Awat La

ABSOLUTE WITH A TWIST

More About Me...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc. Orci at nulla risus ullamcorper arcu. Nunc integer ornare massa diam sollicitudin.

Another Tit-Bit...

Lorem ipsum dolor sit amet, nisl elit viverra sollicitudin phasellus eros, vitae a mollis. Congue sociis amet, fermentum lacinia sed, orci auctor in vitae amet enim. Ridiculus nullam proin vehicula nulla euismod id. Ac est facilisis eget, ligula lacinia, vitae sed lorem nunc.

Kerja-kerja Bodoh Dalam Pas 2- Nik Abduh

Saya menyegerakan penjelasan ini lebih awal daripada niat asal saya untuk menangguhkannya selang beberapa hari lagi. Bagi seorang blogger, adalah sayugia dan menarik untuk memerhatikan tindak balas daripada para pembaca dan masyarakat di luar terhadap apa yang dilontarkannya.

Saya tahu tulisan saya akan masuk akhbar dan menghangatkan dunia blog dan politik. Justeru apabila ia benar - benar terjadi, saya memerlukan sedikit masa untuk melihat, mengukur dan memutuskan sesuatu yang akan lebih mencorakkan apa yang saya inginkan daripada tulisan asal saya. Saya akan gagal jika arus luar menghanyutkan dan memesongkan saya daripada tempat tuju saya.

Saya tidak suka berbicara mengenai arus. Saya tidak beriman dengan arus kerana saya dilarang beriman dengan arus. Kuasa rakyat, Makkal Sakti atau apa nama yang bersifat arus, itu bukan makanan kegemaran saya.

Saya akan berbicara tentang sesuatu yang mencipta arus itu. Saya akan berbicara mengenai angin. Anginlah yang mencipta arus dan gelombang. Saya tidak beriman dengan angin juga. Tetapi saya akan meredah mencari punca angin. Di situ saya menemui apa yang saya inginkan.

Saya menemui Allah. Allah mencipta angin dan Allahlah yang mengarahkan angin mencipta arus dan gelombang. Allahlah tuhan saya. Saya beriman dengan Allah yang satu. Dalam gelombang jenis mana pun, saya mahu tenang. Allahlah sumber ketenangan saya dan seluruh pembaca yang inginkan ketenangan yang benar dan abadi.

Justeru saya tidak akan fana dan luluh dalam gelombang kuasa rakyat atau kemarahan dan ridha rakyat. Rakyat hanyalah mainan pemimpin. Pemimpin adalah angin. Pemimpinlah yang mencetuskan kuasa rakyat dan mengemudi halanya. Dalam kebangunan dan kejatuhan sesebuah negara, pemimpin digunakan Allah untuk menentukan kejayaan dan kehancurannya.

Allah mengarahkan pemuka - pemuka negara melakukan kebaikan dan keadilan. Jika mereka melakukannya, Allah perteguhkan negara tersebut dengan keadilan dan keamanan. Jika pemuka - pemuka itu engkar, malah melakukan kefasiqan dan kezaliman, Allah pasti menghancurkan negara itu sehancurnya. Ia berpindah dari gelap menuju gelap atau lebih gelap lagi.

Saya bercakap mengenai pemimpin. Rakyat perlukan pemimpin yang benar dan jujur. Kemudian dia mesti berani dan amanah. Jika seorang pemimpin mencetuskan arus, maka arus itu biarlah benar, berguna dan dinikmati hasilnya.

Semalam saya dihubungi ayahanda dari Kota suci Makkah. Saya tengah menulis pasal bola sepak dan tahniah saya pada pasukan Kelantan dan Selangor yang telah menyajikan permainan yang bagus dalam perlawanan akhir piala FA.

Saya pastinya tersentak. Saya tahu saja apa isinya perbualan nanti. AlhamduliLlah, ia mengesankan walaupun perbualan hanyalah sekitar dua tiga minit. Saya gembira dihubungi kerana saya dapat menjelaskan beberapa perkara yang saya fikir perlu.

Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama. Saya kata ya, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu.

Pastinya tulisan kedua ini lebih ringan bebanannya. Saya dapat lampu hijau daripada ayahanda. Sebelumnya, saya hanya memohon lampu hijau daripada Allah. Anda akan lihat bagaimana ketenangan mengalir dalam tulisan saya. Saya lebih yakin.

Selang beberapa jam, belum pun saya mula menulis, saya diberitahu bahawa sekumpulan insan sedang bergembira kerana hal Nik Abduh telah selesai. Ayahandanya telah mengarahnya berhenti buat cerita! Saya tersentak lagi. Wah, ada insan yang begitu teliti pekerjaannya sehingga dia tahu isi perbualan saya dengan ayahanda!

Sekarang anda tahu betapa saya sedang menempuh jalan yang sukar. Anda tahu saya perlukan keberanian yang sudah lama saya pohon daripada Tuhan saya. Betapa saya sering menangis memohon keberanian daripada Allah. Mengapa saya harus mendiam diri, takut dan dilanda kecewa sendirian? Dalam blog ini, saya sering menyeru agar jangan bersedih, berani kerana benar dan pelbagai dorongan ugama, tetapi saya sendiri kelu dan bisu di hadapan kebenaran yang mesti saya sampaikan kepada ayahanda. Saya melukut di hadapan pembohongan dan pemalsuan yang dipaksakan ke atas orang yang saya kasihi.

Sehingga saya tiba - tiba diberikan keberanian itu. Ia melanda - landa datang. Allah memperkenalkan saya jalan dan masanya. Saya kenal diri saya. Saya mampu mengesan, dengan izinNya bahawa sesuatu itu daripada nafsu atau daripada suluhan taufikNya. Ini untuk saya dan diri saya. Justeru saya mulakan dengan nama Allah. Anda pun telah membacanya.

AlhamduliLlah, dalam seketika sahaja saya dihujani tahniah. Ia tidaklah mengujakan saya sehinggalah saya menerima ucapa terima kasih daripada seorang yang saya sayangi. Dia guru saya dan guru ratusan ribu ahli PAS seluruh negara. Saya bertanya adakah saya telah mengganggu dan merosakkan jamaah? Jawabannya tidak. Ia dinikmati oleh mereka yang cintakan keharmonian dan para ulama yang saya maksudkan daripada tulisan saya.

Akhirnya, keberanian turut melanda mereka yang faham tetapi takut dan bersimpati daripada kalangan guru dan sahabat saya. Mereka berjanji untuk turut bersama. Saya bersyukur kerana saya sedang mencetuskan keberanian untuk semua. Kekuatan saya bertambah - tambah dan Allah memberikan saya ketenangan yang saya perlukan saat ini.

Anda bacalah komentar para penjengok blog ini. Ia berbaur antara puji dan keji. Inilah suara rakyat. Inilah suara yang saya mahukan setiap pemimpin bersimpati dan bertanggung jawab ke atas mereka. Mereka memuji dan mencela dalam arus yang diciptakan ke atas mereka. Justeru arus mestilah benar agar mereka tiada tertipu oleh pemimpin.

Sekarang masanya saya menjelaskan..

2)

Saya dengan sengajanya memilih perkataan ‘pembantu - pembantu ayahanda’ dan menjadikannya umum. Saya tembak terus kerana saya mahu semua orang kena. Semua mereka yang merasakan masing - masing adalah pembantu ayahanda. Saya mahu mereka bertanya, adakah aku yang dimaksudkan?

Pastinya mereka yang tidak pernah bercakap dan menyumbang idea kepada ayahanda mengenai isu - isu politik yang saya maksudkan akan merasakan mereka terkeluar. Keluarlah anda. Sesungguhnya Allah membalas pekerjaan anda dengan kebaikan yang melimpah daripadaNya.

Saya kenal kebanyakan pembantu ayahanda. Mereka inilah kaki dan tangan ayahanda yang telah banyak menyumbang dan berkorban. Daripada Abang Lah pemandu ayahanda yang telah berkhidmat sedari saya kecil sehinggalah YB Dato Ahmad Yaacob, Timbalan Menteri Besar Kelantan, ada ratusan pembantu ayahanda samada di pejabat PAS Kelantan, di pejabat SUK dan di luarnya.

Saya hormati mereka dan saya tabik mereka. Kerja dan bantuan mereka mengatasi saya. Saya hanyalah seorang anak yang menjadi pembantu dalam soal - soal kekeluargaan. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Setiausaha Akhbarnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah bertanya tahun lepas, di kawasan mana saya mahu bertanding? Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Pegawai Peribadi di DUNnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda akur kerana dia tahu maksud dan bebanannya ke atas saya.

Saya mahu kekal sebagai pembantu di rumah. Saya meyakini kekuatan para pembantu ayahanda di luar. Saya tidak banyak masuk campur walaupun kadang - kala bonda bersungut mengenai beberapa pembantu yang dilihat gagal berperanan.

Kepada mereka saya doakan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Adapun maksud saya adalah para pembantu yang membantu dalam isu politik. Mereka ramai, mungkin berpuluh - puluh. Semua mereka adalah benar dan betul. Kerana jasa merekalah ayahanda jadi perkasa dalam dunia politik Islam dan tanah air.

Pekerjaan bodoh hanyalah satu. Dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Apabila anda memuji saya, ia tak pun meredakan kemarahan saya. Apabila anda memaki saya, ia tak pun memarakkan kemarahan saya. Saya kekal panas sehinggalah ayahanda dibebaskan daripada kerja - kerja bohong, bodoh dan jahat ini.

Ayahanda adalah ayah saya. Darah dan dagingnya mengalir di tubuh saya. Jika anda berjutaan memerangi saya, anda tak akan mampu memisahkan di antara darah dan daging kami. Saya mempertahankan ayahanda sebagaimana saya mempertahankan saya.

Saya enggan melihat kepanasan ayahanda disebabkan pembohongan dan pemalsuan. Saya enggan melihat mendung di langit perjuangan Islam. Saya enggan melihat kekecewaan daripada hukuman yang salah dan palsu.

3)

Yang menghubungkan kita dengan langit adalah al Quran dan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Apabila baginda wafat, para ulama adalah pewaris. Ulama mewarisi ilmu, iman dan taqwa. Itulah legasi kenabian. Al Quran adalah punca ilmu yang benar. Ia dijaga kekuasaannya sehingga qiamat. Allah mempersiapkan para ulama dengan ilmu, iman dan taqwa demi kelangsungan perjuangan menegakkan kekuasaan al Quran ke atas manusia.

Ulama adalah cahaya yang menyinari kehidupan. Ketika PAS kesakitan, Allah mencetuskan idea kepimpinan ulama. Ia memberkati kebangkitan PAS. Allah bekalkan kita dengan para ulama yang menerajui dan menyatukan kekuatan.

Jika anda ingin berubah, berubahlah dalam kesatuan yang telah dibina para ulama. Jika anda ingin pembaharuan, bergeraklah bersama mereka.

Jangan tukarkan makanan dari langit dengan bawang putih dan bawang merah semata - mata anda sudah jemu dengan makanan syurga. Jangan tiru Bani Israel!

Ulama menyatukan kita sedang sesetengah anda memecahkan di antara ulama. Inilah kerja bodoh! Pemberi komen bernama MuhaiminSulam kata, tukarkan bodoh kepada jahat!

Saya memaksudkan mereka ini dan saya memaksudkan kerja seperti ini. Saya tidak memaksudkan kerja mereka yang lain walaupun ada lagi yang lain.

Saya menulis kerana ia sedang mengancam kesatuan dan ketenangan. Bukan saya, bahkan semua merasa tidak tenteram. Saya menyerang dipuncanya agar anda tahu puncanya. Apabila anda menguasai puncanya anda akan kembali dengan ketenangan dan kekuatan.

4)

Saya nukilkan perbualan saya dan ayahanda pasal idea Unity Government dan Pakatan Rakyat. Saya kemukakan titik persamaan dan perbezaan. Jawaban ayahanda adalah di sebalik yang anda perolehi di luar. Saya kata ayahanda menerima hujah keharusan itu.

Saya tak kata ayahanda dah setuju dibentuk kerajaan bersama BN. Saya tak tanya pun adakah dia setuju atau tidak. Itu tidak penting. Ia tidak mengganggu apa yang saya mahukan daripada jawabannya itu.

Anda dan surat khabar hanya mentafsirnya. Jika anda mahu tafsiran terbaik, tanya dia sendiri. Saya tidak memerlukan jawaban itu.

Ingat, saya bukan mendodoi Unity Government di sini. Nak berhujah, cari di tempat lain. Saya hanya mahu anda faham mengapa wujud percanggahan di antara sebelum dan selepas pertemuan itu? Mengapa sejuk sesudah panas? Saya memberitahu anda sebabnya. Sebabnya adalah pekerjaan bodoh itu.

Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama.

Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan bahawa saya telah berbohong tentang kewujudan kerja bodoh itu. Jika anda sangsi, usah percaya dan usah bohongi. Saya menulis kepada pembaca di blog saya yang yakin bahawa saya tidak berbohong. Kepada mereka saya mahu memberikan rasa tenang dan yakin.

Saya juga menulis untuk disampaikan kepada pembantu - pembantu itu agar bertaubat. Kerja kamu itu sia - sia di sisi tuhan walau kamu digilai manusia dan haiwan pun.

Kemudian saya tambahkan perencah. Wujud mereka ( pembantu ) yang berang sesudah ayahanda tersenyum lebar di JKR 10 selepas pertemuan di antara anggota Majlis Syura. Mereka gagal memisahkan di antara ulama.

Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan saya bohong. Tidak wujud keberangan itu. Jika tidak, anda melibas pedang di angin, lalu mendakwa tubuh saya telah putus seribu.

Saya perhatikan seni hujahan anda. Tumpul dan rapuh. Saya jentik, terbang bagai abu di hujung rokok. Sila datang kepada saya di luar, mari bersabung. Saya tunjukkan anda seni berhujah yang digemari agama dan malaikat.

5)

Saya berpegang sebagai mana ahli PAS berpegang. Pakatan Rakyat adalah sebaik - sebaik temuan dan alternatif hari ini. Tulisan saya sebelum ini menyokong DSAI sebagai peneraju jika ianya disepakati. Hujah agama membenarkan. Tulisan saya sebelum ini menolak pakatan dengan BN, apatah masuk BN. Sehingga BN bersetuju untuk berubah, hukum agama mengambil tempat.

Saya menyeru kepada pembukaan. Jangan tutup apa yang Allah mahu ianya terbuka. Anda akan bernafas lebih lega dan harmoni. Anda akan lebih gagah melangkah.

Ini siasah syar’ieyah. Dua tuan guru ini adalah pakar ilmu ini. Apabila mereka bertelagah saya tak rimas pun. Saya tahu mereka akan bertemu dan bersetuju. Saya diberitahu TGHH dinasihat untuk tidak berjumpa ayahanda ketika panasnya, tetapi beliau enggan. Beliau tahu ayahanda akan reda. Reda dan ridha dengan temuan ilmu dan hujah. Itulah yang berlaku.

Tetapi, kerja - kerja bodoh mengambil tempat. Mereka inilah batu api. Batu api inilah satu kerja dosa besar yang merosakkan jamaah dan ummah. Atas kerja bodoh inilah saya doakan Allah membalas mereka di dunia agar mereka kembali sedar dan bertaubah.

Itu hikmah Allah membalas di dunia. Anda alim, ingat ayat itu. Anda jahil, tanya orang alim. Jangan meracau tak tentu pasal marahkan saya menamakan sesetengah manusia sebagai ulama ‘mi celup’. Apa tak adakah di dunia ini orang jahil yang mengaku alim?

Macam peniaga makanan kesihatan dalam MLM. Habis kursus sebulan pasal produk, mereka keluar bersyarah macam seorang doktor. Anda marahkah jika saya namakan mereka doktor ‘mi celup’?

Saya belajar ugama. Maka saya tahu saya bukan taraf ulama. Saya tahulah siapa ulama yang benar dan palsu. Saya ada neracanya mengenal kaca dan permata. Kerana itu saya mempertahankan ulama yang saya kenali dan akui ilmu, iman dan taqwa mereka.

Mereka di hadapan anda. Menyayangi ulama adalah iman. Memusuhi ulama adalah perang terhadap Allah. Ingat al hadis itu. Justeru jangan mencetuskan kebencian dan kerenggangan di antara awam dan ulama, apatah memecahkan saf para ulama.

Jangan lupa blog saya. Doakan saya terus mampu menulis demi perjuangan meruntuhkan kekuasaan BN durjana.

Nik Aziz vs Nik Abduh

Bergaduh pulak dua beranak ni. Si bapa nak mempertahankan kumpulan erdogan anti ulamak dalam PAS dan si anak nak pertahankan kumpulan ulamak pimpinan Hadi Awang...
Siapa kata dalam PAs tak ada kem-kem yang berebut jawatan. Amalan syura dah lama ditinggalkan sebagaimana perjuangan untuk hukum Islam dan Negara Islam sejak puak Erdogan diberi tempat dalam PAS.
Berapa lamakah golongan ulamak mampu bertahan dalam PAS?


Pak Lah has no problem with being backbencher

By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, April 25 — Former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi today said he has no problem returning to Parliament as a backbencher.
'I have been a backbencher before, no problem,' Abdullah told reporters at the centenary celebration of the Malaysian Scouts movement here.
'When you refuse to accept changes and begin to talk and do things which are not right and not proper, that is when you are going to create problems,' he added.
Abdullah had previously promised not to interfere in the administration of Datuk Seri Najib Razak.
During his premiership Abdullah had to endure various attacks from his predecessor Tun Dr Mahathir Mohamad.
When asked about the new appointments in Umno made by Najib, Abdullah said he welcomed Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi as the new Penang Umno chief and was confident that Barisan Nasional would be able to capture the state from Pakatan Rakyat in the next general election.
He refused to comment on other appointments.
'I have expressed before my intention to step down as Penang Umno chief,' said the Kepala Batas Umno chief.
Abdullah also said that the BN unity in Penang could still be improved."

Anwar Ibrahim:The political chameleon






What is a chameleon?


"a distinctive and highly specialized clade of lizards. They are distinguished by their parrot-like zygodactylous feet, their separately mobile and stereoscopic eyes, their very long, highly modified, and rapidly extrudable tongues, their swaying gait, and the possession by many of a prehensile tail, crests or horns on their distinctively shaped heads, and the synonymous ability to change color. - Wikipedia"


Apa bezanya dengan Anwar dan politiknya?

Kerja-kerja Bodoh Dalam PAS- Nik Abduh Nik Aziz

Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.

Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.

Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.

Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.

Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.

Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?

Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.

Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!

Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.

Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.

Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.

Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?

Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.

Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?

Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?

Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!

PAS hentikan projek kerajaan perpaduan

PAS hentikan projek kerajaan perpaduan

UMNO Pmtg Pauh Akan Cadang Satu Calon Sahaja

UMNO Permatang Pauh akan hanya mencalonkan satu nama sebagai calon di Penanti, sekiranya BN membuat keputusan bertanding, menurut Dato' Abdul Jalil Abd Majid, Ketua UMNO Pmtg Pauh.
Keputusan ini dibuat setelah Jawatankuasa UMNO Bahagian Pmtg Pauh bermesyuarat mengeni persiadaan menghadapi pilihanraya kecil DUN Penanti.
"Kita hanya mengatur persiapan awal, sekiranya pucuk pimpinan BN membuat keputusan untuk bertanding, kita telah bersedia," katanya.
Siapakah agaknya calon pilihan UMNO Pmtg Pauh? Apakah Dato' Jalil sendiri akan dinamakan sebagai calon di Penanti. Dato' Jalil tewas kepada Fairus dlam PRU lalu dengan majoriti 2219 undi. Sekiranya beliau dinamakan untuk bertanding di Penanti, kekalahan BN menjadi satu kepastian.

mStar Online : Pilihan raya kecil DUN Penanti diumum Isnin

"Pilihan raya kecil DUN Penanti diumum Isnin"

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan mengenai kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Penanti, Pulau Pinang, Isnin ini.
Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan membuat pengumuman itu pada sidang media yang akan diadakan pukul 10 pagi di Ibu Pejabat SPR di sini.

"SPR yang bermesyuarat hari ini (semalam) telah membincangkan perkaraperkara berkaitan kekosongan kerusi N.12 Penanti, Pulau Pinang.

"Berkaitan dengan perkara tersebut, sidang media oleh pengerusinya yang sepatutnya diadakan pada Jumaat ini (esok), telah ditunda kepada Isnin depan (27 April 2009) di Ibu Pejabat SPR di sini," katanya dalam kenyataan semalam.

Sidang DUN Perak: Kemungkinan menurut MP Kulim-Bandar Baharu

Sivakumar perlu tambah bobyguard, mungkin itulah saranan AP Kulim Bandar Baru Zulkifli Noordin (PKR) dalam blognya.

"Apa hal pun, nasihat saya kepada Sivakumar... jagalah keselamatan diri baik-baik sehingga sidang dewan. Lebih elok kalau Sivakumar duduk tinggal di tempat yang selamat. Saya cukup pasti unit amal dan sekuriti PAS sentiasa bersedia memberi perlindungan kepada saudara 24 jam," katanya.

"Saya juga tidak akan terkejut kalau Speaker ditahan reman beberapa hari sebelum sidang berdasarkan laporan polis yang dibuat baru-baru ini bahawa Speaker menderhaka kepada Sultan," katanya lagi.

Susah jadi Speaker rupanya.


Baca tulisan Zulkifli Noordin dalam blognya :
Nasihat buat YB Sivakumar

DAP: Zahrain behaving like 'little Umno leader'

DAP: Zahrain behaving like 'little Umno leader'

PKR dan DAP,Lim Guan Eng Mula Bercakaran

Terkini, Tony Pua, Ketua Penerangan DAP meminta PKR berhenti mengecam Lim Guan Eng berhubung isu perletakan jawatan Fairus Khairuddin sebagai Adun Penanti. Tony Pua, pemimpin DAP pertama tampil mempertahankan Lim Guan Eng dari serangan dan kritikan pemimpin-pemimpin PKR. Beliau berkata Timbalan Presiden PKR Dr.Syed Husin Ali tidak sewajarnya meminta Lim 'tutup mulut' berhubung rasa tidak puas hatinya mengenai situasi berkaitan dengan perletakan jawatan Fairus.

Apakah ini bibit-bibit pemula kepada perpecahan pakatan rapuh mereka?

Guan Eng telah dikejutkan oleh wartawan apabila diminta komennya oleh pemberita berhubung perletakan jawatan Fairus semasa beliau di Singapura. Guan Eng yang tidak dimaklumkan oleh Anwar atau PKR sebelum itu meminta pemberita bertanyakan Anwar berhubung isu tersebut. Beliau berkata, Anwar lebih maklum.

Sebelum ini, Zahrain Mohammed Hashim, Pengerusi PKR mengecam Guan Eng kerana melahirkan rasa tidak puashatinya kepada media berhubung isu Fairus. Zahrain berkata Guan Eng tidak sepatutnya menggunakan media untuk tujuan itu.

Nik Aziz Calon Presiden PAS

PAS Bukit Bintang hari ini membuat kejutan apabila mencalonkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai calon presiden PAS.

Kerajaan Perpaduan: Geng Erdogan Kata TIDAK

Isu kerajaan perpaduan yang dikemukakan Hadi Awang telah dikuburkan oleh geng Erdogan dlam PAS. Alasan yang diberikan isu itu tidak lagi perlu dibangkitkan kerana telah berlaku peralihan kepimpinan negara dari Tun Abdullah kepad DS Najib Razak. Cadangan ini mendapat sokongan kumpulan pro-Hadi dan ditentang oleh Nik Aziz dan kumpulan pro-liberal yang juga dilihat pro-Anwar dalam PAS.

Nampaknya Hadi Awang dan kumpulannya sedang meniti hari-hari akhir mereka dalam kepimpinan PAS. Pergelutan antara pro-ulama dan pro-liberal untuk kepimpinan PAS bakal berlaku. Pro-liberal mendapat sokongan Nik Aziz.

Difahamkan Husam Musa mengepalai gerakan pro-liberal ini dan beliau akan mencabar Nasarudin Mat Isa untuk jawatan Timbalan Presiden. Hadi Awang pula telah menyatakan kesediaan dicabar untuk jawatan Presiden walaupun setakat ini belum ada nama dicalonkan untuk jawatan Presiden oleh kawasan-kawasan. Mungkinkah beliau telah merasakan bahang pergelutan untuk kepimpinan PAS?

Kenyataan Nik Aziz berhubung perkara ini seolah-olah memberi isyarat supaya jawatan ini dipertandingkan. Kenyataan tersebut juga boleh ditafsirkan sebagai isyarat kepada ahli-ahli PAS supaya menyingkirkan Hadi Awang dari jawatan Presiden PAS. Beliau sebelum ini telah berkata bahawa beliau adalah Nahkoda PAS. Jika beliau nahkoda, siapa pula Hadi Awang? Jurumudi atau kelasi kelas satu sahajakah?

Kenapa Keputusan Sivakumar Berubah

"This is despite the fact that a meeting was granted by the untouchable Speaker for the Secretary at 3:00 pm at his official office where the Secretary fully briefed the untouchable Speaker of the assembly sitting that has obtained the consent of the Sultan.

The meeting that took place about 30 mins, further saw the documentary evidence of the Ruler’s consent, assurances all processes and procedures has ben adhered to and further the importance that this sitting be done in a dignified and honorable way befitting the institution. The meeting was cordial and it was adjourned once the objective of the meeting has been properly accomplish.

So process was followed, Ruler’s consent was obtained, letters sent out, meeting with the untouchable speaker went well and all is well for the sitting to be convene."

Sedutan di atas dari http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2009/04/sms-from-perak.html.

Mengapa Siva menafikan Abdullah Antong telah memaklumkan kepada beliau perkenan Tuanku Sultan?

Mengapa sekali lagi perlu pecat Abdullah Antong, Setiausaha Dewan setelah memecatnya sebelum 5 Mac lalu? Bloehkah Speaker memecat SU Dewan, satu jawatan Pegawai Tadbir?

Apakah Speaker berkuasa melantik Misbahul Munir sebagai SU Dewan buat pertama kali sebelum Persidangan Bawah Pokok dan sekali lagi pada 18 April?

Apakah Speaker Dewan begitu berkuasa ?

Apakah Sivakumar bertindak sendirian atau atas arahan sesiapa?

Guan Eng Bengang Perletakan Jawatan Fairus

"Saya rasa kurang gembira dengan perkembangan yang berlaku tetapi ada kekosongan bagi jawatan itu (adun Penanti) maka memang perlu ada pilihan raya kecil."

"Tetapi saya rasa tentang pilihan raya kecil itu biarlah tanya (pada) Anwar," katanya pada sidang akhbar media ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai TKM1 dan Adun Penanti.

Kemelut Perak Bakal Berakhir 7 Mei?

Persidangan DUN Perak telah dipanngil pada 7 Mei 2009. SU Dewan telah mengeluarkan notis kepada Ahli-ahli Dewan berhubung perkara berkenaan yang telah mendapat perkenan Seri Paduka Tuanku Sultan Perak.

Apakah jalan penyelesaian akan dicapai dalam persidangan ini dan mengakhiri kemelut politik di Perak? Halangan terakhir adalah Speaker Dewan, Sivakumar.

Dengan majoriti Ahli Dewan menyebelahi BN, Sivakumar bakal digugurkan dari jawatan Speaker. Siapa Speaker Dewan Perak selepas ini?

Dirgahayu. Ulangtahun ke 81 Keputeraan Sultan Azlan Shah

"Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara. "Betapa kumpulan politik tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa,"

"Namun kesilapan yang berpunca daripada beberapa individu atau yang berpunca dari kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong warga dan bangsa berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan institusi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak seimbang, hatta membawa kepada keadaan huru-hara."Barang dijauhkan Allah dari bangsa menghadapi nasib malang 'menang sorak kampung tergadai', akhirnya terpaksa mengemis di bumi sendiri,"

"Raja pemerintah bukanlah daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan, bahkan segala perkara yang berlaku dalam negara ini adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan raja pemerintah." titah Sultan Azlan Shah

Rulers are above politics: Sultan Azlan Shah

“It should be stressed that the constitutional monarchy has three rights -- the right to give views and counsel, the right to encourage and motivate, and the right to remind and reprimand,” he said.

Sultan Azlan Shah said that although the constitutional monarchy acted based on the power vested in it under the constitution, it would be erroneous to think that the role of a ruler was similar to that of a president whose functions had been predefined in the Constitution.

“The role of the constitutional monarchy goes beyond what is stipulated in the Constitution.

“The rulers have a far wider responsibility in ensuring that the spirit of the Constitution, the philosophy behind the written law, and the interest of the country and the people are safeguarded at all times,” he said.

Penanti By-Election Is Looming And Nibong Tebal Is Next

Penanti By-Election Is Looming And Nibong Tebal Is Next

If you want to know, the other PKR Penang leader who has been implicated in the corruption along with Fairus is TAN TEE BENG, the MP for Nibong Tebal. He is the son of the former MPPP and Penang Gerakan president Datuk Tan Gim Hwa. Talks are rife that Tee Beng may also be charged for working in cohort with the quarry operators in covering up their illegal activities

how stupid can zorro unmasked be?

IF THERE IS A FUCK-UP, THIS ONE IS THE MOTHER OF ALL FUCK-UPs and the one WHO FUCKED UP BIG TIME IS THE ELECTION COMMISSION

Of the record number of 13 independent candidates contesting the Bukit Selambau state seat only one could cast his vote today.

This is because the other 12 are not constituents of Bukit Selambau and so are not registered voters of the area.

HOW DID THESE MOTHER EFFERS ALLOW THESE 12 IDIOTS THRU ON NOMINATION DAY. DID THEY PAY MORE THAN THE REQUIRED RM8000? WERE THEY PAID TO CLOSE BOTH EYES? PEOPLE OF BUKIT SELAMBAU, GO SEEK THEM OUT AND RUB CHILLI PADI ON THEIR EYES. I AM NOT ANGRY! JUST WARMING UP TO GETTING MAD AT THE GOVERNMENT SERFS, OTHERWISE CALLED THE ELECTION COMMISSION.


BODOH betul mamat ni? Nampak sangat tak tahu undang-undang Pilihanraya, itupun nak buat komen, dan tuduh orang bodoh.

Tidak tahukah dia untuk layak bertanding Pilihanraya di kawasan Dewan Undangan Negeri anda hanya perlu menjadi pemilih berdaftar di negeri berkenaan sahaja. Anda tidak perlu menjadi pengundi berdaftar di kawasan tersebut. Manakala untuk bertanding di sesuatu kawasan Parlimen anda hanya perlu menjadi pemilih berdaftar, tidak kira NEGERI atau kawasan PARLIMEN.

Nizar Jamaludin yang bertanding di Bukit Gantang tidak juga boleh mengundi dirinya, kerana BUKAN PEMILIH BERDAFTAR di BUKT GANTANG. Dalam kes ini, SIAPA PULA BODOH??? SPR ?? NIZAR ?? ZORRO UNMASKED???

Penggantungan Penerbitan Akhbar Pembangkang Ditarik Balik

Dalam ucapan sulung sebagai PM, Najib telah mengumumkan penarikan arahan penggantungan penerbitan dua lidah rasmi parti pembangkang, Harakah ( PAS ) dan Suara Keadilan ( PKR). Beliau juga mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA. Kedua-dua keputusan ini berkuatkuasa serta merta.

Reaksi berbeza dari PAS dan Keadilan:

PKR sifatkan penarikan larangan Suara Keadilan kejayaan terbesar Pakatan - Tian Chua

PAS sambut baik tarik balik larangan penerbitan Harakah

Committed to National Duty

excerpt from the article by
SIMRIT KAUR
simrit@thestar.com.my


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi delivered most of what he had promised — during the twilight of his premiership. Time will tell if Abdullah’s achievements will truly become legacies that Malaysians will be proud of.

Whatever the success of these initiatives, Pak Lah left behind a society with more space and freedom for democratic discourse.

“There are those who are adapting to it and there are those who want to test the limits of this openness. This is a learning process for us. At the same time, it is equally imperative that we maintain stability until society finds its equilibrium.”

read the whole article

Pentadbiran Najib dipengaruhi Mahathir?

Berkemungkinankah pentadbiran Perdana Menteri ke-6, Najib Razak akan dipengaruhi oleh Mahathir?

Terima Kasih Pak Lah- PM Ke 5

Tun Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia Ke -5
30 Oktober 2003 - 2 April 2009
Pengunduran Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri kelima Malaysia, memenuhi kata-katanya berhubung pelan peralihan yang dipersetujui beliau dan timbalannya. Ianya juga telah menjawab segala spekulasi dan prasangka terhadap pelan peralihan yang telah dicadangkan pada tahun lalu.
Seawal waktu Pak Lah mengambil alih tampuk pentadbiran negara pada 2003, saya telah menjangkakan bahawa Paklah akan menjadi Perdana Menteri untuk paling lama sehingga 2010. Saya juga menjangkakan beliau akan mengundurkan diri dari jawatan Perdana Menteri pada separuh penggal kedua beliau. Telahan saya adalah berasaskan kepada beberapa faktor yang akhirnya menjadi kenyataan, walaupun waktunya berlaku lebih awal.
Era Abdullah Badawi, sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5, memperlihatkan satu pembaharuan kepada lanskap politik dan urustadbir negara.
Pada Pilihanraya Umum 2004, kerajaannya memperolehi kemenangan yang paling besar dalam sejarah politik tanahair. Harapan rakyat untuk melihat beliau membawa perubahan dan kelainan dalam urustadbir negara setelah 22 tahun di bawah Mahathir diterjemahkan kepada sokongan yang hebat kepada beliau dan Barisan Nasional. Pilihanraya Umum 2004 hampir-hampir memupuskan wakil-wakil parti pembangkang di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.
Namun pada Pilihanraya Umum ke-12, Mac 3, 2008, Barisan Nasional di bawah pimpinannya memperolehi keputusan terburuk dalam sejarah pilihanraya negara. Selain gagal mengekalkan majoriti 2/3 di Parlimen, BN juga mengalami kekalahan di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor serta gagal merampas kembali Kelantan. Keputusan buruk ini membawa kepada pelbagai desakan dari dalam BN dan UMNO supaya beliau berundur. Pilihanraya Umum ke-12, juga memperlihatkan kegagalan calon-calon parti komponen mendapat sokongan rakyat. Calon-calon Gerakan dan MIC hampir semuanya kalah. Nasib calon-clon UMNO tidaklah seburuk rakan parti komponen. Keputusan buruk ini dipersalahkan kepada Abdullah Badawi seorang. Keterbukaan beliau dimanipulasi oleh pelbagai pihak sehingga menjadi senjata makan tuan. Walau apa pun yang berlaku rentetan dari keputusan PRU ke 12, ianya sudah menjadi sejarah.
Sebagai rakyat kita perlu melihat kepada pembaharuan yang telah dibawa atau cuba dibawa oleh Paklah. Penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Institut Integriti Nasional antara beberapa inisiatif beliau yang akan mengambil masa untuk membuktikan kejayaannya. Program pembangunan wilayah-wilayah (koridor), NCER, ECER, Wilayah Iskandar Johor dan di Sabah Sarawak adalah projek jangka panjang. Tumpuan kepada pembangunan semula sektor pertanian dan industri berasaskan pertanian adalah bertujuan untuk mempertingkatkan penglibatan Bumiputra dalam kek ekonomi negara. Pembangunan koridor-koridor sebenarnya melindungi hasrat tersirat. Wilayah-wilayah yang akan dibangunkan ini semuanya terletak di kawasan majoriti penduduknya Melayu/Bumiputera. Tanggungjawab memajukan wilayah-wilayah ini diagih-agihkan kepada syarikat-syarikat gergasi berkaitan kerajaan. Satu pendekatan baru. GLC-GLC distruktur semula , diperkasakan. Setiap inisiatif yang diambil, dirancang dan dilaksanakan akan turut mengundang proponen dan exponen.
Saya berterima kasih kepada Paklah atas keberanian beliau untuk memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk lebih bebas bersuara dan menyatakan pendapat. Keterbukaan beliau untuk dikritik dipergunakan seluas-luasnya oleh semua pihak, kawan dan lawan. Nilai-nilai demokrasi dikembalikan kepada rakyat. Beliau menerima segala kiritikan dengan hati yang terbuka.
Terima kasih saya kepadanya atas khidmatnya memimpin negara dan rakyat sebagai Perdana Menteri ke 5 Malaysia.

81 MPs and 5673 Malaysians don't want Najib

from Rocky's bru

Friday, April 03, 2009

Petite-tion. As of midnight of April 2, the eve of Najib's swearing-in as Malaysia's 6th Prime Minister, a total of 5,673 Malaysians had signed a "no-confidence in Najib" on-line petition.That's about the size of the crowd at a dinner in conjunction with the 30th anniversary of the Kuan Tee Association at Simpang in Bukit Gantang, which I covered with several other bloggers who traveled from KL yesterday.
read more here

Najib Sah PM ke 6

Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak hari ini dengan rasminya dilantik perdana menteri Malaysia keenam apabila istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah setia serta menyimpan rahsia sempurna dilangsungkan di Istana Negara, 10.10 pagi.


Azizah sedih Najib dilantik PM
Abdul Rahim Sabri Apr 3, 09 11:10am malaysiakini.com

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berasa amat sedih dengan pelantikan Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia keenam hari ini.

baca selanjutnya

Petisyen desak tunda lantik PM Najib
Apr 2, 09 5:29pm malaysiakini


Kesemua 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat menyerahkan satu petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, memohon perkenan baginda agar menangguhkan pelantikan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.

Petisyen itu, yang diserahkan kepada Istana Negara semalam, ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua parlimen DAP Lim Kit Siang.

Ahli-ahli pembangkang menyatakan pelantikan tersebut - yang dijadual 10 pagi esok - haruslah ditunda sehingga satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk membersihkan Najib daripada segala tuduhan salah laku.


baca selanjutnya

 
that certain quarters have tended to ridicule judgments of the courts solely for these judgments having ruled one way rather than the other. For them, the expected outcome defines everything.

If it is not disappointing then it is presumed that the process of the law was not compromised. However, if the outcome is disappointing then it is a given that the process was subverted. This cannot be the right way to look at things as, whatever the case, the process of the law is crucial.-Malik Imtiaz Sarwar