UMNO Permatang Pauh akan hanya mencalonkan satu nama sebagai calon di Penanti, sekiranya BN membuat keputusan bertanding, menurut Dato' Abdul Jalil Abd Majid, Ketua UMNO Pmtg Pauh.
Keputusan ini dibuat setelah Jawatankuasa UMNO Bahagian Pmtg Pauh bermesyuarat mengeni persiadaan menghadapi pilihanraya kecil DUN Penanti.
"Kita hanya mengatur persiapan awal, sekiranya pucuk pimpinan BN membuat keputusan untuk bertanding, kita telah bersedia," katanya.
Siapakah agaknya calon pilihan UMNO Pmtg Pauh? Apakah Dato' Jalil sendiri akan dinamakan sebagai calon di Penanti. Dato' Jalil tewas kepada Fairus dlam PRU lalu dengan majoriti 2219 undi. Sekiranya beliau dinamakan untuk bertanding di Penanti, kekalahan BN menjadi satu kepastian.