Awat La

ABSOLUTE WITH A TWIST

More About Me...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Another Tit-Bit...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc.

Terima Kasih Pak Lah- PM Ke 5

Tun Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia Ke -5
30 Oktober 2003 - 2 April 2009
Pengunduran Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri kelima Malaysia, memenuhi kata-katanya berhubung pelan peralihan yang dipersetujui beliau dan timbalannya. Ianya juga telah menjawab segala spekulasi dan prasangka terhadap pelan peralihan yang telah dicadangkan pada tahun lalu.
Seawal waktu Pak Lah mengambil alih tampuk pentadbiran negara pada 2003, saya telah menjangkakan bahawa Paklah akan menjadi Perdana Menteri untuk paling lama sehingga 2010. Saya juga menjangkakan beliau akan mengundurkan diri dari jawatan Perdana Menteri pada separuh penggal kedua beliau. Telahan saya adalah berasaskan kepada beberapa faktor yang akhirnya menjadi kenyataan, walaupun waktunya berlaku lebih awal.
Era Abdullah Badawi, sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5, memperlihatkan satu pembaharuan kepada lanskap politik dan urustadbir negara.
Pada Pilihanraya Umum 2004, kerajaannya memperolehi kemenangan yang paling besar dalam sejarah politik tanahair. Harapan rakyat untuk melihat beliau membawa perubahan dan kelainan dalam urustadbir negara setelah 22 tahun di bawah Mahathir diterjemahkan kepada sokongan yang hebat kepada beliau dan Barisan Nasional. Pilihanraya Umum 2004 hampir-hampir memupuskan wakil-wakil parti pembangkang di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.
Namun pada Pilihanraya Umum ke-12, Mac 3, 2008, Barisan Nasional di bawah pimpinannya memperolehi keputusan terburuk dalam sejarah pilihanraya negara. Selain gagal mengekalkan majoriti 2/3 di Parlimen, BN juga mengalami kekalahan di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor serta gagal merampas kembali Kelantan. Keputusan buruk ini membawa kepada pelbagai desakan dari dalam BN dan UMNO supaya beliau berundur. Pilihanraya Umum ke-12, juga memperlihatkan kegagalan calon-calon parti komponen mendapat sokongan rakyat. Calon-calon Gerakan dan MIC hampir semuanya kalah. Nasib calon-clon UMNO tidaklah seburuk rakan parti komponen. Keputusan buruk ini dipersalahkan kepada Abdullah Badawi seorang. Keterbukaan beliau dimanipulasi oleh pelbagai pihak sehingga menjadi senjata makan tuan. Walau apa pun yang berlaku rentetan dari keputusan PRU ke 12, ianya sudah menjadi sejarah.
Sebagai rakyat kita perlu melihat kepada pembaharuan yang telah dibawa atau cuba dibawa oleh Paklah. Penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Institut Integriti Nasional antara beberapa inisiatif beliau yang akan mengambil masa untuk membuktikan kejayaannya. Program pembangunan wilayah-wilayah (koridor), NCER, ECER, Wilayah Iskandar Johor dan di Sabah Sarawak adalah projek jangka panjang. Tumpuan kepada pembangunan semula sektor pertanian dan industri berasaskan pertanian adalah bertujuan untuk mempertingkatkan penglibatan Bumiputra dalam kek ekonomi negara. Pembangunan koridor-koridor sebenarnya melindungi hasrat tersirat. Wilayah-wilayah yang akan dibangunkan ini semuanya terletak di kawasan majoriti penduduknya Melayu/Bumiputera. Tanggungjawab memajukan wilayah-wilayah ini diagih-agihkan kepada syarikat-syarikat gergasi berkaitan kerajaan. Satu pendekatan baru. GLC-GLC distruktur semula , diperkasakan. Setiap inisiatif yang diambil, dirancang dan dilaksanakan akan turut mengundang proponen dan exponen.
Saya berterima kasih kepada Paklah atas keberanian beliau untuk memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk lebih bebas bersuara dan menyatakan pendapat. Keterbukaan beliau untuk dikritik dipergunakan seluas-luasnya oleh semua pihak, kawan dan lawan. Nilai-nilai demokrasi dikembalikan kepada rakyat. Beliau menerima segala kiritikan dengan hati yang terbuka.
Terima kasih saya kepadanya atas khidmatnya memimpin negara dan rakyat sebagai Perdana Menteri ke 5 Malaysia.


 
that certain quarters have tended to ridicule judgments of the courts solely for these judgments having ruled one way rather than the other. For them, the expected outcome defines everything.

If it is not disappointing then it is presumed that the process of the law was not compromised. However, if the outcome is disappointing then it is a given that the process was subverted. This cannot be the right way to look at things as, whatever the case, the process of the law is crucial.-Malik Imtiaz Sarwar