olah semua pihak telah menerima konsep ‘Tuhan Allah”. Malah katanya, pengalaman beliau melawat kuil dan tokong, penganut agama lain menyebut mereka percaya kepada “Tuhan Allah”.Selain itu juga Khalid dan Dr Dzulkefly menyatakan ia adalah keputusan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS baru-baru ini. Manakala Johari menegaskan padangannya adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PKR.Setelah itu Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangun dan mencadangkan agar Datuk Taib Azamudden Mat Taib memberikan pandangan untuk memperjelasakan perkara berkenaan. Cadangan itu disambut oleh Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang berkata, Taib adalah seorang yang bekas Imam Besar Masjid Negara dan lebih layak memberikan pandangan.Zahid kemudiannya memohon kebenaran Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kemudiannya membenarkan Taib memberikan pandangan beliau.“Saya ini lebih fokus pada pensucian Islam itu sendiri dari kepartian. Terpulang kepada tafsiran orang nak letak kedudukannya di mana,” Taib memulakan penjelasannya.Bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan)“Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.“Allah yang dimaksudkan orang-orang Masihi adalah dan orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam.“Sebab ketauhidan makna Al Ahadiyah dan As Samadyiah itu tidak jadi satu tunggak kepercayaan yang lain daripada Islam sebab itu yang didakwa orang agama lain sedangkan bagi kita, kita tahu Allah tidak ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak,” jelasnya panjang lebar.Sehubungan itu beliau mahu kerajaan memberikan penegasan mengenai perkara berkenaan agar ia dapat mengelakkan kekeliruan dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini. Beliau turut memberikan memberikan pandangan betapa jika kekeliruan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak dijelaskan, dikhuatiri pertembungan yang sengit akan berlaku.“Misal saya katakan, maaf saya pada sahabat-sahabat yang beragama Buddha, Hindu atau agama Kristian. Andai saya bertanya kepada yang agama Hindu, sahabat hendak pergi mana, mereka kata nak pergi sembah Allah, Tanya pula sahabat dari Batu Pahat (Dr Puad Zarkashi) atau Sri Gading (Mohamad Aziz), sahabat hendak pergi ke mana, mereka juga jawab, saya nak pergi sembah Allah.“Ini Allah yang mana? Sebab itu saya lebih suka dalam isu ini, saya menasihati temrasuk diri saya, kalau masalah menyentuh aqidah dan sentuh agama kita tak payah sibuk-sibuk,” ujar beliau.Setelah memberikan pandangan yang panjang lebar, Zahid terus bangun dan menegaskan apa yang dinyatakan oleh Taib itu adalah pandangan yang sama dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung soal penggunaan kalimah Allah.“Apa yang dinyatakan oleh Baling, itu adalah sama dengan pendirian Majlis Faktwa Kebangsaan, apa yang ditegaskan oleh Baling itu, samalah dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam, apa yang disebut oleh Baling itu, samalah dengan pendirian kerajaan,” ujar Zahid.Walaupun Dzulkefly dan Khalid cuba bangun untuk memberikan penejlasan mereka lagi, namun tindakan tersebut disampuk dengan teguran beberapa Ahli Parlimen lain. Antaranya kedengaran yang berkata, “cukuplah dengan penjelasan Baling, beliau ahli dalam bidang itu.” "Ini bukan politik tetapi kesucian agama "Terbukti sekali lagi - ramai ulama celup dalam PAS.

Taib Azemuddin Jelas Penggunaan Nama Allah

Posted by Raduan Md Taib

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Dewan Rakyat Khamis diberitahu bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) orang Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.Taib Azamudden Mat Taib (PAS-Baling) berkata ini kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.Taib Azamudden, yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara berkata demikian setelah Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta beliau memberi penjelasan mengenai isu penggunaan nama Allah, yang agak hangat dibincangkan oleh beberapa anggota Dewan Khamis.Ahmad Zahid, yang ketika itu menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih titah ucapan diraja, kemudian berkata penjelasan oleh anggota Parlimen Baling itu selari dengan pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan.Terdahulu ketika membincangkan isu itu, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) memberi pendapat yang berbeza.Dr Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan nama Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.

RT: Jelas ada kalangan pemimpun Pas ingin menyokong penggunan nama Allah oleh bukan Islam untuk tujuan politik jangka pendek mereka.Ini nampak ada percanggahanpercanggah pendapat antara wakil rakyat Pas mengenai isu ini. Taib Azemuddin (bekas Imam Besar Mesjid Negara) (Pas Baling) memberi penjelasan bahwa nama Allah berdasarkan tauhid Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Ini adalah selari dengan pegangan kerajaan, Jakim, dan Majlis Fatwa.Sementara Dr Dzulkifli (Pas Kuala Selangor) dan Khalid (Pas Shah Alam) dan terdahulu Nik Aziz MB Kelantan berpendapat ia di bolehkan.Kita berharap Nik Aziz, dan setengh pemimpin Pas tidak menggunakan isu nama Allah untuk tujuan politik. Ia jelas bertentangan dengan keputusan Jakim dan Majlis Fatwa.Yang rugi nanti ialah pertubuhan Kristian akan menggunakan nama Allah untuk Jesus untuk menyesat dan memurtadkankan muda-muda Islam nanti.Sanggupkah pemimpin Pas ini membuka ruang kepada mubaligh Kristian dan sterusnya menanggung dosa membantu orang Islam menjadi murtad angkara tindak tanduk mereka yang berfikiran politik jangaka pendek.Diharap pemimpin Pas ini akan muhasabah diri. Masih belum tersebut. Nasi belum jadi bubur.

Isu Perak : Satu Penjelasan


Dipetik dari : http//:www.lawyer-kampung.blogspot.com

Persoalan2 yang saya ajukan adalah;

Apa kah Standing Order itu undang2atau undang2 subsidiari sahaja? Jika bukan, apakah undang2 subsidiari (anak-anak Undang2)boleh mengatasi keputusan dan perlantikkan yang dibuat oleh Sultan dibawah Undang2 Tubuh Negeri (State Constitution) dengan menggantungkan EXCO baru dan menghalang mereka dari menjalankan tugas?Siapa yang Tuanku di Perak - Speaker DUN atau Sultan Raja Azlan Shah?Siapa ketua eksekutif tertinggi di negeri Perak. Sultan atau Speaker DUN?Adakah Dewan Undang Negeri milik Speaker?Adakah Speakar mempunyai kuasa melantik dan memecat Setiausaha DUN? Atau itu adalah kuasa Ketua Setiausaha Negeri?Inilah masaalahnya jika Standing Order tidak dibaca dengan menyeluruh dan tanpa memahami akan kedaulatan dan ketuanan Sultan apabila menelaah apa yang termaktub dibawah Undang2 Tubuh Negeri Perak (atau mana-mana negeri) dan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri tentang kedudukan dan keistimewaan Pemerintah (Ruler).Perlu faham bahawa Sultan Raja Azlan Shah bukan sahaja Tuanku dinegeri Perak bahkan adalah salah seorang ahli Majlis Raja-Raja (atau Majlis Pemerintah2) bagi Persekutuan Malaysia. Malaysia adalah sebuah persekutuan (Federation) hasil gabungan negeri-negeri Tanah2 Melayu yang berdaulat dibawah Tuanku2 masing-masing. Inilah yang Dato Seri Nazri Aziz, Menteri di JPM baru-baru ini mengatakan "Malay Lordship" bukannya "Malay Supremacy". Lebih tepat jika disebut "Ketuanan Raja-Raja". Inilah sejarah Malaysia dibentuk atas muafakat dan sepakat Raja-Raja Tanah Melayu.Bersekutu dan Tidak Bersekutu.Maka bagi Persekutuan Malaysia, kuasa exsekutif tertinggi (Fasal 39) terletak pada kuasa Yang DiPertuan Agung selaku wakil kepada Majlis Raja-Raja (Majlis Pemerintah2). Saya ada terdengar diTV3 tidak beberapa hari yang lepas, Dr Marzuki, pensyarah Sains Politik diIIUM disebuah persidangan menyebut dibawah Fasal 10 Undang2 Tubuh Negeri Perak, Sultan Perak adalah Ketua Exsekutif Tertinggi bagi Negeri Perak.Apakah seorang guru besar sekolah berkuasa mengenepikan dasar dan ketentuan Menteri Pendidikan? Apakah Yang DIpertua Persatuan Ibu Bapa Guru berhak mengatasi ketetapan Guru Besar Sekolah itu sendiri?Contoh selanjutnya, Police Standing Order (Peraturan Tetap Polis) yang bukan Undang2 tidak boleh mengatasi Undang2 Kanun Prosedur Jenayah. Begitu juga, sebuah Standing Order DUN, tidak boleh disegi Undang2 membelakangkan kuasa dan keputusan Sultan yang dibuat dibawah Undang Tubuh Negeri Perak iaitu, (i) tidak membubarkan DUN, (ii) menghendaki MB Dato Seri Nizar dan EXCOnya mengemukakan perletakkan jawatan, dan kemudiannya (iii) melantik MB baru Dato Dr Zambri dan Exconya. Sementara menunggu keputusan mahkamah, speaker DUN tidak berhak bertindak seolah-olah dia adalah ketua eksekutif dinegeri Perak bertentangan dengan Undang2 Tubuh Negeri Perak mahupun bertindak seperti Hakim Besar Malaya dengan mendahului Mahkamah dengan mengesahkan bahawa Dato Seri Nizar adalah MB yang sah bertentangan dengan keputusan Sultan. Bahkan beliau berfahaman mempunyai kuasa `membatalkan’ perlantikkan Sultan pula dengan menggantungkan kehadiran Dato Zambri dan Exconya diDUN sekaligus menghalang mereka dari menjalankan tugas nya. Bahkan kini beranggapan berhak memecat setiausaha DUN pula.Sivakumar bertindak seolah-olah dialah ketua Suruhanjaya Pilihanraya, Hakim Besar Malaya, Ketua Setiausaha Negeri, dan dia juga adalah `Tuanku’ pula di Negeri Perak.Sesuatu Undang-Undang Tubuh Negeri hendaklah ditafsirkan selari dengan Kedaulatan dan Ketuanan Raja-Raja sebagai Pemerintah didalam negeri tersebut. Speaker bukannya lebih berkuasa berbanding Sultan dan speaker tidak lebih dari sekadar pegawai kerajaan. Diperingkat Persekutuan, yang berkuasa adalah Yang Dipertuan Agong selaku wakil Majlis Raja-Raja Konsep Raja Berpelembagaan tidak bermaksud dan boleh ditakrifkan sebagai menafikan Kedaulatan dan Ketuanan Raja itu sendiri. Adalah hak YDPA dalam perlantikan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Ketua Hakim, Peguam Negara, Pesuruhjaya Polis, YDPA jugalah Ketua Tertinggi Angkatan Tentera dan banyak lagi dalam hal-hal yang lain. Apapun, pada akhirnya,persetujuan dan pengendosan tetap milik Raja.United Kingdom hanya mempunyai satu Raja sahaja dan bukan juga sebuah Persekutuan berbanding Malaysia yang merupakan gabungan Raja-Raja Tanah-Tanah Melayu yang masing-masing berdaulat dan Tuanku dinegeri-negeri masing-masing. Mungkin Negara Amiriyah Arab Bersatu lebih banyak pesamaannya dengan Malaysia berbanding United Kingdom. Maka, perlu berhati-hati bila menfasirkan Pemerintah (Ruler) “shall act on advice” sama itu bermaksud hendaklah bertindak atas nasihat ataupun hendaklah bertindak mengikut nasihat? Setelaj merdeka, Tuanku bukan lagi dibawah telunjuk penjajah. Jika masih lagi dibawah telunjuk samada dari Speaker, PM atau Menteri Besar, maka apa gunanya merdeka? Bukankah PM, MB dan Speaker - mereka adalah Pegawai Tadbir kepada Pemerintah? Sejak bila mereka itu berkedudukan sebagai Pemerintah? Fikir-fikirlah dan fahamilah Rukun Negara apabila membuat penafsiran Perlembagaan Persekutuan dan ataupun Undang2 Tubuh mana-mana Negeri.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM


Artikel berkaitan:


 
that certain quarters have tended to ridicule judgments of the courts solely for these judgments having ruled one way rather than the other. For them, the expected outcome defines everything.

If it is not disappointing then it is presumed that the process of the law was not compromised. However, if the outcome is disappointing then it is a given that the process was subverted. This cannot be the right way to look at things as, whatever the case, the process of the law is crucial.-Malik Imtiaz Sarwar